Wednesday, 25 March 2015

[Winter 2015] THE ROLLING GIRLS ローリング☆ガールズ




The Rolling Girls (ローリング☆ガールズ ) adalah siri anime televisyen yang diterbitkan oleh Wit Studio. Di bahagian bawah logo mengandungi teks "Rolling, Falling, Scrambling Girls. For others. For themselves. Even if they're destined to be a 'mob'". Anime ini telah disiarkan di Jepun mulai Januari 2015. Pengarah anime ini ialah Deai Otomi. Lakon layar ialah Muto Yasuyuki dan penggubal muzik ialah Yokoyama Masaru. Lagu pembukaan bertajuk Tsuki no Bakugekiki" (月の爆撃機) dan Hito ni Yasashiku" (人にやさしく) kedua-dua buah lagu ini dinyanyikan oleh The Rolling Girls (Ari Ozawa, Rina Hidaka, Risa Taneda, Yumiri Hanamori) manakala lagu penutup pula terdapat sebanyak 4 buah yang terdiri daripada :

1: "Hito ni Yasashiku (人にやさしく)" dinyanyikan oleh THE ROLLING GIRLS (Ari Ozawa, Rina Hidaka, Risa Taneda, Yumiri Hanamori) (episod 1)
2: "Tsuki no Bakugekiki (
月の爆撃機)" dinyanyikan oleh THE ROLLING GIRLS (Ari Ozawa, Rina Hidaka, Risa Taneda, Yumiri Hanamori) (episod 2-3, 5-7)
3: "Noutenki (
脳天気)" dinyanyikan oleh THE ROLLING GIRLS (Ari Ozawa, Rina Hidaka) (episod 4)
4: "STONES" dinyanyikan oleh Kaoru Kubota (episod 8)





Plot
10 tahun selepas berakhirnya "Great Tokyo War" yang telah menggegarkan Jepun, sebahagian besar daripada golongan elit politik dan ekonomi negara telah hilang secara misteri. Akibatnya, negara ini berpecah menjadi 10 wilayah asal yang tidak lama kemudian menjadi bandar-negeri yang bebas yang bersaing antara satu sama lain. Setiap negara diperintah oleh seorang pemerintah yang digelar sebagai “Mosa” dan tentera dipanggil “Mob” di mana mereka mula bersaing untuk menakluki negara lain. 4 gadis “Mob” yang berasal wilayah Saitama iaitu Nozomi, Yukina, Ai dan Chiaya telah diarahkan oleh “Mosa” mereka menjelahi seluruh Jepun dengan menunggang menghentikan peperangan dan kembalikan kedamaian setiap wilayah. 




Moritomo Nozomi 森友 望未
Seiyu : Ozawa Ari
Protagonis dalam siri anime. Gadis biasa di mana keluarganya menjalankan restoran Moritomo di Tokorozawa. Dia adalah ahli baru dalam Hiyoshi Town Propeller. Dia dan Masami adalah rakan sepermainan dan dia anggap Masami sebagai kiakak. Gelaran semasa kecil ialah Nonsuke dan makanan kegemarannya ialah melonpan.






Kosaka Yukina 小坂 結季奈
Seiyu : Hidaka Rina
Gadis yang mengembara bersama-sama dengan Nozomi, tapi sebenarnya dia lebih mengembara sendirian. Apabila dia dipandang, dia akan menggunakan bahasa yang bersopan. Gelaran semasa kecil ialah “Yukipee”. Makanan dan minuman kegemabrannya ialah sushi dan sake.





Hibiki Ai 響 逢衣
Seiyu :Taneda Risa
Gadis yang mengembara dengan Nozomi dan yang lain-lain. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai keyakinan. Dia cepat menyesuaikan diri dalam semua situasi. Nama gelaran semasa kecil ialah Uu-tan.Dia suka makan burger, nasi kari dan daging panggang.





Misono Chiaya 御園 千綾
Seiyu : Hanamori Yumiri
Gadis kecil yang mencari batu berkuasa bentu hati yang dibawa oleh Best. Dia adalah anak perempuan kepada Misano Haruka yang merupakan presiden Tokorozawa.


 

50 Q&A Untuk Lebih Mengenali Touyama Nao




Profile
Nama : Touyama Nao 東山 奈央
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Tarikh Lahir : 11 Mac 1992
Karya :
The World God Only Knows ( Nakagawa Kanon)
The Devil is a Part-Timer! ( Sasaki Chiho)
Kiniro Mosaic sebagai Kujou Karen
Hello!! Kiniro Mosaic sebagai Kujou Karen
Nisekoi sebagai Kirisaki Chitoge
 
 
 Temubual 50 Soalan masih diteruskan untuk temubual seiyu perempuan! Kali ini tetamu undangan ialah Touyama Nao. Anda mungkin sudah biasa dengar namanya, tapi editorial cuma untuk membawakan kembali watak-watak yang perrnah dipegang olehnya yang terdiri daripada Aiba Mui dari Mahou Sensou, Atarashi Ako dari Saki: Achiga-hen -Episode of Side-A-, Kirisaki Chitoge dalam Nisekoi, Kujou Karen dari Kiniro Mosaic dan watak pertamanya Nakagawa Kanon dari The World God Only Knows.
 Baiklah, tanpa lengah-lengahkan masa, mari kita mulakan!!!
 



 
 
1. Bolehkah beritahu kami bagaimana anda boleh menjadi seiyuu?Saya sangat terharu menonton selepas Fullmetal Alchemist! Tambahan saya tak boleh percaya bahawa watak lelaki utama seiyunya adalah seorang perempuan. Saya sangat berminat dengan berlakon dan juga bernyanyi, maka perkara yang boleh menggunakan suara untuk mengharukan hati orang lain adalah perkara yang sangat menarik.



2. Apakah watak anime pertama anda?
Watak pertama saya ialah Misa untuk OVA
Hiyokoi. Untuk anime televisyen, watak pertama saya ialah Sugatame Tiger dalam STAR DRIVER: Takuto of The Radiance dan Nakagawa Kanon dalam The World God Only Knows, kedua-dua watak ini ke udara pada musim yang sama.






3.Dalam banyak-banyak watak anime yang pernah anda pegang, watak manakah yang memberi gambaran yang mendalam kepada anda?
Watak Nakagawa Kanon-chan dari
Kami nomi zo Shiru Sekai. Itu adalah watak utama pertama saya, rakaman pertama saya, konsert pertama saya...Semua pengalaman dan perasaan terharu saya adalah bersama-sama dengan Kanon-chan. Terima kasih pada pekerja-pekerja dan juga peminat yang menyokong Kanon-chan.


4. Watak mkanakah yang sama dengan diri anda?
Saya rasa saya sudah menjadi sama dengan setiap watak yang pernah saya pegang (ketawa). Dengan kata lain, setiap kali saya membawakan sesuatu watak, saya akan menjadi watak itu. Personaliti saya akan berubah berdasarkan situasi. Ahhh! Tapi...kebanyakan watak yang pernah saya pegang adalah tidak pandai memasak, adakah disebabkan saya juga begini dan barulah saya ditawarkan dengan watak macam ni? (ketawa)






5. Adegan manakah yang memberi kesan yang mendalam kepada anda setakat ini?
Ada. Iaitu semasa saya merakam
drama CD Fuse: Kemono to Hagane no Ryoukiroku sebagai Dousetsu. Di babak yang terakhir, tak ada orang yang beri arahan kepada saya untuk lakukan “hyperventilate” (bernafas mendalam-dalam), tapi saya telah lakukan dan sebenarnya babak itu perlukan. Hal ini membuatkan saya berfikir adalah diri saya telah bersatu dengan watak tersebut?






6. Pernahkah berlaku kesilapan semasa rakaman dijalankan ataupun pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Semasa rakaman yang sangat menarik sedang dijalankan, tiba-tiba perut saya berbunyi dengan saya kuat. Maka masa tu seiyu yang sedang berlakon telah ketawa dan tak dapat nak meneruskan lakonan...Walaupun seiyu tu hanya ketawa dan tidak rasa marah, namun saya tetap rasa malu dan rasa bersalah terhadap orang lain. Ini adalah kesilapan yang sangat memalukan!


7. Adakah terdapat seiyuu yang anda anggap sebagai saingan atau sumber inspirasi?
Ya. Ada. Tapi...itu adalah rahsia.









8. Apa yang anda akan lakukan jika anda telah tidak menjadi seiyu?
Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. Subjek yang saya nak ajar ialah Bahasa English dan juga Sejarah Dunia. Semasa di sekolah tinggi, terdapat rakan-rakan lain yang akan datang tanya saya apabila terdapat soalan yang tidak faham dan saya akan jelaskan.







9. Perkara apakah yang paling sukar sebagai seorang seiyu?
Agak tertekan dan membuatkan saya kadang-kadang tidak mempunyai selera untuk makan. Masa dalam latihan, saya pasti tidak lalu makan sebelum kelas. Di belakang pentas pun saya pasti akan gementar sampai tak lalu makan bento yang telah disediakan. Tapi sekarang saya akan rasa sangat membazir kalau tak makan dan saya perlukan tenaga...



10. Sebaliknya, apakah perkara yang paling menggembirakan sebagai seorang seiyu?
Ia adalah perkara yang sukar dipercayai. Saya tak boleh hidup tanpa anime. Dan sekarang saya pula yang terlibat dalam anime. Sungguh menakjudkan!!



11.  Adakah anda suka menyanyi? Sehingga kini, lagu apakah yang memberi kesan yang mendalam?
Bagi saya, menyanyi adalah adalah sangat penting. Nakagawa Kanon “Aruiteikumon” tidak dapat saya lupakan. Walaupun ia hanyalah sebuah “Image Song” untuk Kanon, namun dari pertama kali saya baca liriknya, lagu ni adalah tulis tentang Kanon dan diri saya. Lagu ni untuk Kanon-chan, saya dan juga semua orang.




12. Dalam rancangan radio yang pernah anda sertai, adakah terdapat kandungan skrip yang tidak dapat dilupakan?
Surat yang pernah saya terima dalam sesi “Dream Message” dalam rancangan radio “Touyama Nao’s Dream Stage” semuanya adalah sangat menarik. Pendengar telah hantar surat termasuk moto yang mereka suka dan juga penghargaan mereka. Apabila saya membaca, saya akan keluarkan bunyi WOW...






13. Semasa rakaman dijalankan, perkara apakah yang paling anda titik berat?
Soalan ni amat sukar...saya perlu pastikan semua perkara menarik. Saya sentiasa berusaha untuk memastikan pendengar mempunyai perasaan yang membuatkan mereka “saya nak dengar ini”. Itulah matlamat saya.













14. Karakter apakah yang anda paling pandai untuk lakon?
Semua (karakter) adalah berlainan dan sukar untuk diterangkan. Tapi, kalau saya terpaksa cakap juga, ia adalah karakter yang “dada besar” dan “tak pandai memasak”. Semua ni tiada bukti yang kukuh! (ketawa)







15. Bolehkah beritahu kami apakah matlamat dan impian anda selaku seiyu?
Impian saya hanya satu iaitu terus bekerja sebagai seiyu. Itu saja. Tapi sebelum itu saya akan berusaha menjadi seorang seiyu yang dipercayai yang bukan saja pekerja-pekerja malah pendengar juga rasanya sayalah orang yang paling sesuai apabila nama saya dipetik.




16. Berikan nasihat kepada mereka yang ingin menjadi seiyu?
Bukan saja seiyu tapi kalau anda suka pada sesuatu perkara, jangan fikir sama ada ia sesuai ataupun tidak dengan anda. Lakukan!! Anda harus lakukan dengan bersungguh-sungguh dan buang “putus asa” itu jauh-jauh. Suatu hari nanti saya ingin berjumpa dengan anda di studio rakaman.







17. Apakah anime yang anda sering menonton, selain anime yang anda sertai?
CLANNAD! Saya sangat suka animenya dan saya telah beli drama CD tersebut! Gadis-gadis yang comerl dan jalan ceritanya juga sangat menarik. Saya menangis setiap kali menonton dan saya akan menonton berulang kali. CLANNAD adalah kehidupan...!!









18. Di antara anime yang disebut, adakah terdapat karakter yang ingin anda lakon ataupun karakter yang anda ingin lakon di masa depan??
Saya sangat suka pada Kurumi-chan! Dia seorang yang kelihatan peramah dan gadis yang sentiasa menjaga adik perempuannya. Dia kelihatan sangat comel apabila berdepan dengan masalah.







19. Sebagai seorang penonton, anime jenis apakah yang anda suka?
Semasa di sekolah tinggi saya telah menonton 10 buah anime dan saya suka kesemuannya. Sekarang saya menonton anime yang agak berat yang membuatkan saya berfikir banyak. Selepas menonton, saya akan memperolehi sesuatu dan saya akan berkongsiorang lain.







20. Anda jenis kanak-kanak yang macam mana semasa kecil?
Hanya pada sekolah menengah barulah saya memahami apa yang berlaku di sekitar saya...Saya tak boleh ingat saya budak yang macam mana semasa saya kecil, tapi rasanya saya seorang budak yang ceria. Sekarang bila saya tanya mak saya, dia akan cakap saya adalah budak yang suka cakap selain suka makan dan tidur.










21. Sila berkongsi dengan kami rancangan yang sering anda tonton.
Saya suka menonton
Matsuko & Ariyoshi no Ikari Shintou (Matsuko & Ariyoshi’s Angry New Party) dan Doumoto Kyoudai (The Doumoto Brothers)! Tapi saya bukannya betyul-betul duduk dan menonton televisyen. Jadi bila saya buka televisyen, saya pun dah rasa sangat bersyukur.









22. Bolehkah beritahu kami buka yang anda suka?
Buku yang paling saya suka ialah
Fullmetal Alchemist. Buku pertama yang saya beli. Buku itu telah mengubah kehidupan saya.






23. Bolekah beritahu kami game yang paling anda suka?
Kbelakangan ni saya telah diperkenalkan dengan game yang bertajuk “LINE: Disney Tsum Tsum”. Ia adalah game yang comel dan menarik, dan saya telah obese dengan game ini.







24. Bolehkah beritahu kami filem yang paling anda suka?
Filem yang paling saya suka ialah
The Girl that Leapt Through Time. Perasaan optimistik bercampur dengan pelbagai perasaan. Cerita ini sangat sedih dan saya tak boleh menontonya seorang diri.









25. Bolehkah beritahu kami muzik yang paling anda suka?
Lagu kegemaran saya ialah dari Studio Ghibli
Spirited Away, yang bertajuk “The Name of Life”. Lagu ini yang digubah oleh (Joe) Hisaishi adalah sangat sedap, misteri dan menarik. Saya telah dengar berulang-ulang kali. Saya suka versi piano.






26. Bolehkah beritahu kami apakah prinsip kehidupan anda?
“Usaha yang tidak mendatangkan apa-apa hasil hanyalah alasan semata-mata”

Kenyataan ini adalah sangat memedihkan tapi dengan risaukan usaha yang saya gunakan untuk mendatangkan sesuatu hasil juga telah membuatkan saya berfikir dengan lebih mendalam.






27. Bolehkah beritahu kami pengalaman sukan anda?
Saya telah menari selama 10 tahun. Saya menari tarian Jazz dan kadang-kadang tarian Hip-Hop. Sukan yang lain-lain saya tak pandai langsung.










28. Bolehkah beritahu kami lagu yang anda sering nyanyi di karaoke?
Dulu saya suka menyanyi lahu anime, lagu karakter ataupun lagu seiyu. Tapi sekarang saya sudah tidak pergi ke karaoke lagi. (ketawa)










29. Bolehkah beritahu kami makanan yang anda suka?
Snak ikan kering, snak sotong kering dan rumpai laut Korea! Kebelakangan ni saya rasa snak sotong kering perisa pedas adalah sangat sedap. Saya juga mempengaruhi orang sekeliling dan akhirnya mereka juga turut makan apa yang saya makan. (ketawa)







30. Bolehkah beritahu kami makanan yang paling anda benci?
Saya suka makan kerang Shijimi dan kerang manila, tapi saya tak boleh terima tiram.Saya suka makan rumpai laut tapi tak boleh terima rumpai laut Mozuku. Sebenarnya saya tak ada makanan yang tak suka dimakan secara terperinci.







31. Bolehkah rekomen kedai yang sering anda kunjungi?
Sudah pasti Nakau (
なか卯)! Udon Shio perisa ayam yang bermusim di kedai itu adalah sangat sedap. Saya tak sabar-sabar tunggu masakan ni cepat-cepat kembali. Saya berharap suatu hari nanti saya akan nyanyi lagu “Na-ka-u!!” , lagu yang dimainkan di kedai itu♪ 






32. Apakah makanan ringan kegemaran anda?
Sayangnya bau snak ikan kering dan snak sotong kering adalah terlalu kuat, maka saya jarang makan di luar selain di rumah. Di studio saya akan makan kraker beras!







33. Apakah minuman kegemaran anda?
Apabila tiba musim buah plum, saya akan minum umeshu!







34. Apakah yang anda lakukan pada cuti yang baru-baru ini?
Saya banyak habiskan masa tidur dan kemas rumah selepas saya bangun. Saya jarang fikir untuk keluar dari rumah. Tapi mulai tahun lepas, saya telah membuat perubahan untuk keluar dengan kawabn-kawan sebab “persahabatan adalah penting”.







35. Sekiranya anda mempunyai cuti panjang, apakah yang ingin anda lakukan?
Saya nak pergi melawat datuk dan nenek saya di kampung ataupun saya nak kurung diri sayab dalam perpustakaan. Datuk dan nenek saya selalu datang ke Tokyo, tapi saya dah banyak tahun tak pernah pergi melawat mereka (air mata). Dan saya juga ingin belajar. Tapi saya akan tertidur setiap kali membaca buku...







36. Apakah minat terbaru anda?
Ini bukannya hobi tapi saya amat berminat dengan seni hias kuku. Saya hias kuku saya walaupun bukan yang profesional. Semasa menhias kuku saya, saya perlu memberi tumpuan 100% supaya kuku saya cantik.




37. Bolehkah beritahu kami sijil kelayakan yang anda perolehi baru-baru ini?
Saya ada sijil Level 1 English Proficiency Test dan sijil Level 2 cert Kanji Proficiency Test. Semasa ujian lisan untuk English Proficiency Test, saya telah ditanya dengan soalan “Apakah pandangan anda tentang gusti Sumo?” Saya menjawap “Sukar untuk saya jawab walaupun dengan menggunakan Bahasa Jepun”, dan saya telah lulus ujian tersebut. (ketawa)










38. Perkara apakah yang anda ingin mencabar diri sendiri 10 tahun akan datang?
Terus bekerja sebagai seiyu dan sentiasa ingat dengan masa yang sukar dan mempunyai kehidupan yang lebih baik!




39. Ciri-ciri lelaki yang anda suka?
Lelaki yang mempunyai ekspresi yang menakutkan tapi dia akan layan anda dengan lemah lembut. Tapi itu hanyalah delusi saya. (ketawa) Yang penting ialah dia seorang yang ikhlas dan boleh dihormati!







40. Bahagian mana jantina berlainan yang menarik perhatian anda?
Lengan! Apabila mereka melipat lengan baju dan hati saya telah cair.






41. Apakah barangan mahal yang baru dibeli?
Sambutan Hari Bapa dan hari Ibu. Saya telah membawa ibubapa saya ke restoran Jepun di Ginza. Bukan senang nak buat tempahan, tapi memandangkan ini pertama kali saya belanja ibubapa saya makan, saya melakukan yang terbaik! Saya rasa gembira lihat mereka begitu gembira!







42. Apakah yang paling inginkan?
Memori yang baik! Saya terpaksa gunakan masa yang agak lama untuk mengimbas kembali perkara yang telah berlaku.







43. Kalau anda berada di pulau terpencil dan hanya satu barang saja yang boleh dibawa ke pulau, apakah yang akan anda bawa?
Mak saya! Mak saya bukan barangan. (ketawa). Kalau saya mak saya, saya boleh berbincang apa-apa saja dengannya. Mak saya seorang yang sangat cerdik dan saya pasti selamat kalau saya bersama-sama dengannya.










44. Kalau anda diberi 1 million yen, bagaimana anda belanjakan wang itu?
Saya akan simpan dan guna selepas bersara!










45. Apakah tabiat seharian anda?
Setiap pagi saya akan minum kopi. Saya minum teh panas atau teh herba semasa di studio rakaman. Saya minum Yakult atau jus epal pada sebelah malam.







46. Apakah kata-kata kepada peminat anda?
Terima kasih kerana membaca satu per satu 50 soalan temubual ini. Terima kasih kalian, dengan adanya kalian, saya telah berjaya mengatasi banyak perkara. Walaupun perkara akan berubah, tapi saya akan bekerja keras untuk perubahan yang berlaku. Sila beri tunjuk ajar kepada saya!




47. Adakah anda masih ingat pertama kali anda berjumpa dengan Taneda Risa?
Saya berjumpa dengan dia semasa rakaman drama CD. Dia duduk di sebelah saya semasa rakaman. Tanggapan pertama saya ialah “Dia sangat cantik”! Saya ingin memerhatikan dia tapi tak dapat lakukan sebab dia duduk di sebelah saya dan saya rasa sangat kesal. (ketawa) Saya tak sangka dia orang yang begitu kelakar (ketawa) dan saya pun tak sangka kami akan menjadi kawan baik...saya berasa sangat gembira~


48. (Soalan dari Taneda Risa) Bolehkah ajar saya buat masakan yang ringkas? (ketawa)
WICKED, dari Shiki Theatre Company! Ah, awak cakap pasal makanan? WICKED! Ehhh? Itu adalah muzikal. WI-WI, WICKED!! Ah, Tane-chan, mari kita pergi menyaksikan bersama-sama...!



49. Bolehkah beritahu kami seiyu lain yang rapat dengan anda?Please tell us about the other seiyuu that you are close to.
Saya suka ahli Rhodanthe*, ! Saya rapat dengan Minase Inori, kami selalu keluar bersama-sama. Saya amat percaya dan bergantung pada Hikasa Youko dan kanae Ito, mereka adalah senior yang saya sayang.




50. Apakah yang ingin anda tanya kepada tetamu seiyu (Tanaka Manami ) yang akan datang?
Isaya suka suara awak yang comel Manamin~ Awak sering membuat orang lain ketawa. Saya ingin tanya awak, apakah watak yang ingin awak lakon? Manami, kawan selama-lamanya!!


Sunday, 15 March 2015

[Winter 2015] Ansatsu Kyoushitsu :: 暗殺教室



Ansatsu Kyoushitsu merupakan karya yang sudah popular. Manganya pula sejak kemunculan sulung mendapat sambutan yang hangat. Manga ini menduduki di tempat ke-10 terbaik jualan manga 2014, satu siri karya yang sangat jarang untuk mencapai apa-apa kejayaan tanpa anime untuk meningkatkan jualannya. Pendek kata, popularitinya telah berada di paras atas. Namun apa yang membuatkannya jadi begitu istimewa? Jika anda pernah imaginasi untuk hapuskan cikgu, anda pasti akan sukanya.




Ansatsu Kyoushitsu ( Bahasa Inggeris : Assassination Classroom ) merupakan siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Matsui Yusei. Siri ini mula disiarkan secara bersiri di majalah Weekly Shonen Jump, Shueisha dari Julai 2012. Sehingga Disember 2014, 12 jilid tankobon telah diterbitkan di Jepun sebanyak 10 juta salinan.
Adaptasi siri anime televisyen oleh Lerche dan diarahkan oleh Kishi Seiji. Lakon layar oleh Uezu Makoto dan penggubah lagu ialah Sato Naoki. Lagu pembukaan yang bertajuk
"Seishun Satsubatsuron" (青春サツバツ論; Youth Savage Theory) dinyayiakan oleh 3-nen E-Gumi Utatan manakala lagu penutup pula "Hello, shooting-star" dinyanyikan oleh moumoon.





Kelas 3-E

Kelas 3-E Kunugigaoka adalah kelas pelajar-pelajar bermasalah yang mendapat diskriminasi dari pelajar-pelajar kelas lain. Para pelajar ini ditugaskan oleh pemerintah untuk membunuh cikgu kelas mereka, Korosensei dengan ganjaran hadiah 10 juta yen.




Plot
Sebuah cerita yang lucu di mana satu kelas kena membunuh cikgu mereka sendiri iaitu makhluk asing sotong gurita yang mempunyai kebolehan istimewa dimana telah menghancurkan bulan dan berniat untuk melakukan pekara yang sama pada bumi. Mereka kena membunuh cikgu mereka sebelum bumi hancur. Tugas mereka adalah membunuh cikgu mereka tapi apa yang membuatkan keadaan semakin rumit adalah mereka mula menyukai cikgu mereka.

Adakah mereka berjaya membunuh cikgu mereka atau pekara yang sebaliknya yang terjadi?










Korosensei 殺せんせー
Seiyu : Fukuyama Jun
Korosensei adalah protagonis utama dari siri ini. Dia adalah cikgu kelas 3-E sekolah Kunugigaoka, yang merupakan makhluk aneh berupa sotong dengan kecepatan Mach 20 yang telah menghancurkan sebahagian besar dari bulan dan membuatnya berbentuk sabit untuk selamanya. Walaupun dia memiliki pelbagai kekuatan hebat yang menakutkan, namun dia juga memiliki sifat-sifat dan kelemahan yang sangat aneh bahkan memalukan, seperti mudah mabuk perjalanan dan terlalu khuatirkan dengan soal penampilan.


Irina Jelavić イリーナ・イェラビッチ
Seiyu : Ito Shizuka
Irina adalah seorang pembunuh upahan professional yang diarahkan untuk membunuh Korosensei dengan menyamar sebagai guru bahasa asing kelas 3-E. Murid-murid kelas 3-E memanggilnya "Bitch-Sensei" sebagai singkatan dari Jelavic-sensei.


Karasuma Tadaomi
Seiyu : Sugita Tomokazu
Karasuma adalah agen kementerian pertahanan Jepun yang ditugaskan menjadi guru olahraga kelas 3-E sekaligus mengajarkan mereka teknik pembunuh. Dia adalah orang yang sangat tegas dan disiplin yang sangat disukai oleh para pelajar kelas 3-E. Semasa di pasukan pertahanan, dia adalah tentera yang sangat terkenal dengan kemampuannya.


Shiota Nagisa 潮田 渚
Seiyu ; Fuchigami Mai
Nagisa adalah pelajar lelaki yang tubuh badan paling kecil di kelas 3-E dengan kemampuan fizikal yang lemah. Tapi sebenarnya dia memiliki bakat terpendam sebagai pembunuh. Pada saat latihan pembunuhan, Karasuma merasakan nafsu membunuh yang sangat kuat pada diri Nagisa yang berbeza dari pelajar-pelajar lain.






Sugino Tomohito 杉野 友人
Seiyu : Yamaya Yoshitaka
Tomohito adalah salah seorang pelajar di kelas 3E dan merupakan kawan yang rapat denjgan Nagisa. Dia merupakan pemain besbal di kelab besbal sehinggalah dia dipindahkan ke kelas 3E dan membuatkan dia tersingkir dari kelab itu. Dia menggunakan teknik dalam besbal untuk membunuh Korosensei.






Isogai Yuma 磯貝 悠馬
Seiyu : Osaka Ryota
Yuma adalah ketua kelas 3E. Di disukai oelh rakan sekelasnya dan pelajar perempuan sering mengunjungi kafe yang dia bekerja. Dia adalah “Ikeman” kerana rupa yang kacak, peramah, rajin dan mempunyai personaliti yang sederhana.






Terasaka Ryoma 寺坂 竜馬
Seiyu : Kimura Subaru
Pelajar yang paling besar di dalam kelas 3E.




Kimura Masayoshi (Justice)
Seiyu : Kawabe Shunsuke
Orang yang lari paling pantas di kelas 3E. Ibubapanya adalah polis yang berdedikasi dan memberi nama “Justice kepadanya. Dia tidak suka dengan nama tersebut.


Kayano Kaeda 茅野 カエデ
Seiyu : Suzaki Aya
Kaede adalah salah seorang pelajar dari kelas 3-E dan juga kawan rapat Nagisa dan sering kelihatan bersama dengannya. Dia sangat membenci wanita berdada besar seperti Bitch-sensei . Dia sangat suka pudding dan memiliki pengetahuan yang luas tentang puding.

50 Q&A Lebih Mendekati Taneda Risa


Profile
Nama : Taneda Risa 種田 梨沙
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Tarikh Lahir : 12 Julai 1988
Jenis Darah : A
Tinggi : 153cm
Tahun ceburi : 2010
Agensi : Office Osawa
Karya :
From the New World sebagai Saki Watanabe
Kyōkai no Kanata sebagai Mirai Kuriyama
Yuyushiki sebagai Yukari Hinata
Brynhildr in the Darkness sebagai Neko Kuroha/Kuroneko
 
 
 
 
 
 
 
1. Bolehkah beritahu kami bagaimana anda boleh menjadi seiyuu?Saya suka melukis, pada mulanya saya ingin ceburi bidang seni. Tapi semasa sekolah menengah, saya telah mengetahui seiyuu ini menerusi satu rancangan radio dan kebetulan pada masa tu saya minat dengan karya fantasi dan “saya berharap dapat pegang watak seiyu karya ini”. Mungkin inilah salah satu alasan yang membuat saya pilih untuk seiyu.


2. Apakah watak anime pertama anda?
Animasi pendek yang bertajuk “Sakura no Ondo”, saya memegang watak pengacara yang muncul di dalam televisyen.



3.  Dalam banyak-banyak watak anime yang pernah anda pegang,  watak manakah yang memberi gambaran yang mendalam kepada anda?
Watanabe Saki dari “Shinsekai Yori” (From the New World). Dia adalah watak pertama saya dan saya mempunyai emosi yang kuat terhadapnya. Saya dan siri ini telah berjaya mengatasi rintangan dan terdapat banyak aspek kami telah harungi bersama-sama. Karya ini sangat menyentuh hati saya dan saya pasti akan menangis menontonnya.



4. Watak mkanakah yang sama dengan diri anda?
Pernah ada orang cakap dengan saya, sikap saya yang tidak boleh diam adalah sama dengan watak yang saya pegang.


5. Adegan manakah yang memberi kesan yang mendalam kepada anda setakat ini?
Pada adegan-adegan akhir yang mempunyai perpisahan. Saya  perlu menahan air mata saya ketika melakukan rakaman. Adegan macam ini memang meninggalkan kesan yang sangat mendalam.


6. Pernahkah berlaku kesilapan semasa rakaman dijalankan ataupun pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Semasa membuat rakaman watak yang dipanggil "Mirai Kuriyama" daripada "Kyokai no Kanata", Terdapat satu adegan di mana dia merasa lapar dan  kebetulan perut saya juga lapar dan berbunyi pada masa yang sama. Saya ketawa semasa mengambil notis untuk rakaman "Saya tidak memerlukan apa-apa kesan bunyi!". Saya sering alamai perut berbunyi semasa rakaman dijalanakan. Nampaknya saya kena ajar perut saya. (ketawa)

7. Adakah terdapat seiyuu yang anda anggap sebagai saingan atau sumber inspirasi?
Industri ini penuh dengan senior yang saya hormati, tak kira pekerjaan ataupun personaliti mereka. Setiap kali saya melihat karya mereka, saya akan menjadi sangat bersemangat dan memesan kepada diri sendiri "Saya perlu bekerja lebih keras!" dan ini menjadi motivasi untuk saya.


8. Apa yang anda akan lakukan jika anda telah tidak menjadi seiyu?
Mungkin pekerjaan yang berkaitan dengan sektor seni atau  pekerjaan
di pejabat.
 


9. Perkara apakah yang paling sukar sebagai seorang seiyu?
Pencegah selesema dan penjagaan tekak! Ini adalah pekerjaan di mana suara sentiasa digunakan, jadi kami perlu mengambil perhatian terhadap tabiat kehidupan kami untuk kekal sihat. Namun, akadang-kadang kami juga dijangkiti dengan selsema. Oleh yang demikian saya sangat cemas dan gelisah apabila musim sakit merebak...


10. Sebaliknya, apakah perkara yang paling menggembirakan sebagai seorang seiyu?
Apabila menerima maklum balas dan pendapat  tentang kerja saya, saya rasa itulah perkara yang paling bahagia. Apabila dapat sampaikan karya dan karakter ke dalam hati orang lain, terutamanya terdapat orang cakap : “ awak bawa karakter ini dengan sangat baik”, saya berasa amat terharu.

11.  Adakah anda suka menyanyi? Sehingga kini, lagu apakah yang memberi kesan yang mendalam?
Saya tidak mahir menyanyi di depan orang lain, tapi saya suka menyanyi!  Saya masih ingat saat yang paling tidak dapat dilupakan, masa tu saya di studio rakaman saya terpaksa nyanyi di depan semua orang. Hati saya telah dilatih dengan baik sekali. (ketawa)

12. Dalam rancangan radio yang pernah anda sertai, adakah terdapat kandungan skrip yang tidak dapat dilupakan?
Terdapat satu pusingan di mana pendengar kena mencari nama barangan baru dan laporkan. Setiap kali jawapan yang diperolehi adalah sangat memeranjatkan! Jawapan yang paling tidak dilupakan ialah kari strawberi.


13. Semasa rakaman dijalankan, perkara apakah yang paling anda titik berat?
Saya akan memerhatikan perkembangan jalan cerita dan dialog, saya juga akan pastikan saya menghayati karakter yang saya bawakan. Dalam kes ini saya akan paksa diri saya “jangan fikir terlalu banyak, gunakan hati untuk merasainya”.


14. Karakter apakah yang anda paling pandai untuk bawakan?
Saya perasan diri saya sering mermbawa watak gadis yang tabah, cekal dan aktif. Apabila saya membawa watak gadis yang mempunyai personality sedemikian, saya juga menjadi sangat ceria semasa rakaman dijalankan.


15. Bolehkah beritahu kami apakah matlamat dan impian anda selaku seiyu?
Saya berharap saya menjadi seorang yang seiyu yang sentiasa mempunyai perkembangan yang semakin meningkat. Seiyu adalah pekerjaan yang tiada had, maka saya berharap saya sentiasa mengekalkan sikap yang ‘tamak’ untuk mencabar kerja baru. Kelak saya akan menjadi lebih bersemangat dan berusaha!


16. Berikan nasihat kepada mereka yang ingin menjadi seiyu?
Mempunyai banyak masalah, tapi juga mempunyai banyak ketawa. Berikan 100%  dalam seiyu! Mari kita berusaha bersama-sama!


17. Apakah anime yang anda sering menonton, selain anime yang anbda sertai?
Saya suka siri “Cosmic Baton Girl Comet-san☆”, “Prince of Tennis” and “Sailor Moon”! Saya selalu menonton semula siri anime ini.


18. Di antara anime yang disebut, adakah terdapat karakter yang ingin anda bawakan ataupun karakter yang anda ingin bawakan di masa depan??
Saya ingin cuba karakter lelaki dalam manga shonen!



19. Sebagai seorang penonton, anime jenis apakah yang anda suka?
Saya suka pada plot yang serius. Sekiranya terdapat faktor SF (Science Fiction), saya lagi suka!!! (ketawa)


20. Anda jenis kanak-kanak yang macam mana semasa kecil?
Saya adalah serupa budak lelaki tak kira dari penampilan ataupun personality! Walaupun sekarang dah besar, tapi  saya rasa dalaman saya tak banyak berubah. (ketawa)


21. Sila berkongsi dengan kami rancangan yang sering anda tonton.
Saya suka rancangan melancong dan memasak! Saya sering menonton rancangan yang memaparkan tempat yang menarik, budaya tempatan dan dokumentari seluruh dunia. Saya juga suka menonton drama perubatan dan misteri.


22. Bolehkah beritahu kami buka yang anda suka?
Saya sangat suka manga, maka saya suka untuk pilih buku yang saya paling saya suka. Tapi, kebelakangan ni, saya sangat berminat dengan manga yang bertajuk “Machi de Uwasa no Tengu no Ko” (The Rumored Tengu’s Child in the Town).


23. Bolejkah beritahu kami game yang paling anda suka?
“Kingdom Hearts”. Itu adalah game yang saya akan main berulang-ulang kali.



24. Bolehkah beritahu kami filem yang paling anda suka?
Saya suka siri “Harry Potter”. Sehingga sekarang saya masih minat dengan filem fantastik.


25. Bolehkah beritahu kami muzik yang paling anda suka?
Saya suka semua lagu yang digubal oleh Nakata Yasutaka.


26. Bolehkah beritahu kami apakah prinsip kehidupan anda?
“Apabila ada kecekalan, pasti ada jalan”. Saya seorang yang senang berfikiran negative, jadi apabila saya sedih ataupun ditimpa masalah, saya akan fikir ayat-ayat ni dan bersemangat semula.


27. Bolehkah beritahu kami pengaaman sukan anda?
Walaupun saya adalah ahli di kelab tarian semasa sekolah menengah dan sekolah tinggi, tapi saya tidak mempunyai tenaga.


28. Bolehkah beritahu kami lagu yang anda sering nyanyi di karaoke?
Saya sangat suka Sakamoto Maaya, jadi saya akan lagunya. Lagu-lagu yang saya suka semasa sekolah menengah, saya juga sering nyanyi di karaoke.


29. Bolehkah beritahu kami makanan yang anda suka?
Saya suka plum, mangga dan makanan berperisakan matcha.


30. Bolehkah beritahu kami makanan yang paling anda benci?
Saya tak suka rempah.


31. Bolehkah rekomen kedai yang sering anda kunjungi?
Saya suka minum kopi dan saya sering mencari kopi di merata-rata tempat dan akan terus mencari lagi. Selain itu saya juga suka pergi ke restoran makanan segera.


32. Apakah makanan ringan kegemaran anda?
Saya suka plum dan makanan ringan berperisakan pudina.


33. Apakah minuman kegemaran anda?
Saya suka minum minuman yang berperisakan plum. Saya paling suka minum “Otome Sour” dan “Mio”.


34. Apakah yang anda lakukan pada cuti yang lepas?
Saya menghabiskan masa dengan anjing pelihara saya, menonton anime dan hanya rilek saja. saya seorang yang suka tidur dan cuti adalah perkara yang sangat bahagia bagi saya.


35. Sekiranya anda mempunyai cuti panjang, apakah yang ingin anda lakukan?
Saya ingin pergi ke luar negara. Saya akan pergi ke England, Amerika Syarikat dan Sepanyol.



36. Apakah minat terbaru anda?
Kebelakangan ini saya berminat dengan minum teh, terutamanya teh beras panggang.



37. Bolehkah beritahu kami sijil kelayakan yang anda perolehi baru-baru ini?
Saya ada sijil Fine Art Type 1 untuk sekolah menengah dan sekolah tinggi.



38. Perkara apakah yang anda ingin mencabar diri sendiri 10 tahun akan datang?
Saya ingin pergi ke tempat baru dan negara lain yang saya tak pernah pergi sebelum ini. Saya juga ingin mengambil jurusan bahasa asing.


39. Ciri-ciri lelaki yang anda suka?
Lelaki yang baik dan berbudi bahasa! Saya suka cermin mata, jadi seseorang yang memakai cermin mata adalah sangat menarik bagi saya!



40. Bahagian mana jantina berlainan yang menarik perhatian anda?
Tak kira lelaki ataupun perempuan, mereka yang mempunyai tangan yang cantik dan lembut adalah sangat menakjudkan!


41. Apakah barangan mahal yang baru dibeli?
Penyedut hampagas. Kelak saya akan sering gunakan ia!



42. Apa yang paling inginkan masa sekarang?
Rak buku. Saya mempunyai banyak buku…



43. Kalau anda berada di pulau terpencil dan hanya satu barang saja yang boleh dibawa ke pulau, apakah yang akan anda bawa?
Sesuatu yang boleh nyalakan api. Saya akan memburu makan untuk diri sendiri.



44. Kalau anda diberi 1 million yen, bagaimana anda belanjakan wang itu?
Simpan. Kalau tak dibenarkan simpan, maka saya akan gunakan wang itu untuk baiki rumah ibubapa saya.


45. Apakah tabiat seharian anda?
Dengar radio. Saya adalah orang yang suka dengar radio.



46. Apakah kata-kata kepada peminat anda?
Terima kasih membaca temu bual ini. Surat yang kalian tulis kepada saya dan juga emel yang dihantarkan ke stesen radio sangat bermakna kepada saya. Setiap kali membacanya, ia memberi semangat kepada saya. Selaku seorang seiyu, saya masih perlu berusaha dan melakukan yang terbaik. Sila beri tunjuk ajar kepada saya.



47. Adakah anda masih ingat pertama kali anda berjumpa dengan Uchiyama Yumi?
Pertama kali saya berjumpa dengannya di studio rakaman untuk rakaman “Sukitte Ii na yo”, saya rasa dia seorang yang sangat baik dan kelakar membuatkan saya rasa selesa dengannya. Saya rasa sangat gembira dapat bertemu dengannya.


48. (Soalan dari Uchiyama Yumi) Bolehkah ajar saya buat masakan yang ringkas? (ketawa)
Kobis masin! Kobis segar, potongkan kemudian digaulkan dengan minyak bijan dan sedikit garam dan siap! Ia adalah sangat senang dan sudah pasti awak mpun boleh lakukan. (ketawa)



49. Bolehkah beritahu kami seiyu lain yang rapat dengan anda?Please tell us about the other seiyuu that you are close to. 
Yamaoka Yuri-chan, Hidaka Rina-chan, Toudo Mai-chan, Suzaki Aya-chan, Nitta Emi-chan, ahli-ahli Rhodanthedan seiyu Strike the Blood dan banyak lagi ♪



50. Apakah yang ingin anda tanya kepada tetamu seiyu yang akan datang?
Apakah makanan yang anda ingin nak makan? (*
*) Mari kita pergi makan bersama-sama!