Saturday, 2 April 2016

10 Perkara Anda Tidak Tahu Tentang Dragon Ball








1. Harmony Gold Dub
Peminat tegar anime lama, pasti kenal dengan nama Harmony Gold. Bagi peminat muda pula, Harmony Gold terkenal sebagai studio yang membawakan siri asal Macross ke negara barat dan hasilkan francais Robotech, tetapi apa kaitannya dengan Dragon Ball? Studio ini pernah cuba masukkan unsur-unsur barat ke dalam Dragon Ball dan buat dua ujian dengan Dragon Ball versi mereka. Malangnya, tiada mana-mana saluran yang berminat. Malah, ada beberapa perubahan dibuat hingga timbulkan kontroversi. Permulannya, nama ditukar seperti seperti watak Goku (Zero), Bulma (Lena), Oolong (Mao Mao), Puar (Squeaker), Krillin (Bongo) dan Korin (Whiskers the Wonder Cat). Ada juga nama yang ditukar sehingga bunyinya tidak masuk akal!


Kamehameha

2. Sumbangan Ahli Keluarga
Dalam manga Dragon Ball, rupa-rupanya keluarga Toriyama-sensei turut memberi "sumbangan". Buat permulaan, isterinya beri idea untuk nama serangan Kamehameha yang terkenal itu! Toriyama-sensei dan pembantunya telah cipta gerakan, tetapi tidak namanya. Walau gerakan ini terkenal kerana Goku yang gunakannya, ketuanya iaitu Master Roshi (Kamesennin) yang pertama gunakannya. Mereka perlukan nama yang sesuai dengan gerakan tidak masuk akal ini yang bersesuaian dengan personaliti Master Roshi. Jadi, isterinya beri cadangan ini dan terbukti ianya berkesan!


Nozawa Masako
3. Nozawa Masako
Suara di sebalik watak Goku sentiasa cetuskan kontroversi di kalangan peminat di luar Jepun, tetapi Nozawa Masako telah dipilih sendiri oleh Toriyama-sensei semasa ujibakat. Sebelum membawa peranan Goku, Nozawa sudah lama mencipta nama kerana membawakan watak popular seperti Kintaro (GeGeGe Kintaro) dan Tetsurou (Galaxy Express 999). Selepas ujibakat, Toriyama-sensei rasa Nozawa adalah orang yang paling layak membawa peranan sebagai Goku.




4. Goku Membesar Dewasa
Dalam perkembangan jalan cerita Dragon Ball, Toriyama-sensei mahu pastikan Goku membesar dewasa kerana pasti sukar untuk hasilkan pertarungan penuh aksi dan diingati jika Goku masih kelihatan "comel" dan adegan ini pasti lebih mudah dihasilkan jika watak utama lebih berusia. Tetapi, editor menentang idea ini kerana watak-watak yang "membesar dan berusia" dikatakan menentang arus Shounen Jump. Namun, watak dalam manga Ring ni Kakero oleh Kurumada Masami turut membesar dewasa dan manga ini telah melonjakkan nama Shounen Jump di Jepun. Jika tidak disebabkan Ring ni Kakero, mungkin watak-watak untuk siri Dragon Ball, Naruto, One Piece serta banyak lagi tidak membesar dewasa!



Chichi

5. Kritikan Ke Atas Masyarakat Jepun
Walaupun Chichi membesar sebagai seorang petarung, dia banyak berubah selepas melahirkan Gohan dan mahu anaknya menjadi seorang yang berpelajaran. Dalam jalan cerita ini, ianya masuk akal kerana dunia aman dan tiada sebab untuk dia menjadi petarung, jadi akademik lebih penting. Bagaimanapun, watak Chichi adalah reaksi kepada “kyouiku mama,” atau seorang ibu yang terlalu mementingkan pendidikan anaknya, fenomena sebenar yang bermula pada awal kebangkitan Jepun pada pertengahan 1970-an yang berterusan sehingga kini. Walau niatnya baik, tetapi ia memberi terlalu banyak tekanan pada kanak-kanak.




Master Roshi



Jackie Chan

6. Jackie Chan
Walau Jackie Chan tidak mencapai kemasyhuran antarabangsa sehinggalah tahun 1990-an, Jackie Chan telah mencipta nama di Hong Kong dan negara-negara di Asia, termasuklah Jepun. Malah, dia juga merupakan peminat setia Dragon Ball. Toriyama-sensei peminat filem-filem Jackie Chan dan dia ambil inspirasi dari kreativiti Jackie Chan dari filem seperti Police Story untuk adegan aksi. Malah, nama samaran Master Roshi adalah Jackie.




7. Toriyama-sensei VS Editor
Selama bertahun-tahun, terdapat banyak khabar angin tentang penamat Dragon Ball dengan ketika kisah Freeza. Editor telah mencadangkan kepada Toriyama-sensei supaya menamatkan Dragon Ball ketika kisah Freeza atau jadikan Gohan sebagai watak utama. Bagaimanapun, Toriyama-sensei tolak cadangan ini dan merasakan Gohan takkan berjaya jika dijadikan watak utama. Toriyama-sensei tiada rancangan spesifik untuk Dragon Ball dan hanya mahu hasilkan siri ini dengan gembira. Bila tiba masa untuk tamatnya, apa yang dia mahu lakukan adalah luangkan masa bersama-sama keluarganya, yang merupakan motivasi utama untuk tamatkan siri ini buat pertama kalinya, iaitu kira-kira 20 tahun lalu!



Poccolo

Mr.Satan

8. Watak Paling Digemari Toriyama-sensei
Watak paling digemari Toriyama-sensei adalah Piccolo dan Mr. Satan di tempat kedua! Walau Piccolo pada mulanya watak penjahat, Toriyama-sensei sendiri akui watak ini amat "cool". Malah, dia suka melukis watak Piccolo. Untuk watak Mr. Satan pula, Toriyama-sensei pernah berkira-kira untuk hasilkan kisah tentang Mr. Satan semasa mahu tamatkan Dragon Ball!



Vegeta
9. Watak Kurang Digemari Toriyama-sensei
Walau watak Vegeta amat terkenal di kalangan peminat setia Dragon Ball, Toriyama-sensei akui Vegeta adalah watak yang paling tidak digemarinya! Bagaimanapun, Toriyama-sensei akui Vegeta banyak membantunya dalam hasilkan plot untuk Dragon Ball. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perasaanya terhadap Vegeta telah mula berubah.


10. Nada Dering Krillin?
Dalam filem Dragon Ball Z: Resurrection 'F', Krillin telah bekerja sebagai pegawai polis. Terdapat dalam satu adegan di mana nada dering telefon bimbitnya adalah lagu “We Are!” nyanyian Hiroshi Kitadani yang merupakan lagu tema pembukaan untuk siri anime One Piece. Jadi persoalannya, kenapa? Ini kerana seiyuu untuk watak Krillin adalah Tanaka Mayumi, yang juga membawa peranan sebagai Luffy, watak utama One Piece!



















No comments:

Post a Comment