Uchiyama Yumi yang pernah menyandang watak Tennoji Nagisa dama anime A Channel, Momiji dalam anime Binbo-gami ga!, Miyamoto Ruri dalam anime Nisekoi dan banyak lagi. Kali ini pembaca berpeluang melihat sisinya yang tidak diketahui.
Nama : Uchiyama Yumi
Nama Jepun : 內山夕實
Tarikh Lahir : 30 Oktober 1987
Tempat Lahir, Tokyo, Jepun
Kumpulan Darah : Jenis A
Pengurusan Agensi : ARTSVISION
Karya :
A-Channel sebagai Tennoji Nagisa
Shinryaku!? Ika Museme sebagai
Mochizuki Tomomi
Bakuman 3 sebagai Shiratori Hitomi
Ace of Diamond sebagai Takashima Rei
Buddy Complex sebagai Margaret O’Keefe
- Bolehkah beritahu kami bagaimana anda ceburi bidang ini?
Uchiyama : Masa di
sekolah menengah, kawan saya telah mengajak saya sertai kelab drama,
masa tu saya telah merasai apakah itu pementasan, maka saya telah
menaruh minat pada seiyu.
- Apakah anime pertama yang anda?
Uchiyama : ARIA the
ANIMATION
- Adakah terdapat watak yang memberi tanggapan yang mendalam?
Uchiyama : Setiap
anime dan watak adalah sangat penting bagi saya. Saya ingat setiap
anime dan watak yang pernah saya pegang. Kalau nak saya pilih juga,
rasanya ialah Momiji dalam anime Binbo-gami ga!
- Antara watak seiyu yang pernah awak pegang, adakah terdapat watak yang mempunyai personality ataupun sikap yang sama dengan anda?
Uchiyama :
watak-watak yang mempunyai sikap yang ceria dan periang adalah sama
dengan saya.
- Adakah terdapat senario yang anda tidak dapat lupakan semasa rakaman dijalankan?
Uchiyama : Adagen
yang berlaku secara tiba-tiba ataupun spontan, saya memang tak boleh
lupkan rakaman yang macam ni!
- Adakah semasa rakaman dijalankan, terdapat pengalaman buruk, boleghkah beritahu kami?
Uchiyama : Apabila
pergi ke studio rakaman buat pertama kali, saya akan rasa gelisah dan
cemas, maka saya akan membuat persediaan yang secukupnya sebelum
pergi.
- Adakah awak mempunyai pesaing dalam bidang ini?
Uchiyama : Ramai
seiyu mempunyai bakat yang saya tak ada, mereka adalah idoala saya.
- Apakah yang awak akan lakukan kalau bukan seiyu?
Uchiyama : Rasanya
pekerja kolar putih. Saya sangat suka melancong, mungkin saya akan
bekerja di agensi pelancongan.
- Apakah perkara yang paling sengsara sebagai seorang seiyu?
Uchiyama : Saya
takut dengan orang yang tidak dikenali dan suasana yang baru. Pada
mulanya saya memang tak dapat nak bekerja bersama-sama dengan rakan
sekerja. Namun sekarang saya dah boleh berkomunikasi dengan orang
ramai.
- Sebaliknya, sebagai seorang seiyu, perkara apakah yang paling gembira buat anda?
Uchiyama : Apabila
orang sekeliling ataupun peminat bercakap : “Watak ini Uchiyama
lakukan dengan sangat bagus”, saya rasa sangat gembira!!
- Awak suka menyanyi? Dan lagu apakah yang memberi tanggapan yang mendalam pada awak?
Uchiyama : Sanngat
suka! Saya sangat suka menyanyi! Kuasa muzik adalah sangat mulia.
Saya sering terharu dengan muzik. Saya tak rasa susah apabila
menyanyi untuk kerja. Cabaran saya ialah saya banyak mempelajari
nyanyian semasa kerja. Itu adalah pengalaman yang sangat berharga.
- Dalam rancangan yang anda jadi pengacara, adakah terdapat skrip yang tidak dapat dilupakan?
Uchiyama : Saya tak
pernah menjadi pengacara utama. Tapi semasa merakam rancangan, saya
pasti gembira kalau saya dapat ingat nama penonton.
- Semasa rakaman, apakah perkara utama yang akan lakukan?
Uchiyama : “Terima
saja”! (ketawa). Sebenarnya saya seorang yang penakut, maka
sehingga hari ini saya tetap rasa cemas apabila terima kerja baru.
Tapi asyik rasa cemas pun bukan perkara yang baik. Jadi apabila tiba
harinya untuk buat rakaman, saya akan buangkan segala-galanya yang
kacau otak dan hati saya, saya hanya bawa keyakinan ke studio
rakaman.
- Apakah watak yang merupakan kepakaran awak?
Uchiyama :
Ummm…Apakah watak yang pakar saya bawa? Susahnya nak jawab! Tapi
kebelakang ni watak yang dipegang adalah watak yang ceria dan sangat
disukai oleh rakan yang sejenis jantina…Watak macam tu lebih senang
nak bawa masa buat rakaman.
- Bolehkah beritahu kami matlamat dan impian awak selaku seiyu?
Uchiyama : Saya
sangat suka berlakon. Saya rasa sangat bersyukur kalau dapat menjadi
seiyu buat selama-lamanya.
- Bolehkah bagi kata-kata semangat kepada mereka yang ingin menjadi seiyu?
Uchiyama :
Penagalaman dalam hidup anda adalah kekayaan anda! Tak ada perkara
yang tak berguna di dunia ini! Sila berusaha!!
- Selain anime yang awak ada bahagian sertai, adakah awak menonton anime lain?
Uchiyama : Ahli
keluarga saya sangat suka dengan muzik Jazz, maka semasa siaran anime
Sakamichi no Aporon, saya tak pernah tertinggal satu episode pun!
- Adakah terdapat anime yang anda ingin sertai? Ataupun watak yang anda harap anda dapat pegang?
Uchiyama : Saya
rasa kaguma dengan kematangan Fukahori Yurika (seiyu : Enbdo Aya)
- Apabila anda selaku seorang penonton yang menonton anime, anime genre jenis apakah yang anda suka?
Uchiyama : Banyak.
Tapi saya paling suka anime komedi yang tak payah guna otak untuk
berfikir.
- Semasa anda kiecil, anda seorang budak yang macam mana?
Uchiyama : Saya
menarik perhatian orang lain sebab saya suka menari dan menyanyi
(ketawa)
- Bolehkah beritahu kami rancangan TV yang anda sering menonton?
Uchiyama :
Kebelakangan ni saya menonton Terrace House.
- Bolehkah memperkenalkan buku yang paling anda suka?
Uchiyama : Siri The
Berenstain Bears…saya telah dipukau oleh mereka…
- Bolehkah memperkenalkan game yang paling anda suka?
Uchiyama :
SUDOKU…saya anggap ia sebagai game (ketawa).
- Bolehkah memperkenalkan filem yang paling anda suka?
Uchiyama : The
Sound of The Music. Ibubapa saya sangat suka filem ini. Semasa saya
kecil, saya dah berulang kali menonton filem ini.
- Bolehkah memperkenalkan muzik yang paling anda suka?
Uchiyama : Acid
Black Cherry. Saya juga sering pergi ke konsert.
- Bolehkah nyatakan prinsip hidup anda?
Uchiyama :
“Sentiasa bersyukur”. Saya pun tak pasti ini adalah prinsip hidup
ataupun tidak. Saya rasa saya boleh berada di dunia ni adalah atas
sokongan orang sekeliling. Jadi saya sentiasa rasa bersyukur dengan
apa yang saya miliki.
- Sebelum ini pernahkah anda sertai acara sukan, bolehkah kongsi pengalaman anda?
Uchiyama : Semasa
di sekolah rendah, saya telah sertai kelab badminton. Masa tu saya
pun tak tahu dari mana datangnya keyakinan. Masa sekolah menengah
saya pun sertai kelab badminton, dan saya telah rasai kegagalan.
Keseluruhannya, saya adalah orang yang tak tahu bersukan!
- Bolehkah beritahu kami lagu yang anda nyanyi semasa di karaoke?
Uchiyama : Lagu
Carpenters. Ibubapa saya sering nyanyikan lagu Carpenters.
- Bolehkah beritahu kami makanan kegemaran anda?
Uchiyama : Saya
suka makanan sampingan ketika minum sake. Saya juga suka ayam goreng
yang mak saya masak.
- Bolehkah beritahu kami makanan yang anda benci?
Uchiyama : Saya
paling takut dengan bau daun sup. Saya juga tak suka dengan
mayonis…maka saya akan berjauhan dengan sald…
- Bolehkah memperkenalkan kedai yang sering anda kunjungi?
Uchiyama : Kedai
yang ada minuman dan makanan ringan yang sedap
- Apakah makanan ringan yang anda suka makan?
Uchiyama : Saya tak
berapa suka makan makanan yang manis, tapi saya suka makan Hakata
Torimon.
- Awak suka minum minum ringan? Kalau suka, minuman ringan apa yang awak minum?
Uchiyama : Tak
suka…saya dari kecil lagi tak suka minum minuman ringan.
- Apa yang anda lakukan pada hari cuti yang lepas?
Uchiyama : Saya
telah pergi ke Nagoya melihat konsert penyanyi kegemaran saya.
- Kalau ada satu minggu bercuti, apakah yang anda nak lakukan?
Uchiyama : Saya nak
pergi bercuti di Hawaii.
- Apakah minat yang dipupuk kebelakangan ini?
Uchiyama : Tahun
lepas saya mula guna Twitter. Saya masih suka pergi ke konsert.
- Apakah nama akaun Twitter anda?
Uchiyama :
@yuumin_uchiyama
- Apakah yang anda nak cabar dalam 10 tahun akan datang?
Uchiyama : Hidup
seorang diri!
- Jenis lelaki yang anda suka?
Uchiyama : Seorang
yang boleh bertolak ansur dan lemah lembut! Sebenarnya saya
memerlukan lelaki yang tidak akan jemu membuat kerja rumah…!!
- Bahagian manakah yang paling anda kisah pada teman lelaki anda?
Uchiyama : Mata!!
- Kebelakang ini membeli belah, barangan apakah yang paling mahal?
Uchiyama : kamera
digital!
- Apakah yang paling anda ingin perolehi sekarang?
Uchiyama : Bakal
suami (ketawa)
- Kalau anda berada di pulau terpencil, hanya satu barang saja dibenarklan bawa bersama. Apakah yang akan anda bawa?
Uchiyama
:Hm…Kawan!!
- Kalau seseorang memberi 100 juta yen kepada anda, apakah yang anda ingin lakukan?
Uchiyama : Saya
teringin nak bawa ahli keluraga pergi bercuti bersama-sama.
- Apakah tabiat seharian anda?
Uchiyama : Apabila
sampai di rumah, saya akan bersembang dengan adik perempuan saya.
- Apakah kata-kata kepada peminat?
Uchiyama : Terima
kasih kalian kerana selama ini memberi sokongan kepada saya! Sebagai
tanda terima kasih, saya akan menggunakan suara saya untuk membalas
kalian! Saya akan berusaha, jadi kalian kena sokong saya seumur
hidup!!
- Kanemoto Hisako adalah kawan baik anda? Bagaimana anda bertemu dengannya?
Uchiyama : Kami
berjumpa buat pertama kali masa membuat rakaman suara untuk anime
Shinryaku! Ika Musume. Pada masa tu, saya ingat dia seorang gadis
yang pendiam. Tapi sekarang kami telah menjadi kawan baik yang boleh
berkongsi cerita. Saya sangat gembira apabila bersama dengannya.
- Cik Kanemoto Hisako bercakap “ uchiyama teringin nak datang rumah saya, apakah yang awak nak makan, saya akan sediakan untuk awak!
Uchiyama : Aslakan
makanan yang awak masak. Memandangkan ini peluang keemasan, sila
sediakan burger untuk saya!
- Sila memperkenalkan seiyu lain yang rapat dengan anda?
Uchiyama : Kanemoto
Hisako, Hanazawa Kana, Chihara Minori, Yamamoto Nozomi, Kuno Misaki
dan ramai lagi. Saya baik dengan semua orang, maka sukar nak
seranaikan seorang demi seorang!
- Dalam temubual yang akan datang, kami bercadang nak temubual Taneda Risa, sila kemukakan satu soalan untuknya?
Uchiyama : Sila
ajar saya masak masakan yang boleh macam saya mampu pelajari (ketawa)
No comments:
Post a Comment