Mikasa Ackerman Yang Super-Comel!!
Temubual Eksklusif Dengan Ishikawa Yui
Profile :
Nama : Ishikawa Yui 石川由依
Tarikhlahir : 30 Mei 1989
Anugerah : 8th Seiyu Award 2014
PembantuWanitaTerbaik
Karya :
Darker than Black : Gemini of the Meteor (Tanya)
Attack on Titan (Mikasa Ackerman)
Sword Art Online : Hollow Fragment (Filia) (Video Game)
Ishikawa :Apabila saya tahu saya dipilih untuk memegang watak Mikasa Ackerman, saya berasa sangat gembira. Namun pada saat membuat rakaman di studio sebagai Mikasa, saya mempunyai kegelisahan dan juga tekanan. Setelah rakaman berakhir, saya merasai kesepian pula.Walaupun siri anime telah lama habis disiarkan, namun masih banyak lagi misteri yang belum dileraikan.Saya sangat berharapada musim ke-dua Attack on Titan.
Editorial :Mikasa orang yang macam mana?
Ishikawa :Ada 3 ciri-ciri penting dari Mikasa, iaitu memiliki kemampuan bertarung yang hebat, perasaannya tidak pernah ditunjukkan dan menganggap Eren sebagai orang yang paling penting. Tapi sebenarnya Mikasa tidaklah sekuat yang disangkakan.Daripada pemerhatian saya, sekiranyan peristiwa ibubapanya dibunuh dan dia diselamatkan oleh Eren itu tidak pernah berlaku, maka tidak akan ada Mikasa yang seperti sekarang. Apa yang Mikasa tunjukkan pada Eren adalah sifat semulajadi Mikasa yang sebenar.
Perasaannya kepada Eren..Agak rumit (ketawa).Bila dilihat sepintas lalu, seolah-olah ada perasaan cinta, tetapi Mikasa sendiri juga tidak mengerti perasaan itu.Saya berharap di masa depan dia akan sedarinya. (ketawa).
Editorial :Apa pendapat anda tentang dunia yang dipenuhi Titan?
Ishikawa :Seperti yang dikatakan oleh Mikasa, “Dunia ini kejam”…meskipun Mikasa sudah putus asa dengan dunia ini, namun dengan adanya Eren membuatkannya memiliki harapan.
Editorial :Sebagai seiyuu, apakah dedikasi yang perlu diberikan untuk menjayakan watak Mikasa?
Ishikawa :Mikasa memiliki imej yang kuat, tetapi sebenarnya juga sering menggunakan kata-kata yang feminim, mungkin kerana pengaruh dari sopan-santun saat dia dibesarkan. Kerana dia, saya dapat memegang watak ini dengan jujur.
Editorial :Bagaimana situasi di studio semasa rakaman dilakukan?
Ishikawa :Pada mulanya, semua orang memberi fokus kepada watak masing-masing sehingga suasana menjadi sangat serius. Namun tidak lama kemudian, kami mula berinteraksi sesama sendiri seperti berada dalam dunia Attack on Titan.Mulai dari situ, situasi di studio menjadi harmoni dan gembira.
Editorial :Watak mana satukah yang Ishikawa paling suka dalam Attack on Titan?
Ishikawa :Dalam Attack on Titan, saya paling suka dengan Hanji yang memakai cermin mata. Ini adalah kerana dia bukan saja mempunyai perasaan dendam terhadap Titan, namun dia menaruh harapan pada Titan.Saya rasa dia adalah watak yang berlainan dengan watak yang lain.
Editorial :Soalan yang terakhir,pada pendapat Ishikawa, Attack on Titan itu adalah karya yang macam mana?
Ishikawa :Pada pendapat saya, Attack on Titan adalah karya yang sangat berat, terutama sebagai sebuah manga dan anime. Tapi ramai orang yang suka dengan karya ini.Terdapat ramai orang yang cosplay karya ini. Setahu saya, karya ini bukan saja popular di Jepun malah turut popular di seluruh dunia.Saya berasa amat bangga kerana dapat memegang watak Mikasa.Saya berharap karya ini dapat meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua orang, tidak kira anime ataupun manga.
(kredit kepada Kreko)
No comments:
Post a Comment