Saturday, 2 April 2016

Anime Yang Membuat Anda Menangis





Ada beberapa anime yang mempunyai kisah sedih yang dapat membuat penonton menitik air mata. Tapi pendapat setiap orang tentunya berbeza-beza, begitu juga dengan penonton anime di Jepun. Untuk mengetahui anime mana yang dapat membuat penonton menangis, My Navi Student yang merupakan laman web popular di Jepun telah menjalankan soal selidik pada penonton, terutamanya yang terdiri dari kalangan orang dewasa yang berumur lebih dari 18 tahun. Uniknya, dari 10 buah anime yang tersenarai terdapat sebuah anime yang merupakan anime asing yang dipilih oleh peserta soal selidik ini. Berikut adalah keputusan soal selidik yang dipungut dari goboiano.com. Anime mana yang telah membuat anda menitik air mata?



 
1.Tokyo Magnitude 8.0
Seorang gadis dan adiknya mencuba untuk bertahan hidup semasa bencana alam. Dalam usaha mereka untuk mencari tempat yang selamat, peristiwa tragis telah berlaku yang pasti akan membuatkan anda menangis.







2.Plastic Memories
Walaupun sudah tahu kesudahan Plastic Memories, tapi mereka masih tidak dapat menahan air mata mereka. 

 





3.Up
Filem Pixar cenderung menampilkan jalan cerita yang gembira, tapi babak permulaan Up akan membuat semua orang menitik air mata kerana Carl Fredricksen dan isterinya berkenalan sejak kecil, bercinta, berkahwin, membeli rumah mereka, sedih kerana keguguran dan akhir isterinya meninggal dunia dan tinggalkan dia sebatang kera.







 
4.Air
Air pasti akan membuat anda menangis kerana jangan ceritanya yang emosi. Yukito telah berpindah ke bandar yang agak sepi tapi mempunyai pantai. Dia telah berjumpa Misuzu, seorang gadis yang sakit.





5.Wolf Children
Hana jatuh cinta dengan rakan sekolejnya yang merupakan manusia serigala. Mereka berdua telah memulakan rumah tangga tapi tinggal Hana yang membesarkan 2 orang anak selepas kekasihnya meninggal dunia.







6.Stand by Me Doraemon
Filem ini mengikuti Doraemon yang ditugaskan untuk kembali untuk membantu mengubah nasib Nobita. Apabila tugas Doraemon selesai, namun Doraemon terlalu risaukan Nobita dan ia berat hati untuk meninggalkannya.





 
7.Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket
Alfred yang berusia 10 tahun tinggal di tanah jajahan yang memiliki pertahanan peperangan yang neutral antara Earth Federation dan Zeon. Namun apabila peperangan berada di depan matanya, barulah dia sedar tentang konflik dan kemusnahan.






8.Eiga Crayon Shin-chan: Gachinko! Gyakushuu no Robo To-chan
Filem ke-22 Crayon Shin-chan yang menumpu pada konsep apa yang harus dilakukan oleh seorang dan sejauh mana dia akan melakukan untuk keluarganya.








9.Tekkonkinkreet
Walaupun bertarung menentang yakuza dan samseng jalanan, musuh terbesar dari dua orang anak yatim yang hidup di jalan Treasurea Town adalah pelabur asing yang ingin merobohkan Trasure Town dan membina hiburan di tempat tersebut.









10.Your Lie in April
Your Lie in April memiliki garis tipis antara ketulusan dan melodramatis yang mengisahkan penderaan kanak-kanak, penyakit, buli dan penipuan telah dimasukkan ke dalam kisah cinta muda, mengatasi keraguan dalam diri dan muzik klasik. 

 














No comments:

Post a Comment