Sunday, 12 April 2015

[winter 2015] DOG DAYS” ドッグデイズ''


Dog Days' (ドッグデイズダブルダッシュ ) disebut sebagai Dog Days Double Dash merupakan siri anime musim ke-3 Dog Days yang telah disiarkan mulai Januari 2015 di Jepun. Dog Days merupakan siri anime televisyen fantasi Jepun yang dihasilkan oleh Tsuzuki Masaki (Magical Girl Lyrical Nanoha) dan diterbitkan oleh Seven Arcs dan Aniplex dibawah arahan Kusakawa Keizo. Siri anime ini disiarkan pada April 2011. Siri anime musim ke-2 yang berjudul Dong Days' (ドッグデイズダッシュ ) disebut sebagai Dog Days Dash disiarkan pada Julai 2012. Pengarah siri musim ke-2 ini Nishimura Junji telah menggantikan Kusakawa Keizo. Pada 25 November 2012, Fujima Takuya selaku mangaka Dog Days telah mengumumkan siri anime musim ke-3, tapi tidak memberitahu tarikh sebenar. Akhirnya siri ke-3 yang dinantikan peminat Dog Days telah muncul. Siri anime musim ke-3 ini diterbitkan oleh Seven Arcs dan diarahkan oleh Nishimura Junji. Pereka karakter ialah Sakata osamu dan penerbit muzik ialah I've. Lagu pembukaan “No Limit” dinyanyikan oleh Mizuki Nana manakala lagu penutup yang bertajuk “Stay With Me' dinyanyikan oleh Horie Yui.

Plot
Pada masa dahulu, Republik Biscotti berdepan dengan masalah yang besar di mana mereka diserang oleh Galette Leo Knights. Dalam usaha untuk menyelamatkan negara ini, Puteri Milihiore telah memanggil seorang wira dari dunia lain. Izumi Cinque adalah seorang pelajar lelaki sekolah menengah yang tinggal di bumi yang telah dipilih menjadi wira. Selepas 2 musim mengembara di Flonyard, Cinque dan kawan-kawanya telah kembali untuk musim ke-3.



Yukikaze Panettone ユキカゼ・パネトーネ
Seiyu : Asumi Kana
Mesra dipanggil dengan nama samaran Yukki. Dia adalah gadis serigala dan wira sambilan di Knights of Biscotti yang bekerja untuk Brioche. Pakaian dan gaya pertempuran Yukikaze mernyerupai seorang Ninja. Dia sering menggunakan “sessha” dan “de gozaru” dalam percakapannya.






Millhiore Firianno Biscotti ミルヒオーレ・F (フィリアンノ)・ビスコッティ
Seiyu : Horie Yui
Mesra dipanggil dengan nama samaran Milhi. Millhiore berusia 13 tahun. Dia adalah Puteri Repulik Biscotti yang mempunyai personaliti yang lemah lembut dan rajin. Dia disayangi oleh rakyatnya. Pada masa yang sama, dia juga merupakan seorang penyanyi.Dia juga merupakan orang yang memanggil Cinque ke Flonyard.





Cinque Izumi シンク・イズミ
Seiyu : Miyano Mamoru
Remaja 13 tahun yang merupakan kacukan Jepun dan British yang berasal dari Cornwall. Dia telah dipanggil ke dunia Flonyard, Republik Biscotti sebagai wira kepada Puteri Millhiore. Dia menggunakan Divine Sword Biscotti yang dikenali sebagai “Palladion” di mana senjata ni walaupun adalah pedang, tapi ia boleh berubah bentuk yang berbeza-beza emngikut kehendak pemiliknya.




Rebecca Anderson
Seiyu : Takahashi Mikako
Cinque memanggilnya dengan nama samaran Becky. Rebecca adalah gadis 13 tahun yang belajar di sekolah antarabangsa Kinokawa, Jepun. Dia dan Cinque adalah kawan baik. Dia adalah seorang yang penyibyuk tapi sangat memahami Cinque dan rasa sunyi apabila Cinque tak ada. Dia suka fesyen, game, manga dan novel yang bertemakan fantasi.


No comments:

Post a Comment