Profile
The
World God Only Knows
( Nakagawa Kanon)
The
Devil is a Part-Timer!
( Sasaki Chiho)
Kiniro
Mosaic
sebagai Kujou Karen
Hello!!
Kiniro Mosaic
sebagai Kujou Karen
Nisekoi
sebagai Kirisaki Chitoge
Temubual
50 Soalan masih diteruskan untuk temubual seiyu perempuan! Kali ini
tetamu undangan ialah Touyama Nao. Anda mungkin sudah biasa dengar
namanya, tapi editorial cuma untuk membawakan kembali watak-watak
yang perrnah dipegang olehnya yang terdiri daripada Aiba Mui dari
Mahou
Sensou,
Atarashi Ako dari Saki:
Achiga-hen -Episode of Side-A-,
Kirisaki Chitoge dalam Nisekoi,
Kujou Karen dari Kiniro
Mosaic
dan watak pertamanya Nakagawa Kanon dari The
World God Only Knows.
2. Apakah watak anime pertama anda?
Watak pertama saya ialah Misa untuk OVA Hiyokoi. Untuk anime televisyen, watak pertama saya ialah Sugatame Tiger dalam STAR DRIVER: Takuto of The Radiance dan Nakagawa Kanon dalam The World God Only Knows, kedua-dua watak ini ke udara pada musim yang sama.
3.Dalam banyak-banyak watak anime yang pernah anda pegang, watak manakah yang memberi gambaran yang mendalam kepada anda?
Watak Nakagawa Kanon-chan dari Kami nomi zo Shiru Sekai. Itu adalah watak utama pertama saya, rakaman pertama saya, konsert pertama saya...Semua pengalaman dan perasaan terharu saya adalah bersama-sama dengan Kanon-chan. Terima kasih pada pekerja-pekerja dan juga peminat yang menyokong Kanon-chan.
Saya
rasa saya sudah menjadi sama dengan setiap watak yang pernah saya
pegang (ketawa). Dengan kata lain, setiap kali saya membawakan
sesuatu watak, saya akan menjadi watak itu. Personaliti saya akan
berubah berdasarkan situasi. Ahhh! Tapi...kebanyakan watak yang
pernah saya pegang adalah tidak pandai memasak, adakah disebabkan
saya juga begini dan barulah saya ditawarkan dengan watak macam ni?
(ketawa)
5.
Adegan manakah yang memberi kesan yang mendalam kepada anda setakat
ini?
Ada. Iaitu semasa saya merakam drama CD Fuse: Kemono to Hagane no Ryoukiroku sebagai Dousetsu. Di babak yang terakhir, tak ada orang yang beri arahan kepada saya untuk lakukan “hyperventilate” (bernafas mendalam-dalam), tapi saya telah lakukan dan sebenarnya babak itu perlukan. Hal ini membuatkan saya berfikir adalah diri saya telah bersatu dengan watak tersebut?
Ada. Iaitu semasa saya merakam drama CD Fuse: Kemono to Hagane no Ryoukiroku sebagai Dousetsu. Di babak yang terakhir, tak ada orang yang beri arahan kepada saya untuk lakukan “hyperventilate” (bernafas mendalam-dalam), tapi saya telah lakukan dan sebenarnya babak itu perlukan. Hal ini membuatkan saya berfikir adalah diri saya telah bersatu dengan watak tersebut?
6.
Pernahkah berlaku kesilapan semasa rakaman dijalankan ataupun
pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Semasa rakaman yang sangat menarik sedang dijalankan, tiba-tiba perut saya berbunyi dengan saya kuat. Maka masa tu seiyu yang sedang berlakon telah ketawa dan tak dapat nak meneruskan lakonan...Walaupun seiyu tu hanya ketawa dan tidak rasa marah, namun saya tetap rasa malu dan rasa bersalah terhadap orang lain. Ini adalah kesilapan yang sangat memalukan!
Semasa rakaman yang sangat menarik sedang dijalankan, tiba-tiba perut saya berbunyi dengan saya kuat. Maka masa tu seiyu yang sedang berlakon telah ketawa dan tak dapat nak meneruskan lakonan...Walaupun seiyu tu hanya ketawa dan tidak rasa marah, namun saya tetap rasa malu dan rasa bersalah terhadap orang lain. Ini adalah kesilapan yang sangat memalukan!
7.
Adakah terdapat seiyuu yang anda anggap sebagai saingan atau sumber
inspirasi?
Ya. Ada. Tapi...itu adalah rahsia.
Ya. Ada. Tapi...itu adalah rahsia.
8. Apa
yang anda akan lakukan jika anda telah tidak menjadi seiyu?
Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Subjek yang saya nak ajar ialah Bahasa English dan juga Sejarah Dunia. Semasa di sekolah tinggi, terdapat rakan-rakan lain yang akan datang tanya saya apabila terdapat soalan yang tidak faham dan saya akan jelaskan.
Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Subjek yang saya nak ajar ialah Bahasa English dan juga Sejarah Dunia. Semasa di sekolah tinggi, terdapat rakan-rakan lain yang akan datang tanya saya apabila terdapat soalan yang tidak faham dan saya akan jelaskan.
9.
Perkara apakah yang paling sukar sebagai seorang seiyu?
Agak tertekan dan membuatkan saya kadang-kadang tidak mempunyai selera untuk makan. Masa dalam latihan, saya pasti tidak lalu makan sebelum kelas. Di belakang pentas pun saya pasti akan gementar sampai tak lalu makan bento yang telah disediakan. Tapi sekarang saya akan rasa sangat membazir kalau tak makan dan saya perlukan tenaga...
Agak tertekan dan membuatkan saya kadang-kadang tidak mempunyai selera untuk makan. Masa dalam latihan, saya pasti tidak lalu makan sebelum kelas. Di belakang pentas pun saya pasti akan gementar sampai tak lalu makan bento yang telah disediakan. Tapi sekarang saya akan rasa sangat membazir kalau tak makan dan saya perlukan tenaga...
10.
Sebaliknya, apakah perkara yang paling menggembirakan sebagai seorang
seiyu?
Ia adalah perkara yang sukar dipercayai. Saya tak boleh hidup tanpa anime. Dan sekarang saya pula yang terlibat dalam anime. Sungguh menakjudkan!!
Ia adalah perkara yang sukar dipercayai. Saya tak boleh hidup tanpa anime. Dan sekarang saya pula yang terlibat dalam anime. Sungguh menakjudkan!!
11.
Adakah anda suka menyanyi? Sehingga kini, lagu apakah yang memberi
kesan yang mendalam?
Bagi
saya, menyanyi adalah adalah sangat penting. Nakagawa Kanon
“Aruiteikumon” tidak dapat saya lupakan. Walaupun ia hanyalah
sebuah “Image Song” untuk Kanon, namun dari pertama kali saya
baca liriknya, lagu ni adalah tulis tentang Kanon dan diri saya. Lagu
ni untuk Kanon-chan, saya dan juga semua orang.
12.
Dalam rancangan radio yang pernah anda sertai, adakah terdapat
kandungan skrip yang tidak dapat dilupakan?
Surat
yang pernah saya terima dalam sesi “Dream Message” dalam
rancangan radio “Touyama Nao’s Dream Stage” semuanya adalah
sangat menarik. Pendengar telah hantar surat termasuk moto yang
mereka suka dan juga penghargaan mereka. Apabila saya membaca, saya
akan keluarkan bunyi WOW...
13. Semasa rakaman dijalankan, perkara apakah yang paling anda titik berat?
Soalan ni amat sukar...saya perlu pastikan semua perkara menarik. Saya sentiasa berusaha untuk memastikan pendengar mempunyai perasaan yang membuatkan mereka “saya nak dengar ini”. Itulah matlamat saya.
14. Karakter apakah yang anda paling pandai untuk lakon?
Semua (karakter) adalah berlainan dan sukar untuk diterangkan. Tapi, kalau saya terpaksa cakap juga, ia adalah karakter yang “dada besar” dan “tak pandai memasak”. Semua ni tiada bukti yang kukuh! (ketawa)
15. Bolehkah beritahu kami apakah matlamat dan impian anda selaku seiyu?
Impian saya hanya satu iaitu terus bekerja sebagai seiyu. Itu saja. Tapi sebelum itu saya akan berusaha menjadi seorang seiyu yang dipercayai yang bukan saja pekerja-pekerja malah pendengar juga rasanya sayalah orang yang paling sesuai apabila nama saya dipetik.
16. Berikan nasihat kepada mereka yang ingin menjadi seiyu?
Bukan saja seiyu tapi kalau anda suka pada sesuatu perkara, jangan fikir sama ada ia sesuai ataupun tidak dengan anda. Lakukan!! Anda harus lakukan dengan bersungguh-sungguh dan buang “putus asa” itu jauh-jauh. Suatu hari nanti saya ingin berjumpa dengan anda di studio rakaman.
17. Apakah anime yang anda sering menonton, selain anime yang anda sertai?
CLANNAD! Saya sangat suka animenya dan saya telah beli drama CD tersebut! Gadis-gadis yang comerl dan jalan ceritanya juga sangat menarik. Saya menangis setiap kali menonton dan saya akan menonton berulang kali. CLANNAD adalah kehidupan...!!
18. Di antara anime yang disebut, adakah terdapat karakter yang ingin anda lakon ataupun karakter yang anda ingin lakon di masa depan??
Saya sangat suka pada Kurumi-chan! Dia seorang yang kelihatan peramah dan gadis yang sentiasa menjaga adik perempuannya. Dia kelihatan sangat comel apabila berdepan dengan masalah.
19. Sebagai seorang penonton, anime jenis apakah yang anda suka?
Semasa di sekolah tinggi saya telah menonton 10 buah anime dan saya suka kesemuannya. Sekarang saya menonton anime yang agak berat yang membuatkan saya berfikir banyak. Selepas menonton, saya akan memperolehi sesuatu dan saya akan berkongsiorang lain.
20. Anda jenis kanak-kanak yang macam mana semasa kecil?
Hanya pada sekolah menengah barulah saya memahami apa yang berlaku di sekitar saya...Saya tak boleh ingat saya budak yang macam mana semasa saya kecil, tapi rasanya saya seorang budak yang ceria. Sekarang bila saya tanya mak saya, dia akan cakap saya adalah budak yang suka cakap selain suka makan dan tidur.
21. Sila berkongsi dengan kami rancangan yang sering anda tonton.
Saya suka menonton Matsuko & Ariyoshi no Ikari Shintou (Matsuko & Ariyoshi’s Angry New Party) dan Doumoto Kyoudai (The Doumoto Brothers)! Tapi saya bukannya betyul-betul duduk dan menonton televisyen. Jadi bila saya buka televisyen, saya pun dah rasa sangat bersyukur.
22. Bolehkah beritahu kami buka yang anda suka?
Buku yang paling saya suka ialah Fullmetal Alchemist. Buku pertama yang saya beli. Buku itu telah mengubah kehidupan saya.
23. Bolekah beritahu kami game yang paling anda suka?
Kbelakangan ni saya telah diperkenalkan dengan game yang bertajuk “LINE: Disney Tsum Tsum”. Ia adalah game yang comel dan menarik, dan saya telah obese dengan game ini.
24. Bolehkah beritahu kami filem yang paling anda suka?
Filem yang paling saya suka ialah The Girl that Leapt Through Time. Perasaan optimistik bercampur dengan pelbagai perasaan. Cerita ini sangat sedih dan saya tak boleh menontonya seorang diri.
25. Bolehkah beritahu kami muzik yang paling anda suka?
Lagu kegemaran saya ialah dari Studio Ghibli Spirited Away, yang bertajuk “The Name of Life”. Lagu ini yang digubah oleh (Joe) Hisaishi adalah sangat sedap, misteri dan menarik. Saya telah dengar berulang-ulang kali. Saya suka versi piano.
26. Bolehkah beritahu kami apakah prinsip kehidupan anda?
“Usaha yang tidak mendatangkan apa-apa hasil hanyalah alasan semata-mata”
Kenyataan ini adalah sangat memedihkan tapi dengan risaukan usaha yang saya gunakan untuk mendatangkan sesuatu hasil juga telah membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam.
27. Bolehkah beritahu kami pengalaman sukan anda?
Saya telah menari selama 10 tahun. Saya menari tarian Jazz dan kadang-kadang tarian Hip-Hop. Sukan yang lain-lain saya tak pandai langsung.
28. Bolehkah beritahu kami lagu yang anda sering nyanyi di karaoke?
Dulu saya suka menyanyi lahu anime, lagu karakter ataupun lagu seiyu. Tapi sekarang saya sudah tidak pergi ke karaoke lagi. (ketawa)
29. Bolehkah beritahu kami makanan yang anda suka?
Snak ikan kering, snak sotong kering dan rumpai laut Korea! Kebelakangan ni saya rasa snak sotong kering perisa pedas adalah sangat sedap. Saya juga mempengaruhi orang sekeliling dan akhirnya mereka juga turut makan apa yang saya makan. (ketawa)
30. Bolehkah beritahu kami makanan yang paling anda benci?
Saya suka makan kerang Shijimi dan kerang manila, tapi saya tak boleh terima tiram.Saya suka makan rumpai laut tapi tak boleh terima rumpai laut Mozuku. Sebenarnya saya tak ada makanan yang tak suka dimakan secara terperinci.
31. Bolehkah rekomen kedai yang sering anda kunjungi?
Sudah pasti Nakau (なか卯)! Udon Shio perisa ayam yang bermusim di kedai itu adalah sangat sedap. Saya tak sabar-sabar tunggu masakan ni cepat-cepat kembali. Saya berharap suatu hari nanti saya akan nyanyi lagu “Na-ka-u!!” , lagu yang dimainkan di kedai itu♪
32. Apakah makanan ringan kegemaran anda?
Sayangnya bau snak ikan kering dan snak sotong kering adalah terlalu kuat, maka saya jarang makan di luar selain di rumah. Di studio saya akan makan kraker beras!
33. Apakah minuman kegemaran anda?
Apabila tiba musim buah plum, saya akan minum umeshu!
34. Apakah yang anda lakukan pada cuti yang baru-baru ini?
Saya banyak habiskan masa tidur dan kemas rumah selepas saya bangun. Saya jarang fikir untuk keluar dari rumah. Tapi mulai tahun lepas, saya telah membuat perubahan untuk keluar dengan kawabn-kawan sebab “persahabatan adalah penting”.
35. Sekiranya anda mempunyai cuti panjang, apakah yang ingin anda lakukan?
Saya nak pergi melawat datuk dan nenek saya di kampung ataupun saya nak kurung diri sayab dalam perpustakaan. Datuk dan nenek saya selalu datang ke Tokyo, tapi saya dah banyak tahun tak pernah pergi melawat mereka (air mata). Dan saya juga ingin belajar. Tapi saya akan tertidur setiap kali membaca buku...
36. Apakah minat terbaru anda?
Ini bukannya hobi tapi saya amat berminat dengan seni hias kuku. Saya hias kuku saya walaupun bukan yang profesional. Semasa menhias kuku saya, saya perlu memberi tumpuan 100% supaya kuku saya cantik.
37. Bolehkah beritahu kami sijil kelayakan yang anda perolehi baru-baru ini?
Saya ada sijil Level 1 English Proficiency Test dan sijil Level 2 cert Kanji Proficiency Test. Semasa ujian lisan untuk English Proficiency Test, saya telah ditanya dengan soalan “Apakah pandangan anda tentang gusti Sumo?” Saya menjawap “Sukar untuk saya jawab walaupun dengan menggunakan Bahasa Jepun”, dan saya telah lulus ujian tersebut. (ketawa)
38. Perkara apakah yang anda ingin mencabar diri sendiri 10 tahun akan datang?
Terus bekerja sebagai seiyu dan sentiasa ingat dengan masa yang sukar dan mempunyai kehidupan yang lebih baik!
39. Ciri-ciri lelaki yang anda suka?
Lelaki yang mempunyai ekspresi yang menakutkan tapi dia akan layan anda dengan lemah lembut. Tapi itu hanyalah delusi saya. (ketawa) Yang penting ialah dia seorang yang ikhlas dan boleh dihormati!
40. Bahagian mana jantina berlainan yang menarik perhatian anda?
Lengan! Apabila mereka melipat lengan baju dan hati saya telah cair.
41. Apakah barangan mahal yang baru dibeli?
Sambutan Hari Bapa dan hari Ibu. Saya telah membawa ibubapa saya ke restoran Jepun di Ginza. Bukan senang nak buat tempahan, tapi memandangkan ini pertama kali saya belanja ibubapa saya makan, saya melakukan yang terbaik! Saya rasa gembira lihat mereka begitu gembira!
42. Apakah yang paling inginkan?
Memori yang baik! Saya terpaksa gunakan masa yang agak lama untuk mengimbas kembali perkara yang telah berlaku.
43. Kalau anda berada di pulau terpencil dan hanya satu barang saja yang boleh dibawa ke pulau, apakah yang akan anda bawa?
Mak saya! Mak saya bukan barangan. (ketawa). Kalau saya mak saya, saya boleh berbincang apa-apa saja dengannya. Mak saya seorang yang sangat cerdik dan saya pasti selamat kalau saya bersama-sama dengannya.
44. Kalau anda diberi 1 million yen, bagaimana anda belanjakan wang itu?
Saya akan simpan dan guna selepas bersara!
45. Apakah tabiat seharian anda?
Setiap pagi saya akan minum kopi. Saya minum teh panas atau teh herba semasa di studio rakaman. Saya minum Yakult atau jus epal pada sebelah malam.
46. Apakah kata-kata kepada peminat anda?
Terima kasih kerana membaca satu per satu 50 soalan temubual ini. Terima kasih kalian, dengan adanya kalian, saya telah berjaya mengatasi banyak perkara. Walaupun perkara akan berubah, tapi saya akan bekerja keras untuk perubahan yang berlaku. Sila beri tunjuk ajar kepada saya!
47. Adakah anda masih ingat pertama kali anda berjumpa dengan Taneda Risa?
Saya berjumpa dengan dia semasa rakaman drama CD. Dia duduk di sebelah saya semasa rakaman. Tanggapan pertama saya ialah “Dia sangat cantik”! Saya ingin memerhatikan dia tapi tak dapat lakukan sebab dia duduk di sebelah saya dan saya rasa sangat kesal. (ketawa) Saya tak sangka dia orang yang begitu kelakar (ketawa) dan saya pun tak sangka kami akan menjadi kawan baik...saya berasa sangat gembira~
48. (Soalan dari Taneda Risa) Bolehkah ajar saya buat masakan yang ringkas? (ketawa)
WICKED, dari Shiki Theatre Company! Ah, awak cakap pasal makanan? WICKED! Ehhh? Itu adalah muzikal. WI-WI, WICKED!! Ah, Tane-chan, mari kita pergi menyaksikan bersama-sama...!
49. Bolehkah beritahu kami seiyu lain yang rapat dengan anda?Please tell us about the other seiyuu that you are close to.
Saya suka ahli Rhodanthe*, ! Saya rapat dengan Minase Inori, kami selalu keluar bersama-sama. Saya amat percaya dan bergantung pada Hikasa Youko dan kanae Ito, mereka adalah senior yang saya sayang.
50. Apakah yang ingin anda tanya kepada tetamu seiyu (Tanaka Manami ) yang akan datang?
Isaya suka suara awak yang comel Manamin~ Awak sering membuat orang lain ketawa. Saya ingin tanya awak, apakah watak yang ingin awak lakon? Manami, kawan selama-lamanya!!
No comments:
Post a Comment