Saturday, 2 April 2016

Anime Yang Membuat Anda Menangis





Ada beberapa anime yang mempunyai kisah sedih yang dapat membuat penonton menitik air mata. Tapi pendapat setiap orang tentunya berbeza-beza, begitu juga dengan penonton anime di Jepun. Untuk mengetahui anime mana yang dapat membuat penonton menangis, My Navi Student yang merupakan laman web popular di Jepun telah menjalankan soal selidik pada penonton, terutamanya yang terdiri dari kalangan orang dewasa yang berumur lebih dari 18 tahun. Uniknya, dari 10 buah anime yang tersenarai terdapat sebuah anime yang merupakan anime asing yang dipilih oleh peserta soal selidik ini. Berikut adalah keputusan soal selidik yang dipungut dari goboiano.com. Anime mana yang telah membuat anda menitik air mata?



 
1.Tokyo Magnitude 8.0
Seorang gadis dan adiknya mencuba untuk bertahan hidup semasa bencana alam. Dalam usaha mereka untuk mencari tempat yang selamat, peristiwa tragis telah berlaku yang pasti akan membuatkan anda menangis.







2.Plastic Memories
Walaupun sudah tahu kesudahan Plastic Memories, tapi mereka masih tidak dapat menahan air mata mereka. 

 





3.Up
Filem Pixar cenderung menampilkan jalan cerita yang gembira, tapi babak permulaan Up akan membuat semua orang menitik air mata kerana Carl Fredricksen dan isterinya berkenalan sejak kecil, bercinta, berkahwin, membeli rumah mereka, sedih kerana keguguran dan akhir isterinya meninggal dunia dan tinggalkan dia sebatang kera.







 
4.Air
Air pasti akan membuat anda menangis kerana jangan ceritanya yang emosi. Yukito telah berpindah ke bandar yang agak sepi tapi mempunyai pantai. Dia telah berjumpa Misuzu, seorang gadis yang sakit.





5.Wolf Children
Hana jatuh cinta dengan rakan sekolejnya yang merupakan manusia serigala. Mereka berdua telah memulakan rumah tangga tapi tinggal Hana yang membesarkan 2 orang anak selepas kekasihnya meninggal dunia.







6.Stand by Me Doraemon
Filem ini mengikuti Doraemon yang ditugaskan untuk kembali untuk membantu mengubah nasib Nobita. Apabila tugas Doraemon selesai, namun Doraemon terlalu risaukan Nobita dan ia berat hati untuk meninggalkannya.





 
7.Mobile Suit Gundam 0080: War in the Pocket
Alfred yang berusia 10 tahun tinggal di tanah jajahan yang memiliki pertahanan peperangan yang neutral antara Earth Federation dan Zeon. Namun apabila peperangan berada di depan matanya, barulah dia sedar tentang konflik dan kemusnahan.






8.Eiga Crayon Shin-chan: Gachinko! Gyakushuu no Robo To-chan
Filem ke-22 Crayon Shin-chan yang menumpu pada konsep apa yang harus dilakukan oleh seorang dan sejauh mana dia akan melakukan untuk keluarganya.








9.Tekkonkinkreet
Walaupun bertarung menentang yakuza dan samseng jalanan, musuh terbesar dari dua orang anak yatim yang hidup di jalan Treasurea Town adalah pelabur asing yang ingin merobohkan Trasure Town dan membina hiburan di tempat tersebut.









10.Your Lie in April
Your Lie in April memiliki garis tipis antara ketulusan dan melodramatis yang mengisahkan penderaan kanak-kanak, penyakit, buli dan penipuan telah dimasukkan ke dalam kisah cinta muda, mengatasi keraguan dalam diri dan muzik klasik. 

 














Top 10 Karakter Anime Lelaki dan Perempuan Menurut Newtype Edisi Febuari 2016

Banyaknya anime baru yang terus muncul membuatkan persaingan karakter popular menjadi semakin sengit dan nampaknya karakter dari Kokoro ga Sakebitagatterunda., Charlotte dan Sword Art Online yang masih menguasai kedudukan teratas dalam majalah Newtype edisi November tahun lepas telah banyak diganti oleh karakter lain. Jadi siapakah karakter yang paling popular mengikut Newtype kali ini?


Karakter Anime Lelaki Paling Popular:


1.Koyomi Araragi (Kizumonogatari)





2.Mikazuki Augus (Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans)



3.Saitama (One Punch Man)




4.Oshino Meme (Kizumonogatari)




5.Archer (Fate/stay night: Unlimited Blade Works)



6.Gintoki Sakata (Gintama)





7.Karamatsu (Osomatsu-san)




8.Kaiki (Monogatari Series)





9.Osomatsu (Osomatsu-san)



10.Choromatsu (Osomatsu-san)






Karakter Anime Perempuan Paling Popular:


1. KissShot Acerola-Orion Heart Under Blade (Kizumonogatari)





2. Hanekawa Tsubasa (Kizumonogatari)





3. Saber (Fate/stay night: Unlimited Blade Works)





4. Kudelia Aina Bernstein (Mobile Suit Gundam: Iron-Blooded Orphans)





5. Mayoi Hachikuji (Monogatari Series)





6. Senjougahara Hitagi (Monogatari Series)





7. Oshino Shinobu (Monogatari Series)





8. Chino (Gochuumon wa Usagi Desu ka??)





9. Yotsugi Ononoki (Monogatari Series)





10. Sheryl Nome (Macross F)














Apa Kaitan Antara One Punch Man dan Wilayah Saitama Di Jepun?







One Punch Man ialah siri manga dan anime di mana karakter utama bernama Saitama yang berjaya mengalahkan lawannya dengan satu pukulan pada musim tahun ini. Kisah dalam One Punch Man itu sebdiri terletak di dalam dunia di mana adiwira disenaraikan dalam persatuan adiwira dan berlawan makhluk misteri yang sering menyerang masyarakat. Mendengar nama Saitama itu mungkin mengingatkan pembaca tenhtang Wilayah Saitama, apa kaitan antara One Punch Man dan Wilayah Saitama di Jepun? Berikut adalah beberapa fakta dan latar belakang yang unik di sebalik kisah One Punch Man.



1.Dunia dalam kisah One Punch Man dibuat berdasarkan bentuk wilayah Saitama

Mangaka One Punch Man yang dikenali dengan nama pena One, melukis manga adalah hobinya, begitu juga dengan karakter Saitama yang menjadi adiwira juga untuk hiburannya dan beliau namakan protagonis dalam siri ini berdasarkan tempat tinggalnya. Seluruh dunia dalam kisah One Punch Man juga terdiri dari satu benya besar yang berbentuk seperti wilayah Saitama.


 
Apabila dibaca ejaan bahasa Jepun, tajuk One Punch Man berbunyi menjadi Wanpanman yang merupakan nama adiwira yang sangat popular di kalangan kanak-kanak, Anpanman. Malah, warna pakaian yang dipakai oleh adiwira Saitama sebenarnya bertentangan dengan warna kostum Anpanman.








 
2.Setiap bandar dalam dunia One Punch Man ialah bandar dari Wilayah Saitama



Walaupun semua aksi dalam One Punch Man berlaku dalam bandar fiksyen dengan nama-nama yang terdiri daripada A-City ke Z-City yang mirip dengan Wilayah Saitama dan permandangan bandar yang sama boleh didapati dengan melangkah keluar dari stesen keretapi di Urawa, Omiya atau Kawagoe. Lokasi yang paling jelas ialah sungai di mana Saitama berlatih selama tiga tahun untuk mendapatkan kekuatan dalam cerita sebenarnya merupakan Sungai Arakawa yang terletak berdekatan dengan Stesen Kawaguchi di mana sungai ini menjadi sempadan Tokyo dan Saitama.





3.Saitama adalah tempat yang biasa-biasa saja



Adiwira saitama tinggal di Z-City di mana kawasan yang telah ditinggalkan oleh penduduk kerana sering diserang oleh makhluk misteri. Dia tinggal di sana kerana sewa rumah yang murah yang juga merupakan sebab di mana kenapa berjuta-juta orang yang bekerja di Tokyo tinggal di selatan Saitama dan berulang alik ke pejabat mereka setiap hari. Walaupun apartmen dia ialah apartmen untuk orang yang baru bekerja, 1K ( satu bilik dan dapur kecil) sudah cukup besar untuk TV, meja, sofa kecil dan rak murah yang dipenuhi dengan manga.

Suara hati para orang yang makan gaji yang tetap kena membuat sesuatu pekerjaan yang tidak memuaskan seumur hidupnya juga disalurkan melalui kehidupan Saitama yang rasa kecewa sebagai seorang adiwira dan bosan kerana kurang cabaran.

Selain itu, hampir setiap episod kita dapat lihat Saitama membawa beg barangan runcit. Kalau anda bekerja dan tinggal di Tokyo, mungkin anda jarang makan di rumah dan masih dapat menggunakan teksi pada tambang yang berpatutan kalau anda terlepas keretapi. Tapi kalau anda bekerja di Tokyo dan tinggal di Saitama, anda pasti akan fikir dua kali untuk berulang alik ke wilayah lain dan untuk makanan pula anda pasti akan memberi perhatian kepada kedai runcit yang ada diskaun sebelum tutup kedai.




4.Saitama jarang dapat penghormatan


Pada awal tahun 1980-an, Sanma Akashiya mencipta istilah “Dasaitama” yang merupakan singkatan dari Dasai (lemah) dan Saitama yang mengejek Wilayah Saitama kerana jarang mendapat penghormatan. Ada beberapa perkara yang m,enyebabkan dia berbuat demikian kerana Saitama terletak jauh. Kalau orang Tokyo ketahui bahawa anda tinggal di Saitama, mereka akan bercakap : “Saitama? Jauhnya!”



Selain itu, menurut laman web Naver Matome terdapat beberapa sebab kenapa Saitama kurang popular. Saitama tidak mempunyai tempat pelancongan yang menariki, tiada laut, yang ada hanya beberapa produk tempatan yang terkenal dan penduduk Saitama pun tak ramai, Saitama tak ada apa yang boleh dibanggakan. Namun, latar belakang Saitama telah menjadi inspirasi kepada beberapa tempat dalam anime Bakuman, Initial D dan My Neighbour Totoro dan merupakan bandar bersejarah Kawagoe dan mempunyai gunung dan lembah Chichibu dan kuil Hikawa.