Tantei Kageki Milky Holmes TD
探偵歌劇ミルキィホームズTD
Great Era of Detective kembali dengan musim yang keempat dan
gadis-gadis dari pasukan detektif Milky
Holmes telah kembali! Dengan bantuan daripada kebolehan luar biasa yang
diberikan oleh “toy”, Opera Koyabashi terkenal telah menjalankan agensi
detektif Milky Holmes. Tantei Kageki Milky Holmes TD berjanji untuk
menyampaikan siri terkenal ini yang diketuai oleh detektif Sherlock, Nero,
Hercule dan Cordelia dengan ahli baru Kazumi dan Alice sebagai watak sampingan.
Kes besar kali ini ialah lagu-lagu telah dicuri dari idola dalam wilayah
Yokohama yang terdiri daripada lagu popular “Kiseki no Uta” dinyanyikan oleh Amagi
Marine. Pasukan Milky Holmes akan merungkaikan misteri ini.
Siri anime ini dibawah arahan Hiroshi Nishikiori diterbitkan
oleh NOMAD x J.C. Staff telah mula ke udara pada Januari 2015. Lagu pembukaan "Milky-a-Go-Go"
(ミルキィ
A GO GO) oleh Milky Holmes. Lagu penutup yang bertajuk "Tankyū Dreaming" (探求Dreaming;Quest
Dreaming) dinyanyikan oleh Emi Nitta.
Yuzurizaki Nero 譲崎 ネロ
Seiyu : Tokui Sora
Gadis pelik yang kuat makan. Dia juga sangat mementingkan
diri sendiri, dia sering menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri sendiri.
Toy dia membolehkan dia kawal mesin dengan menggunakan kepingan logam yang
kecil.
Hercule “Elly” Barton エルキュール・バートン
Seiyu : Sasaki Mikoi
Gadis yang sangat pemalu orangnnya. Hercule sentiasa pasif
dalam pasukan, dia sering tidak bersuara dan kadang-kadang tidak dapat
mengikuti perbualan orang lain. Toy Hercule memberinya kekuatan yang luar
biasa.
Amagi Marine 天城 茉莉音
Seiyu : Nitta Emi
Idola popular yang mempunyai suara ajaib yang didorong oleh
Toy beliau iaitu tujuh Element. Apabila Elementnya dicuri, dia telah sertai
Milky Holmes untuk mencari semula Element yang dicuri itu.
Sherlock “Sheryl” Shellingford シャーロック・シェリンフォード
Seiyu : Mimori Suzuko
Ketua Milky Holmes. Dia seorang yang sangat cuai, tapi
sentiasqa prihatin dan mengambil berat dengan orang lain. dia bekerja sambilan
di restoran ramen. Toy yang dimilikinya member kuasa telekinesis kepadanya.
Cordelia Glauca コーデリア・グラウカ
Seiyu : Kitta Izumi
Gadis berambut perang yang sentiasa berangan-angan
perhubungan dalam kumpulan. Dia hilang kawalan apabila dia ketakutan
terutamannya dalam keadaan gelap. Toy dia membolehkan dia melihat dan mendengar
benda yang orang lain tak dapat lakukan.
No comments:
Post a Comment