Magic Kaito 1412
まじっく快斗1412
Siri anime bertajuk Magic Kaito 1412 (まじっく快斗1412 )
telah diterbitkan oleh A-1 Pictures dan telah disiarkan pada musim luruh yang
lepas. Siri anime ini yang mempunyai 24 episod telah diarahkan oleh Kudo
Susumu, skrip ditulis oleh Okada Kunihiko dan composer muzik ialah Iwasaki
Taku. Lagu pembukaan iaitu "Kimi no Matsu Sekai" dinyanyikan
LAGOON (episod 1-12) dan "Ai no Scenario" dinyanyikan oleh CHiCO dan HoneyWorks (episod 13-24). Manakala
lagu penutup "WHITE of CRIME"
dinyayikan oleh REVALCY (episod 1-12)
dan lagu penutup kedua yang bertajuk "Koi no Jumyō" dinyanyikan oleh
Galileo Galilei (episod 13-24)
Plot
Kaito Kuroba merupakan seorang remaja tinggal bersama
pembantunya setelah bapanya meninggal dunia pada lapan tahun lalu. Tidak lama
kemudian, dia menyedari identiti rahsia bapanya merupakan seorang jenayah taraf
antarabangsa yang terkenal dikenali 1412: Phantom Thief, dan bahawa ayahnya
telah dibunuh oleh satu organisasi yang misteri untuk enggan membantu mereka
dalam mendapatkan semula permata "Pandora Gem", khabarnya batu mistik
ini akan mengalirkan "air mata" semasa komet melalui bumi dan meminta
hayat untuk mengurniakan hidup selama-lamanya. Dia berjanji untuk mengelakkan
organisasi tersebut daripada mendapatkan Pandora Gem, dan mengantikan identiti
bapanya untuk meneruskan misi ayahnya iaitu mencuri batu permata. Batu permata
bercahaya merah di bawah bulan purnama dan bahawa ada satu permata lagi yang
tersembunyi dalam batu permata yang besar. Oleh itu, misteri tersebut akan
menjadi satu kejadian pelik agak besar dalam sejarah dan sentiasa disimpan di
tempat yang pantulkan sinaran bulan. Setiap waktu lapang dia pada bulan
purnama, dia akan mencuri barang yang tidak ternilai yang terkenal.
Kuroba Kaito 黒羽 快斗
Seiyu : Yamaguchi Kappei
Kod antarabangsa : 1412
Tinggi : 174cm
Berat : 58kg
Tarikh Lahir : 21 Jun
Penglihatan : 2.0
IQ : 400
Kuroba Kaito adalah Kaitou Kid. Dia adalah seorang pelajar
Kelas 2-B Sekolah Tinggi Ekoda bersama rakan zaman kanak-kanaknya bernama Aoko
Nakamori, ahli magik Akako Koizumi dan pemindahan pelajar detektif Saguru
Hakuba. Kaito menjumpai identiti bapanya sebagai Kaitou Kid selepas lapan tahun
apabila beliau menjumpai sebuah bilik rahsia di dalam rumahnya serta berjumpa
dengan pembantu dan rakan bapanya, Konosuke Jii. Apabila Jii berhenti menjadi
Kid, dia terus mengambil alih tugas tersebut dalam usaha untuk menarik
perhatian pembunuh bapanya. Kaitou Kid menjadi seorang pencuri yang terkenal di
dunia sekali lagi. Walaupun Kaito Kid kelihatan hebat namun hakikatnya dia amat
takut pada ikan.
Nakamori Aoko 中森 青子
Seiyu : Ichimichi Mao
Tarikh Lahir : 26 September
Tinggi : 165 cm
Berat : 58kg
Kumpulan Darah : Jenis A
Aoko ialah kawan sepermaina Kaito. Dia adalah seorang gadis
yang keras kepala, impulsif dan baik hati. Sebagai anak kepada Inspektor
Nakamori, dia benci pada Kaito Kid. Dia mempunyai kecenderungan untuk merujuk
kepada dirinya yang ketiga.
Hakuba Saguru 白馬探
Seiyu : Miyano Mamoru
Tarikh Lahir : 29 Ogos
Tinggi : 180cm
Berat : 65 kg
Kumpulan Darah : Jenis A
Hakuba Sagura adalah detektif sekolah tinggi yang terkenal di Jepun dan bersaing dengan
Kaito. Sebagai anak kepada pegawai polis, dia mempunyai banyak peluang untuk
menangkap Kaito Kid. Sebagai detektif, Hakuba mendalami setiap motif dengan menyoal
“ Kenapa awak lakukan semua ni?”
Koizumi Akako小泉 紅子
Seiyu : Kitamura Eri
Akako adalah seorang ahli magik yang mengamalkan magik
merah. Dia tahu Kaito adalah Kaito Kid tapi Kaito selalu menafikan. Dia suka
menjadi tumpuan orang ramai dan ketawa dengan cara yang unik. “Ohohoho” sering
kedengaran apabila mendekati Akako.
Nakamori Ginzo 中森 銀三
Seiyu : Ishizuka Unshou
Nakamori Ginza juga dikenali sebagai Mace Fuller iaitu
karakter dalam manga Magic Kaito dan juga anime Detective Conan. Dia ialah seorang
inspector di Tokyo. Dia menyiasat kes-kes penipuan, tapi dia menghabiskan
sebahagian masa dan tenaga ke atas skuad yang tidak dapat menangkap Kaitou Kid.
Kuroba Toichi 黒羽 盗一
Seiyu : Ikeda Shuuichi
Kuroba Toichi ialah ayah kepada Kaito. ialah Kaitou Kid yang
asal. Toichi sebagai Kid adalah seorang pencuri permata terbesar di Jepun serta
seorang ahli silap mata peringkat profesional di Jepun sehingga dia telah
dibunuh dalam kemalangan semasa membuat pertunjukan silap mata. Sebelum
kematiannya, Toichi mempunyai seorang pembantu peribadi iaitu Konosuke Jii. Dia
diminta berjanji kepada Toichi untuk tidak akan memberitahu Kaitou Kuroba,
anaknya tentang kerjayanya sebagai pencuri. Walau bagaimanapun, ibu Kaito
menyedari akan dua kehidupan suaminya itu dan Kaito mendapati terdapat sebuah
bilik rahsia Toichi di dalam rumahnya.
No comments:
Post a Comment