Anime (\アニメ) adalah siri animasi Jepun yang banyak digunakan di dalam pelbagai
rancangan TV, filem, permainan video serta iklan komersial. Biasanya, anime
dicirikan melalui gambar-gambar pelbagai warna yang menampilkan watak-watak di
dalam pelbagai lokasi dengan jalan cerita yang menarik, yang ditonton oleh
pelbagai lapis usia penonton. Semakin lama, anime ini semakin terkenal dan mula
menarik peminatnya dari seluruh dunia! Berikut adalah 10 fakta unik dan menarik
tentang anime yang mungkin membuatkan anda terpegun!
1. Anime Pertama
Tahukah anda siri anime pertama yang ditayangkan di dunia bertajuk Imokawa
Mukuzo Genkanban no Maki? Filem yang diberi gelaran sebagai "anime pertama"
ini merupakan filem anime di bawah arahan Oten Shimokawa pada tahun 1917. Pada waktu
tersebut, Oten memerlukan masa hanya 6 bulan untuk menghasilkan siri anime
berdurasi 5 minit dan merupakan "filem bisu".
Astro Boy (Mighty Atom) yang diarahkan oleh Osamu Tezuka yang juga dikenali
sebagai "Dewa Manga" merupakan siri anime TV pertama yang pernah
ditayangkan iaitu pada 1963. Ia menampilkan ciri-ciri anime yang digunapakai
sehingga kini yang kemudiannya menjadi sangat terkenal di seluruh dunia!
2. Otaku (おたく/オタク)
Otaku merupakan istilah tentang seseorang yang sangat menggemari manga
ataupun anime dan mereka tidak boleh disamakan seperti peminat yang biasa
kerana mereka terlau taksub dengannya! Malahan, kebanyakan otaku seorang yang
anti-sosial dan lebih memilih menonton anime di bilik daripada keluar rumah.
Biasanya seorang otaku paling cepat mendapat maklumat terkini tentang anime
serta mempunyai koleksi anime yang sangat mengagumkan!
3. Karakter Yang Mirip!
Watak-watak di dalam siri anime biasanya mempunyai banyak persamaan.
Walaupun tajuk yang berbeza, tetapi selalunya pasti ada persamaannya, sama ada
dari segi watak mahupun mimik wajahnya. Kadang kala perkara ini terjadi secara
tidak sengaja kerana terdapat terlalu banyak watak dan pembikin siri anime ini
mungkin memiliki imaginasi yang sama!
4. Kisah Pertarungan
Kebanyakan siri anime menceritakan tentang kisah pertarungan di mana siapa
yang kuat akan menang. Tetapi, kisah anime tidak hanya tertumpu pada kekuatan
dari segi fizikal saja. Kekuatan mental yang ingin melindungi mereka yang lemah
serta sokongan dari teman-teman yang membuatkan watak utama menjadi lebih kuat!
5. Anime Yang Lucu
Anime tidak hanya menceritakan tentang pertarungan antara watak jahat dan
baik, tetapi anime juga yang menjadi tontonan keluarga menawarkan jalan cerita
yang lucu serta menarik untuk ditonton. Sebab inilah anime memiliki keunikan
dari segi jalan ceritanya!
6. Watak Gadis Cantik
Jika anda menonton siri anime, rata-rata watak gadis yang sering ditampilkan
adalah seorang gadis yang comel, cantik dan sangat sempurna. Inilah yang
membuatkan anime sangat digemari, terutama sekali bagi penonton lelaki. Malah,
disebabkan watak gadis yang comel ini menjadikan mereka pilihan untuk untuk
cosplayer hasilkan cosplay menarik!
7. Peringkat Usia Tontonan
Peringkat usia tontonan siri anime di Jepun pada waktu ini kebanyakannya
adalah untuk penonton berusia 13 tahun dan 15 tahun, bahkan 17 tahun ke atas!
Maksudnya, siri anime yang ditayangkan pada masa kini mengandungi unsur-unsur
ecchi (dewasa) serta keganasan. Memandangkan kebanyakan negara sangat tegas di
dalam penapisan rancangan TV untuk peringkat usia remaja dan kanak-kanak,
menyebabkan siri anime dari Jepun ini semakin sukar untuk ditonton oleh
golongan penonton yang lebih muda!
8. Paradigma
Memang terdapat paradigma atau tanggapan bahawa siri anime hanya untuk kanak-kanak
saja. Padahal, kebanyakan penggemar anime terdiri daripada golongan remaja dan
dewasa. Tetapi jika stesen TV masih menganggap bahawa siri anime hanyalah untuk
tontonan kanak-kanak, mereka pasti terkejut apabila siri anime tidak akan
mendapat sambutan kerana kebanyakan kanak-kanak ini lebih gemar menonton drama
TV berbanding anime!
9. Anime di Luar Negera
Tahukah anda, walaupun siri anime ada ditayangkan di stesen TV Malaysia dan
negara-negara lain, biasanya ia takkan disiarkan sampai tamat! Entah kenapa
perkara begini boleh terjadi. Mungkin pihak yang terbabit tidak mampu membeli
episod penuh siri anime ini awal sehinggalah tamat. Jadi, mereka hanya akan
membeli siri anime untuk musim pertama atau sehingga musim kedua saja. Mungkin
juga hal ini kerana tajaan iklan yang tidak mendapat sambutan!
10. Alihsuara Anime
Penonton anime lebih suka jika siri anime yang diminatinya tidak dialih
suara kerana menganggap alih suara hanya akan menyebabkan kualiti anime
tersebut menurun dan hilang keasliannya. Ditambah pula dengan suara pelakon
alih suara yang jauh berbeza dengan suara pelakon alih suara asal, ini pasti
membuatkan penonton rasa terganggu. Kebanyakan penonton lebih sukakan jika siri
anime tidak dialih suara dan hanya dimasukkan sarikata saja.
(kredit kepada Kreko)
(kredit kepada Kreko)
No comments:
Post a Comment