Profile
1. Bolehkah
beritahu kami bagaimana anda boleh menjadi seiyuu?Saya
suka melukis, pada mulanya saya ingin ceburi bidang seni. Tapi semasa
sekolah menengah, saya telah mengetahui seiyuu ini menerusi satu
rancangan radio dan kebetulan pada masa tu saya minat dengan karya
fantasi dan “saya berharap dapat pegang watak seiyu karya ini”.
Mungkin inilah salah satu alasan yang membuat saya pilih untuk seiyu.
2. Apakah watak anime pertama anda?
Animasi pendek yang bertajuk “Sakura no Ondo”, saya memegang watak pengacara yang muncul di dalam televisyen.
3. Dalam banyak-banyak watak anime yang pernah anda pegang, watak manakah yang memberi gambaran yang mendalam kepada anda?
Watanabe Saki dari “Shinsekai Yori” (From the New World). Dia adalah watak pertama saya dan saya mempunyai emosi yang kuat terhadapnya. Saya dan siri ini telah berjaya mengatasi rintangan dan terdapat banyak aspek kami telah harungi bersama-sama. Karya ini sangat menyentuh hati saya dan saya pasti akan menangis menontonnya.
Pernah
ada orang cakap dengan saya, sikap saya yang tidak boleh diam adalah
sama dengan watak yang saya pegang.
5.
Adegan manakah yang memberi kesan yang mendalam kepada anda setakat
ini?
Pada adegan-adegan akhir yang mempunyai perpisahan. Saya perlu menahan air mata saya ketika melakukan rakaman. Adegan macam ini memang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.
Pada adegan-adegan akhir yang mempunyai perpisahan. Saya perlu menahan air mata saya ketika melakukan rakaman. Adegan macam ini memang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.
6.
Pernahkah berlaku kesilapan semasa rakaman dijalankan ataupun
pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Semasa membuat rakaman watak yang dipanggil "Mirai Kuriyama" daripada "Kyokai no Kanata", Terdapat satu adegan di mana dia merasa lapar dan kebetulan perut saya juga lapar dan berbunyi pada masa yang sama. Saya ketawa semasa mengambil notis untuk rakaman "Saya tidak memerlukan apa-apa kesan bunyi!". Saya sering alamai perut berbunyi semasa rakaman dijalanakan. Nampaknya saya kena ajar perut saya. (ketawa)
Semasa membuat rakaman watak yang dipanggil "Mirai Kuriyama" daripada "Kyokai no Kanata", Terdapat satu adegan di mana dia merasa lapar dan kebetulan perut saya juga lapar dan berbunyi pada masa yang sama. Saya ketawa semasa mengambil notis untuk rakaman "Saya tidak memerlukan apa-apa kesan bunyi!". Saya sering alamai perut berbunyi semasa rakaman dijalanakan. Nampaknya saya kena ajar perut saya. (ketawa)
7.
Adakah terdapat seiyuu yang anda anggap sebagai saingan atau sumber
inspirasi?
Industri ini penuh dengan senior yang saya hormati, tak kira pekerjaan ataupun personaliti mereka. Setiap kali saya melihat karya mereka, saya akan menjadi sangat bersemangat dan memesan kepada diri sendiri "Saya perlu bekerja lebih keras!" dan ini menjadi motivasi untuk saya.
Industri ini penuh dengan senior yang saya hormati, tak kira pekerjaan ataupun personaliti mereka. Setiap kali saya melihat karya mereka, saya akan menjadi sangat bersemangat dan memesan kepada diri sendiri "Saya perlu bekerja lebih keras!" dan ini menjadi motivasi untuk saya.
8. Apa
yang anda akan lakukan jika anda telah tidak menjadi seiyu?
Mungkin pekerjaan yang berkaitan dengan sektor seni atau pekerjaan di pejabat.
Mungkin pekerjaan yang berkaitan dengan sektor seni atau pekerjaan di pejabat.
9. Perkara apakah yang
paling sukar sebagai seorang seiyu?
Pencegah selesema dan penjagaan tekak! Ini adalah pekerjaan di mana suara sentiasa digunakan, jadi kami perlu mengambil perhatian terhadap tabiat kehidupan kami untuk kekal sihat. Namun, akadang-kadang kami juga dijangkiti dengan selsema. Oleh yang demikian saya sangat cemas dan gelisah apabila musim sakit merebak...
Pencegah selesema dan penjagaan tekak! Ini adalah pekerjaan di mana suara sentiasa digunakan, jadi kami perlu mengambil perhatian terhadap tabiat kehidupan kami untuk kekal sihat. Namun, akadang-kadang kami juga dijangkiti dengan selsema. Oleh yang demikian saya sangat cemas dan gelisah apabila musim sakit merebak...
10. Sebaliknya, apakah
perkara yang paling menggembirakan sebagai seorang seiyu?
Apabila menerima maklum balas dan pendapat tentang kerja saya, saya rasa itulah perkara yang paling bahagia. Apabila dapat sampaikan karya dan karakter ke dalam hati orang lain, terutamanya terdapat orang cakap : “ awak bawa karakter ini dengan sangat baik”, saya berasa amat terharu.
Apabila menerima maklum balas dan pendapat tentang kerja saya, saya rasa itulah perkara yang paling bahagia. Apabila dapat sampaikan karya dan karakter ke dalam hati orang lain, terutamanya terdapat orang cakap : “ awak bawa karakter ini dengan sangat baik”, saya berasa amat terharu.
11.
Adakah anda suka menyanyi? Sehingga kini, lagu apakah yang memberi
kesan yang mendalam?
Saya
tidak mahir menyanyi di depan orang lain, tapi saya suka menyanyi!
Saya masih ingat saat yang paling tidak dapat dilupakan, masa tu saya
di studio rakaman saya terpaksa nyanyi di depan semua orang. Hati
saya telah dilatih dengan baik sekali. (ketawa)
12.
Dalam rancangan radio yang pernah anda sertai, adakah terdapat
kandungan skrip yang tidak dapat dilupakan?
Terdapat
satu pusingan di mana pendengar kena mencari nama barangan baru dan
laporkan. Setiap kali jawapan yang diperolehi adalah sangat
memeranjatkan! Jawapan yang paling tidak dilupakan ialah kari
strawberi.
13. Semasa rakaman dijalankan, perkara apakah yang paling anda titik berat?
Saya akan memerhatikan perkembangan jalan cerita dan dialog, saya juga akan pastikan saya menghayati karakter yang saya bawakan. Dalam kes ini saya akan paksa diri saya “jangan fikir terlalu banyak, gunakan hati untuk merasainya”.
14. Karakter apakah yang anda paling pandai untuk bawakan?
Saya perasan diri saya sering mermbawa watak gadis yang tabah, cekal dan aktif. Apabila saya membawa watak gadis yang mempunyai personality sedemikian, saya juga menjadi sangat ceria semasa rakaman dijalankan.
15. Bolehkah beritahu kami apakah matlamat dan impian anda selaku seiyu?
Saya berharap saya menjadi seorang yang seiyu yang sentiasa mempunyai perkembangan yang semakin meningkat. Seiyu adalah pekerjaan yang tiada had, maka saya berharap saya sentiasa mengekalkan sikap yang ‘tamak’ untuk mencabar kerja baru. Kelak saya akan menjadi lebih bersemangat dan berusaha!
16. Berikan nasihat kepada mereka yang ingin menjadi seiyu?
Mempunyai banyak masalah, tapi juga mempunyai banyak ketawa. Berikan 100% dalam seiyu! Mari kita berusaha bersama-sama!
17. Apakah anime yang anda sering menonton, selain anime yang anbda sertai?
Saya suka siri “Cosmic Baton Girl Comet-san☆”, “Prince of Tennis” and “Sailor Moon”! Saya selalu menonton semula siri anime ini.
18. Di antara anime yang disebut, adakah terdapat karakter yang ingin anda bawakan ataupun karakter yang anda ingin bawakan di masa depan??
Saya ingin cuba karakter lelaki dalam manga shonen!
19. Sebagai seorang penonton, anime jenis apakah yang anda suka?
Saya suka pada plot yang serius. Sekiranya terdapat faktor SF (Science Fiction), saya lagi suka!!! (ketawa)
20. Anda jenis kanak-kanak yang macam mana semasa kecil?
Saya adalah serupa budak lelaki tak kira dari penampilan ataupun personality! Walaupun sekarang dah besar, tapi saya rasa dalaman saya tak banyak berubah. (ketawa)
21. Sila berkongsi dengan kami rancangan yang sering anda tonton.
Saya suka rancangan melancong dan memasak! Saya sering menonton rancangan yang memaparkan tempat yang menarik, budaya tempatan dan dokumentari seluruh dunia. Saya juga suka menonton drama perubatan dan misteri.
22. Bolehkah beritahu kami buka yang anda suka?
Saya sangat suka manga, maka saya suka untuk pilih buku yang saya paling saya suka. Tapi, kebelakangan ni, saya sangat berminat dengan manga yang bertajuk “Machi de Uwasa no Tengu no Ko” (The Rumored Tengu’s Child in the Town).
23. Bolejkah beritahu kami game yang paling anda suka?
“Kingdom Hearts”. Itu adalah game yang saya akan main berulang-ulang kali.
24. Bolehkah beritahu kami filem yang paling anda suka?
Saya suka siri “Harry Potter”. Sehingga sekarang saya masih minat dengan filem fantastik.
25. Bolehkah beritahu kami muzik yang paling anda suka?
Saya suka semua lagu yang digubal oleh Nakata Yasutaka.
26. Bolehkah beritahu kami apakah prinsip kehidupan anda?
“Apabila ada kecekalan, pasti ada jalan”. Saya seorang yang senang berfikiran negative, jadi apabila saya sedih ataupun ditimpa masalah, saya akan fikir ayat-ayat ni dan bersemangat semula.
27. Bolehkah beritahu kami pengaaman sukan anda?
Walaupun saya adalah ahli di kelab tarian semasa sekolah menengah dan sekolah tinggi, tapi saya tidak mempunyai tenaga.
28. Bolehkah beritahu kami lagu yang anda sering nyanyi di karaoke?
Saya sangat suka Sakamoto Maaya, jadi saya akan lagunya. Lagu-lagu yang saya suka semasa sekolah menengah, saya juga sering nyanyi di karaoke.
29. Bolehkah beritahu kami makanan yang anda suka?
Saya suka plum, mangga dan makanan berperisakan matcha.
30. Bolehkah beritahu kami makanan yang paling anda benci?
Saya tak suka rempah.
31. Bolehkah rekomen kedai yang sering anda kunjungi?
Saya suka minum kopi dan saya sering mencari kopi di merata-rata tempat dan akan terus mencari lagi. Selain itu saya juga suka pergi ke restoran makanan segera.
32. Apakah makanan ringan kegemaran anda?
Saya suka plum dan makanan ringan berperisakan pudina.
33. Apakah minuman kegemaran anda?
Saya suka minum minuman yang berperisakan plum. Saya paling suka minum “Otome Sour” dan “Mio”.
34. Apakah yang anda lakukan pada cuti yang lepas?
Saya menghabiskan masa dengan anjing pelihara saya, menonton anime dan hanya rilek saja. saya seorang yang suka tidur dan cuti adalah perkara yang sangat bahagia bagi saya.
35. Sekiranya anda mempunyai cuti panjang, apakah yang ingin anda lakukan?
Saya ingin pergi ke luar negara. Saya akan pergi ke England, Amerika Syarikat dan Sepanyol.
36. Apakah minat terbaru anda?
Kebelakangan ini saya berminat dengan minum teh, terutamanya teh beras panggang.
37. Bolehkah beritahu kami sijil kelayakan yang anda perolehi baru-baru ini?
Saya ada sijil Fine Art Type 1 untuk sekolah menengah dan sekolah tinggi.
38. Perkara apakah yang anda ingin mencabar diri sendiri 10 tahun akan datang?
Saya ingin pergi ke tempat baru dan negara lain yang saya tak pernah pergi sebelum ini. Saya juga ingin mengambil jurusan bahasa asing.
39. Ciri-ciri lelaki yang anda suka?
Lelaki yang baik dan berbudi bahasa! Saya suka cermin mata, jadi seseorang yang memakai cermin mata adalah sangat menarik bagi saya!
40. Bahagian mana jantina berlainan yang menarik perhatian anda?
Tak kira lelaki ataupun perempuan, mereka yang mempunyai tangan yang cantik dan lembut adalah sangat menakjudkan!
41. Apakah barangan mahal yang baru dibeli?
Penyedut hampagas. Kelak saya akan sering gunakan ia!
42. Apa yang paling inginkan masa sekarang?
Rak buku. Saya mempunyai banyak buku…
43. Kalau anda berada di pulau terpencil dan hanya satu barang saja yang boleh dibawa ke pulau, apakah yang akan anda bawa?
Sesuatu yang boleh nyalakan api. Saya akan memburu makan untuk diri sendiri.
44. Kalau anda diberi 1 million yen, bagaimana anda belanjakan wang itu?
Simpan. Kalau tak dibenarkan simpan, maka saya akan gunakan wang itu untuk baiki rumah ibubapa saya.
45. Apakah tabiat seharian anda?
Dengar radio. Saya adalah orang yang suka dengar radio.
46. Apakah kata-kata kepada peminat anda?
Terima kasih membaca temu bual ini. Surat yang kalian tulis kepada saya dan juga emel yang dihantarkan ke stesen radio sangat bermakna kepada saya. Setiap kali membacanya, ia memberi semangat kepada saya. Selaku seorang seiyu, saya masih perlu berusaha dan melakukan yang terbaik. Sila beri tunjuk ajar kepada saya.
47. Adakah anda masih ingat pertama kali anda berjumpa dengan Uchiyama Yumi?
Pertama kali saya berjumpa dengannya di studio rakaman untuk rakaman “Sukitte Ii na yo”, saya rasa dia seorang yang sangat baik dan kelakar membuatkan saya rasa selesa dengannya. Saya rasa sangat gembira dapat bertemu dengannya.
48. (Soalan dari Uchiyama Yumi) Bolehkah ajar saya buat masakan yang ringkas? (ketawa)
Kobis masin! Kobis segar, potongkan kemudian digaulkan dengan minyak bijan dan sedikit garam dan siap! Ia adalah sangat senang dan sudah pasti awak mpun boleh lakukan. (ketawa)
49. Bolehkah beritahu kami seiyu lain yang rapat dengan anda?Please tell us about the other seiyuu that you are close to.
Yamaoka Yuri-chan, Hidaka Rina-chan, Toudo Mai-chan, Suzaki Aya-chan, Nitta Emi-chan, ahli-ahli Rhodanthe*dan seiyu Strike the Blood dan banyak lagi ♪
50. Apakah yang ingin anda tanya kepada tetamu seiyu yang akan datang?
Apakah makanan yang anda ingin nak makan? (*゚▽゚*) Mari kita pergi makan bersama-sama!
No comments:
Post a Comment