Sunday, 15 March 2015

[Winter 2015] Ansatsu Kyoushitsu :: 暗殺教室



Ansatsu Kyoushitsu merupakan karya yang sudah popular. Manganya pula sejak kemunculan sulung mendapat sambutan yang hangat. Manga ini menduduki di tempat ke-10 terbaik jualan manga 2014, satu siri karya yang sangat jarang untuk mencapai apa-apa kejayaan tanpa anime untuk meningkatkan jualannya. Pendek kata, popularitinya telah berada di paras atas. Namun apa yang membuatkannya jadi begitu istimewa? Jika anda pernah imaginasi untuk hapuskan cikgu, anda pasti akan sukanya.




Ansatsu Kyoushitsu ( Bahasa Inggeris : Assassination Classroom ) merupakan siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Matsui Yusei. Siri ini mula disiarkan secara bersiri di majalah Weekly Shonen Jump, Shueisha dari Julai 2012. Sehingga Disember 2014, 12 jilid tankobon telah diterbitkan di Jepun sebanyak 10 juta salinan.
Adaptasi siri anime televisyen oleh Lerche dan diarahkan oleh Kishi Seiji. Lakon layar oleh Uezu Makoto dan penggubah lagu ialah Sato Naoki. Lagu pembukaan yang bertajuk
"Seishun Satsubatsuron" (青春サツバツ論; Youth Savage Theory) dinyayiakan oleh 3-nen E-Gumi Utatan manakala lagu penutup pula "Hello, shooting-star" dinyanyikan oleh moumoon.





Kelas 3-E

Kelas 3-E Kunugigaoka adalah kelas pelajar-pelajar bermasalah yang mendapat diskriminasi dari pelajar-pelajar kelas lain. Para pelajar ini ditugaskan oleh pemerintah untuk membunuh cikgu kelas mereka, Korosensei dengan ganjaran hadiah 10 juta yen.




Plot
Sebuah cerita yang lucu di mana satu kelas kena membunuh cikgu mereka sendiri iaitu makhluk asing sotong gurita yang mempunyai kebolehan istimewa dimana telah menghancurkan bulan dan berniat untuk melakukan pekara yang sama pada bumi. Mereka kena membunuh cikgu mereka sebelum bumi hancur. Tugas mereka adalah membunuh cikgu mereka tapi apa yang membuatkan keadaan semakin rumit adalah mereka mula menyukai cikgu mereka.

Adakah mereka berjaya membunuh cikgu mereka atau pekara yang sebaliknya yang terjadi?










Korosensei 殺せんせー
Seiyu : Fukuyama Jun
Korosensei adalah protagonis utama dari siri ini. Dia adalah cikgu kelas 3-E sekolah Kunugigaoka, yang merupakan makhluk aneh berupa sotong dengan kecepatan Mach 20 yang telah menghancurkan sebahagian besar dari bulan dan membuatnya berbentuk sabit untuk selamanya. Walaupun dia memiliki pelbagai kekuatan hebat yang menakutkan, namun dia juga memiliki sifat-sifat dan kelemahan yang sangat aneh bahkan memalukan, seperti mudah mabuk perjalanan dan terlalu khuatirkan dengan soal penampilan.


Irina Jelavić イリーナ・イェラビッチ
Seiyu : Ito Shizuka
Irina adalah seorang pembunuh upahan professional yang diarahkan untuk membunuh Korosensei dengan menyamar sebagai guru bahasa asing kelas 3-E. Murid-murid kelas 3-E memanggilnya "Bitch-Sensei" sebagai singkatan dari Jelavic-sensei.


Karasuma Tadaomi
Seiyu : Sugita Tomokazu
Karasuma adalah agen kementerian pertahanan Jepun yang ditugaskan menjadi guru olahraga kelas 3-E sekaligus mengajarkan mereka teknik pembunuh. Dia adalah orang yang sangat tegas dan disiplin yang sangat disukai oleh para pelajar kelas 3-E. Semasa di pasukan pertahanan, dia adalah tentera yang sangat terkenal dengan kemampuannya.


Shiota Nagisa 潮田 渚
Seiyu ; Fuchigami Mai
Nagisa adalah pelajar lelaki yang tubuh badan paling kecil di kelas 3-E dengan kemampuan fizikal yang lemah. Tapi sebenarnya dia memiliki bakat terpendam sebagai pembunuh. Pada saat latihan pembunuhan, Karasuma merasakan nafsu membunuh yang sangat kuat pada diri Nagisa yang berbeza dari pelajar-pelajar lain.






Sugino Tomohito 杉野 友人
Seiyu : Yamaya Yoshitaka
Tomohito adalah salah seorang pelajar di kelas 3E dan merupakan kawan yang rapat denjgan Nagisa. Dia merupakan pemain besbal di kelab besbal sehinggalah dia dipindahkan ke kelas 3E dan membuatkan dia tersingkir dari kelab itu. Dia menggunakan teknik dalam besbal untuk membunuh Korosensei.






Isogai Yuma 磯貝 悠馬
Seiyu : Osaka Ryota
Yuma adalah ketua kelas 3E. Di disukai oelh rakan sekelasnya dan pelajar perempuan sering mengunjungi kafe yang dia bekerja. Dia adalah “Ikeman” kerana rupa yang kacak, peramah, rajin dan mempunyai personaliti yang sederhana.






Terasaka Ryoma 寺坂 竜馬
Seiyu : Kimura Subaru
Pelajar yang paling besar di dalam kelas 3E.




Kimura Masayoshi (Justice)
Seiyu : Kawabe Shunsuke
Orang yang lari paling pantas di kelas 3E. Ibubapanya adalah polis yang berdedikasi dan memberi nama “Justice kepadanya. Dia tidak suka dengan nama tersebut.


Kayano Kaeda 茅野 カエデ
Seiyu : Suzaki Aya
Kaede adalah salah seorang pelajar dari kelas 3-E dan juga kawan rapat Nagisa dan sering kelihatan bersama dengannya. Dia sangat membenci wanita berdada besar seperti Bitch-sensei . Dia sangat suka pudding dan memiliki pengetahuan yang luas tentang puding.

No comments:

Post a Comment