Saturday, 2 April 2016

Gudetama : Telur Paling Kurang Bersemangat!!


Telur memang lazat, direbus, dimasak atau makan mentah.
Banyak cara untuk masak telur, tetapi telur ini gude-gude.
Cuba tengok baik-baik, telur yang awak makan ini tidak bersemangat!
Gudetama adalah watak dari Sanrio yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 berdasarkan telur yang "kurang semangat". Nama gelarannya "gude gude" diguna untuk menggambarkan seseorang yang tidak bersemangat atau malas, manakala "tama" pula bermaksud telur (tamago). Sukar untuk naikkan semangat Gudetama dan dia mempunyai sikap negatif dan suka mengalah. Dalam Twitter rasminya, Gudetama akui dia berdepan masalah setiap hari dan selalu merungut. Dia sedar satu hari nanti dia akan dimakan, dia selalu berusaha untuk tersenyum tetapi mula rasa sedih bila orang anggapnya sebagai terdesak..
Kali ini kita tengok fenomena "si telur tidak bersemangat" ini yang boleh dilihat di mana-mana saja! Walau tidak bersemangat, sesiapa saja pasti jatuh cinta dengan aksi-aksi Gudetama ini yang amat comel! Ini adalah aksi-aksi comel Gudetama :
  • Taknak keluar.. 
  • Jangan kacau saya. 
  • Apa rancangan hari ini..?
  • Lepaskan saya.. 
  • 24 jam.. tiada semangat.. 
  • Jangan kacau saya tidur.. 
  • Apa itu matlamat hidup?




Twitter
Gudetama memang memiliki laman Twitter-nya sendiri. Pelbagai aksi dikongsi bersama setiap hari dan jangan lupa untuk ikutinya di :
https://twitter.com/gudetama_sanrio?lang=en




Anime Gudetama
Sanrio telah mula menayangkan siri anime pendek Gudetama setiap minggu. Setiap episod berdurasi sekitar seminit dan kini telah mencecah sebanyak 250 episod!


Hidangan Tema Gudetama
  • Bijirin Yogurt Gudetama 
  • Sarapan Pagi! 
  • Bento 
  • Nasi Kari 
  • Dim Sum 
  • Puding 
  • Burger 
  • Penkek 
  • Ais Krim 
  • Salad Bakon 











No comments:

Post a Comment