Monday, 2 February 2015

Temubual Seiyu : 50 Q&A Toyonaga Toshiyuki





Toyonaga Toshiyuki merupakan seorang seiyu dan pada masa yang sama beliau juga merupakan seorang pelakon. 50 soalan yang membuatkan pembaca lebih mengenali Toyanaga Toshiyuki.



Nama : Toyonaga Toshiyuki
Tarikh Lahir : 28 April 1984
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Kumpulan Darah : B
Agensi Pengurusan : Super Eccentric Theater
Karya :
Katekyo Hitman Reborn! (Chikusa Kakimoto, Shōichi Irie)
Kanokon (Tayura Minamoto)
Durarara!! (Mikado Ryūgamine)
Oniichan no Koto Nanka Zenzen Suki Janain Dakara ne—! (Shūsuke Takanashi)
Kimi to Boku (Shun Matsuoka)
Blast of Tempest (Mahiro Fuwa)
Code:Breaker (Yuuki Tenpouin)
Kimi to Boku 2 (Shun Matsuoka)
Kamigami no Asobi (Takeru Totsuka)





01 Bolehkah beritahu bagaimana anda boleh menjadi seiyu?
A : Semasa saya berlakon musical, tiba-tiba saya teringin nak jadi seiyu dalam anime, maka saya pun pergi uji bakat.

02 Apakah karya pertama awak?
A : Yokohama Kaidashi Kiko (Quiet Contry Café)  sebagai cucu kepada ojisan.

03 Apakah watak yang member kesan yang mendalam?
A : Semua. Saya suka dengan semua watak yang pernah saya pegang.

04 Apakah watak seiyu yang sama dengan sebahagian personality anda?
A : hm…rasanya otaku…

05 Bolehkah berikan babak yang tidak dapat dilupakan?
A : menyamar sebagai perempuan.

06 bolehkah berikan contoh kegagalan yang pernah dialami.
A : saya tak ada pengalaman dalam bidang ini…maka saya pernah hadapi kegagalan yang sangat banyak apabila mula-mula ceburi bidang ini…contohnya ialah saya tak faham dengan perkara asas, tak tahu nak gunakan nada suara yang betul…


07  Adakah anda mempunyai pesaing ataupun seiyu yang dijadikan sebagai idola?
A : Diri sendiri…saya bertarung dengan diri sendiri…

08 Kalau tak jadi seiyu, apakah yang akan anda lakukan?
A : Saya rasa saya akan pergi menjadi pelakon.

09 Selaku seiyu, perkara apakah yang paling seksa bagi awak?
A : Saya takut dengan orang asing, maka saya tidak pandai berkomunikasi dengan seiyu yang lain.

10 Sebaliknya, sebagai seorang seiyu, perkara apakah yang paling gembira?
A : Kalau saya sudah rapat dengan seseorang, saya akan bergurau senda.(ketawa)

11 Awak suka menyanyi? Lagu apakah yang paling anda suka?
A : Suka. Lagu yang suka nyanyi ialah lagu dalam anime…

12 Dalam rancangan awak, apakah perkara yang memberi tanggapan yang mendalam?
A : Ada seorang mesej kepada saya, harap saya dapat pilih baju renang untuknya. (ketawa)

13 Semasa rakaman dilakukan, apakah perkara yang awak prihatin?
A : Saya akan lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh

14 Watak apa yang anda mahir bawakan?
A : Saya pun tak tahu…(peluh)

15 Apakah matlamat dan impian anda selaku seorang seiyu?
A : Saya boleh jadi seorang yang dikenali ramai!

16 Bolehkah bagi kata-kata semangat kepada seiyu baru?
A : Gambate!! (ketawa)

17 Selain anime yang disertai, adakah anda tonton anime lain?
A : Dragon Ball

18 Apakah watak yang anda ingin pegang dalam Dragon Ball?
A : Piccolo Daimao

19 Sekiranya anda selaku seorang penonton, anime genre apa yang anda suka?
A : Saya tak kisah anime itu popular ataupun tidak, asalkan watak-watak dalam anime itu menepati citarasa saya.

20 Masa anda kecil, anda seorang budak yang macam mana?
A : Budak yang sangat nakal.

21 Buku apakah yang paling awak suka?
A : Kiseiju

22  Apakah permainan video yang paling anda suka?
A : Dragon Quest

23 Apakah filem kesukaan anda?
A : Beauty and The Beast

24 Muzik yang anda paling suka?
A : Muzik daripada sensei Makihara Noriyuki

25 Apakah falsafah hidup anda?
A : “Apakah matlamat hidup? Saya hidup sebab nak cari jawapan ini.”

26 Sukan apakah yang pernah anda sertai?
A : Semasa saya sekolah menengah, saya pernah sertai kelab bola keranjang, tapi kemahiran saya hanya biasa-biasa saja(ketawa).  Tapi saya lari lebih laju daripada orang lain.

27 Lagu apakah yang akan anda nyanyi apabila pergi ke karaoke?
A : Lagu Makihara Noriyuki.

28 Bolehkah beritahu kami makanan yang awak benci?
A : Semua makanan yang mentah


29 Jadi apakah makanan kesukaan anda?
A : Nasi goreng telur stail Jepun, ayam…

30 Kedai apakah yang anda selalu pergi?
A : Tak ada kedai yang tertentu. Ikut perasaan.

31 Anda suka makan makanan ringan?
A : Ya, suka.

32 Apakah makanan ringan yang anda suka makan?
A : Coklat, keropak.

33 Anda suka keluar minum dengan kawan?
A : Saya lebih suka tinggal di rumah (ketawa)

34.  Apa yang anda lakukan apabila bercuti?
A : Main permainan video tanpa henti

35 Kalau ada satu minggu anda tak payah kerja, apa yanga nda nak lakukan?
A : Saya mungkin akan pergi bercuti selama 3-4 hari, kemudian tak nak buat apa-apa dan duduk saja di rumah.

36 Kebelakangan ini ada hobi/minat baru?
A : Tak kira yang lepas ataupun sekarang, hobi saya ialah permainan video…

37 Apa perkara yang anda ingin lakukan dalam 10 tahun akan datang?
A : perolehi lessen memandu!

38 Jenis calon yang anda suka?
A : Seseorang yang boleh buatkan saya suka padanya. Saya tak kisah dengan paras rupa.

39 Adakah anda pentingkan persamaan dalam diri pasangan anda?
A : Ya, betul.

40 Bahagian mana yang paling anda suka pada pasangan?
A : (ketawa) Lutut

41  Apa yang paling anda inginkan buat masa ini?
A : Wang (ketawa)

42 Kalau anda telah pergi ke pulau terpencil, apakah barangan yang awak nak bawa?
A : Impian

43 Kalau ada orang beritahu awak “ Boleh sesuka hati belanja wang 100 juta yen”. Apakah yang akan lakukan?
A : Simpan. Saya seorang yang tak ada cita-cita.

44 Sila beritahu apakah tabiat anda?
A :  Senaman

45 Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada peminat?
A : Apa khabar semua?

46 Siapakah seiyu yang mempunyai hubungan yang baik dengan anda?
A : Kimura Ryouhei, Ono Yuki…dan banyak-banyak lagi…

47 Apakah gelaran anda ?
A : トッシー (Tosshii)

48 Selain Mizushima Takahiro, suara anda serupa siapa lagi?
A : Ada peminat cakap serupa Irino Miyu

49 Anda ada bela haiwan di rumah?
A : Ada. Saya bela 2 ekor kucing.


50 Apakah watak terbaru di tahun 2015?
A : Mikado Ryugamine dari anime Durarara!! 2

No comments:

Post a Comment