Siapakah Protagonis Sarkas Baru?
Butler Ono
Ono Daisuke adalah seiyu Jepun yang sangat dikenali tak kira
di dalam Jepun ataupun di luar Jepun kerana beliau memegang watak-watak siri
anime yang tidak terkira yang terdiri daripada Erwin Attack on Titan, Susumu
Kodai dalam Space Battleship Yamato 2199 dan Sebastian Michaelis dalam siri
anime Kuroshitsuji : Book of Circus yang baru-baru ini disiarkan di televisyen
Jepun.
Profile
Nama : Ono Daisuke 小野 大輔
Tarikh Lahir : 4 Mei 1978
Tempat Lahir : Wilayah Koichi
Tinggi : 175cm
Pekerjaan : Seiyu (2001-kini)
Percapaian Tertinggi : Anugerah Seiyu Terbaik ke-4 (Watak
Sebastian Michaelis dalam Kuroshitsuji)
Karya :
Suzumiya Haruhi no Yuutsu (Koizumi Itsuki )
AIR (Kunisaki Yukito)
Working!! (Sato Jun)
Attack on Titan (Erwin Smith)
Soalan : Dalam siri
anime Kuroshitsuji : Book of Circus, selaku butler kegelapan Sebastian
Michaelis ada apa-apa perubahan?
Ono : Sarkas ini penuh dengan kegelapan, sering ada kisah
yang menakutkan akan berlaku. Sensei Toboso Yana telah menggunakan banyak idea
untuk melukis cerita ini. Dalam siri ini Sebastian menjadi lebih memahami
kelicikan dan kekejaman manusia. Dia menjadi begitu minat untuk memahami
manusia. Manakala tuannya Ciel Phantomhive pula, kali ini terpaksa bertarung
dengan diri sendiri yang lepas untuk mendapat jawapan. Ciel dalam siri ini
walaupun kegelapan tapi dia tidak dingin, sebaliknya menghidupkan jalan cerita
ini.
Soalan : kali ini terdapat banyak watak baru, siapakah yang
paling menarik perhatian anda?
Ono : Dalam siri sarkas ini, semestinya anggota sarkas
seperti Joker dan yang lain-lain. saya
rasa, Sebastian dan Ciel hanyalah watak sampingan saja. Dalam sarkas
tersembunyi banyak hubungan yang rumit, inilah titik utama siri anime ini. Disebabkan
takdir yang menyedihkan, maka kena berusaha untuk melawannya. Perkara ini amat
diambil berat oleh Joker dan yang lain-lain.
Soalan : Dalam siri baru ini begitu ramai anggota baru,
bagaimana dengan suasana studio rakaman?
Ono : Biasanya rakaman dibuat de3ngan pantas, maka semua
orang memberi kerjasama. Anggota siri yang lepas pun ada, tapi watak utama
adalah anggota dalam sarkas,. Oleh yang demikan, suasana dalam studio seperti
pasukan kru baru. Bagi saya, suasana ini sangat gembira. Bukan seronok, tapi
sangat menarik dan kelakar.
Soalan : selepas 4 tahun, sekali lagi anda memegang watak
Sebastian Mischaelis, apakah perasaan anda?
Ono : dah lama tak jadi Sebastian Mischaelis, tak sangka
dapay menonton anime Kuroshitsuji lagi, malah siri sarkas, saya menjadi begitu
teruja dan tak sabar-sabarnya. Manga asal masih lagi disiarkan secara bersiri
dan siri manga ini sangat popular dan mendapat sambutan yang tinggi. Ini
bermakna, saya mempunyai tekanan yang sangat besar. Tapi, setiap kali rakaman,
sensei Toboso akan memberi penjelasan kepada saya bagaimana nak menjayakan
watak ini. Saya berasa sangat-sangat berterima kasih padanya.
Soalan : Apakah mesej yang anda sampaikan kepada peminat
siri ini?
Ono : Apa yang saya nak katakana ialah siri ini sangat hebat!
Rugi kalau peminat anime tidak ikut siri ini. Saya sangat berharap semua orang
akan merasai mesej yang ingin disampaikan menerusi siri ini supaya semua orang
akan berfikir betapa indahnya wujud di dunia ini.
(kredit kepada Kreko)
No comments:
Post a Comment