One
Punch Man ialah siri manga dan anime di mana karakter utama bernama
Saitama yang berjaya mengalahkan lawannya dengan satu pukulan pada
musim tahun ini. Kisah dalam One Punch Man itu sebdiri terletak di
dalam dunia di mana adiwira disenaraikan dalam persatuan adiwira dan
berlawan makhluk misteri yang sering menyerang masyarakat. Mendengar
nama Saitama itu mungkin mengingatkan pembaca tenhtang Wilayah
Saitama, apa kaitan antara One Punch Man dan Wilayah Saitama di
Jepun? Berikut adalah beberapa fakta dan latar belakang yang unik di
sebalik kisah One Punch Man.
1.Dunia
dalam kisah One Punch Man dibuat berdasarkan bentuk wilayah Saitama
Mangaka
One Punch Man yang dikenali dengan nama pena One, melukis manga
adalah hobinya, begitu juga dengan karakter Saitama yang menjadi
adiwira juga untuk hiburannya dan beliau namakan protagonis dalam
siri ini berdasarkan tempat tinggalnya. Seluruh dunia dalam kisah One
Punch Man juga terdiri dari satu benya besar yang berbentuk seperti
wilayah Saitama.
Apabila
dibaca ejaan bahasa Jepun, tajuk One Punch Man berbunyi menjadi
Wanpanman yang merupakan nama adiwira yang sangat popular di kalangan
kanak-kanak, Anpanman. Malah, warna pakaian yang dipakai oleh adiwira
Saitama sebenarnya bertentangan dengan warna kostum Anpanman.
2.Setiap
bandar dalam dunia One Punch Man ialah bandar dari Wilayah Saitama
Walaupun
semua aksi dalam One Punch Man berlaku dalam bandar fiksyen dengan
nama-nama yang terdiri daripada A-City ke Z-City yang mirip dengan
Wilayah Saitama dan permandangan bandar yang sama boleh didapati
dengan melangkah keluar dari stesen keretapi di Urawa, Omiya atau
Kawagoe. Lokasi yang paling jelas ialah sungai di mana Saitama
berlatih selama tiga tahun untuk mendapatkan kekuatan dalam cerita
sebenarnya merupakan Sungai Arakawa yang terletak berdekatan dengan
Stesen Kawaguchi di mana sungai ini menjadi sempadan Tokyo dan
Saitama.
3.Saitama
adalah tempat yang biasa-biasa saja
Adiwira
saitama tinggal di Z-City di mana kawasan yang telah ditinggalkan
oleh penduduk kerana sering diserang oleh makhluk misteri. Dia
tinggal di sana kerana sewa rumah yang murah yang juga merupakan
sebab di mana kenapa berjuta-juta orang yang bekerja di Tokyo tinggal
di selatan Saitama dan berulang alik ke pejabat mereka setiap hari.
Walaupun apartmen dia ialah apartmen untuk orang yang baru bekerja,
1K ( satu bilik dan dapur kecil) sudah cukup besar untuk TV, meja,
sofa kecil dan rak murah yang dipenuhi dengan manga.
Suara
hati para orang yang makan gaji yang tetap kena membuat sesuatu
pekerjaan yang tidak memuaskan seumur hidupnya juga disalurkan
melalui kehidupan Saitama yang rasa kecewa sebagai seorang adiwira
dan bosan kerana kurang cabaran.
Selain
itu, hampir setiap episod kita dapat lihat Saitama membawa beg
barangan runcit. Kalau anda bekerja dan tinggal di Tokyo, mungkin
anda jarang makan di rumah dan masih dapat menggunakan teksi pada
tambang yang berpatutan kalau anda terlepas keretapi. Tapi kalau anda
bekerja di Tokyo dan tinggal di Saitama, anda pasti akan fikir dua
kali untuk berulang alik ke wilayah lain dan untuk makanan pula anda
pasti akan memberi perhatian kepada kedai runcit yang ada diskaun
sebelum tutup kedai.
4.Saitama
jarang dapat penghormatan
Pada
awal tahun 1980-an, Sanma Akashiya mencipta istilah “Dasaitama”
yang merupakan singkatan dari Dasai (lemah) dan Saitama yang mengejek
Wilayah Saitama kerana jarang mendapat penghormatan. Ada beberapa
perkara yang m,enyebabkan dia berbuat demikian kerana Saitama
terletak jauh. Kalau orang Tokyo ketahui bahawa anda tinggal di
Saitama, mereka akan bercakap : “Saitama? Jauhnya!”
Selain
itu, menurut laman web Naver Matome terdapat beberapa sebab kenapa
Saitama kurang popular. Saitama tidak mempunyai tempat pelancongan
yang menariki, tiada laut, yang ada hanya beberapa produk tempatan
yang terkenal dan penduduk Saitama pun tak ramai, Saitama tak ada apa
yang boleh dibanggakan. Namun, latar belakang Saitama telah menjadi
inspirasi kepada beberapa tempat dalam anime Bakuman, Initial D dan
My Neighbour Totoro dan merupakan bandar bersejarah Kawagoe dan
mempunyai gunung dan lembah Chichibu dan kuil Hikawa.
No comments:
Post a Comment