Wednesday, 25 March 2015

[Winter 2015] THE ROLLING GIRLS ローリング☆ガールズ




The Rolling Girls (ローリング☆ガールズ ) adalah siri anime televisyen yang diterbitkan oleh Wit Studio. Di bahagian bawah logo mengandungi teks "Rolling, Falling, Scrambling Girls. For others. For themselves. Even if they're destined to be a 'mob'". Anime ini telah disiarkan di Jepun mulai Januari 2015. Pengarah anime ini ialah Deai Otomi. Lakon layar ialah Muto Yasuyuki dan penggubal muzik ialah Yokoyama Masaru. Lagu pembukaan bertajuk Tsuki no Bakugekiki" (月の爆撃機) dan Hito ni Yasashiku" (人にやさしく) kedua-dua buah lagu ini dinyanyikan oleh The Rolling Girls (Ari Ozawa, Rina Hidaka, Risa Taneda, Yumiri Hanamori) manakala lagu penutup pula terdapat sebanyak 4 buah yang terdiri daripada :

1: "Hito ni Yasashiku (人にやさしく)" dinyanyikan oleh THE ROLLING GIRLS (Ari Ozawa, Rina Hidaka, Risa Taneda, Yumiri Hanamori) (episod 1)
2: "Tsuki no Bakugekiki (
月の爆撃機)" dinyanyikan oleh THE ROLLING GIRLS (Ari Ozawa, Rina Hidaka, Risa Taneda, Yumiri Hanamori) (episod 2-3, 5-7)
3: "Noutenki (
脳天気)" dinyanyikan oleh THE ROLLING GIRLS (Ari Ozawa, Rina Hidaka) (episod 4)
4: "STONES" dinyanyikan oleh Kaoru Kubota (episod 8)





Plot
10 tahun selepas berakhirnya "Great Tokyo War" yang telah menggegarkan Jepun, sebahagian besar daripada golongan elit politik dan ekonomi negara telah hilang secara misteri. Akibatnya, negara ini berpecah menjadi 10 wilayah asal yang tidak lama kemudian menjadi bandar-negeri yang bebas yang bersaing antara satu sama lain. Setiap negara diperintah oleh seorang pemerintah yang digelar sebagai “Mosa” dan tentera dipanggil “Mob” di mana mereka mula bersaing untuk menakluki negara lain. 4 gadis “Mob” yang berasal wilayah Saitama iaitu Nozomi, Yukina, Ai dan Chiaya telah diarahkan oleh “Mosa” mereka menjelahi seluruh Jepun dengan menunggang menghentikan peperangan dan kembalikan kedamaian setiap wilayah. 




Moritomo Nozomi 森友 望未
Seiyu : Ozawa Ari
Protagonis dalam siri anime. Gadis biasa di mana keluarganya menjalankan restoran Moritomo di Tokorozawa. Dia adalah ahli baru dalam Hiyoshi Town Propeller. Dia dan Masami adalah rakan sepermainan dan dia anggap Masami sebagai kiakak. Gelaran semasa kecil ialah Nonsuke dan makanan kegemarannya ialah melonpan.






Kosaka Yukina 小坂 結季奈
Seiyu : Hidaka Rina
Gadis yang mengembara bersama-sama dengan Nozomi, tapi sebenarnya dia lebih mengembara sendirian. Apabila dia dipandang, dia akan menggunakan bahasa yang bersopan. Gelaran semasa kecil ialah “Yukipee”. Makanan dan minuman kegemabrannya ialah sushi dan sake.





Hibiki Ai 響 逢衣
Seiyu :Taneda Risa
Gadis yang mengembara dengan Nozomi dan yang lain-lain. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai keyakinan. Dia cepat menyesuaikan diri dalam semua situasi. Nama gelaran semasa kecil ialah Uu-tan.Dia suka makan burger, nasi kari dan daging panggang.





Misono Chiaya 御園 千綾
Seiyu : Hanamori Yumiri
Gadis kecil yang mencari batu berkuasa bentu hati yang dibawa oleh Best. Dia adalah anak perempuan kepada Misano Haruka yang merupakan presiden Tokorozawa.


 

No comments:

Post a Comment