Pikachu
adalah Pokemon milik Satoshi atau Ash Ketchum. Elemennya adalah
elektrik dan evolusinya adalah Raichu (walaupun Ash tidak mahu
Pikachu berevolusi menjadi Raichu). Mungkin ramai yang sudah tahu
tentang Pikachu yang amat sukakan sos tomato, namun dalam satu
temubual dengan seiyuu disebalik watak Pikachu iaitu Ikue Otani,
beliau telah mendedahkan beberapa rahsia tentang Pikachu yang
berkemungkinan besar anda masih belum tahu!
1. Populariti Pikachu
Ketika pertama kali datang untuk ujibakat watak Pikachu, Otani tidak mengetahui betapa terkenalnya Pokemon pada waktu itu. "Terdapat poster Pokemon di mana-mana saja di dalam bilik ujibakat diadakan dan pihak produksi memberitahu saya watak-watak Pokemon amat terkenal di kalangan kanak-kanak. Apa yang saya boleh katakan pada waktu itu, benarkah begitu? Seiyuu lain yang turut datang untuk ujibakat turut memberi reaksi yang sama. Tiada seorang pun dari kami menyedari betapa terkenalnya watak-watak ini!"
2. Pikachu Asalnya Tahu Bercakap!
Pada asalnya, Pikachu akan belajar bercakap sama seperti seorang bayi dan itulah yang Otani lakukan! Namun, keputusan ini telah diubah oleh para penerbit beberapa bulan kemudian di mana mereka telah mengambil keputusan bahawa Pikachu tidak akan boleh bercakap sampai bila-bila. Otani pada mulanya amat kecewa dengan keputusan ini. Tetapi, disebabkan Pikachu tidak boleh bercakap dalam bahasa Jepun, jadi kanak-kanak di seluruh dunia boleh mendengar suaranya kerana tidak perlu dialihsuara! Ini telah menyebabkan Otani mula dapat terima kenyataan. Sejak itu, Otani mula terima hakikat bahawa Pikachu tidak sesekali akan boleh bercakap seperti biasa.
3. Pikachu Boleh Cakap Selain Sebut "Pika" atau "Chu"
Pada permulaan, terdapat adegan di mana Pikachu sedang menguap. Disebabkan tiada bunyi menguap dalam "kamus Pikachu", Otani telah hasilkan bunyi khas setiap kali Pikachu menguap dan bukannya "pika" atau "chu". Malahan, pada saat Pikachu mahukan perhatian, Otani akan menggunakan bunyi khas ini. Pikachu jarang mengeluarkan bunyi begini dan disebabkan itulah, ia terlalu istimewa bagi Otani.
4. Pikachu "Jantan" atau "Betina"?
Bila pertama kali permainan video dikeluarkan, watak-watak Pokemon tidak pernah dinyatakan sama ada jantan atau betina. Tetapi untuk versi kedua, terdapat watak dari Pokemon yang ditentukan sama ada jantan atau betina. Otani tidak bersetuju dengan pengasingan begini. Kakitangan produksi berpendapat bahawa Pikachu sepatutnya adalah jantan kerana sekiranya Pikachu betina, ia mampu mengubah pandangan pandangan hubungan antara Pikachu dan Ash. Otani tidak bersetuju dengan cadangan ini, jadi untuk versi bahasa Inggeris, Otani mencadangkan supaya kata nama untuk Pikachu adalah "it" (ia) dan bukannya "he" (jantan) atau "she" (betina). Kemudian, Otani rasa kurang senang pula apabila mendengar Pikachu digambarkan sebagai "ia" dan mula menganggap Pikachu sebagai jantan.
5. "Pika-pika" Memang Tertulis Dalam Skrip!
Setiap peranan memiliki skrip masing-masing yang telah ditentukan tetapi pergerakan mulut sedikit berbeza dari apa yang ditulis dari skrip. Misalnya, kalau Pikachu mahu kata sesuatu seperti "Yatte yaroze" (mari lakukannya), Otani akan menyebut "Pika-pika-chu!"
No comments:
Post a Comment