Wednesday, 31 July 2013

Kiki's Delivery Service



Kiki's Delivery Service (魔女の宅急便 / Majo no Takkyūbin) adalah sebuah filem aksi sebenar yang diarahkan oleh Takashi Shimizu adaptasi daripada sebuah novel fantasi kanak-kanak oleh Eiko Kadono. Filem ini telah memulakan penggambaran pada 25 Mei 2013 di Toei Tokyo Studio. Filem Kiki's Delivery Service telah mula ditayangkan pada tahun ini dan menduduki tangga ketiga di dalam kutipan tertinggi di Jepun yang berjumlah ¥128 juta (±RM925,000) dengan jualan tiket sehingga 117,000 keping dan penayangan di 281 buah pawagam.

Plot
Filem ini bermula dengan Kokiri (Rie Miyazawa) yang menghantar anak perempuannya Kiki (Fuka Koshiba) untuk hidup di kalangan manusia selama setahun sebagai sebahagian daripada latihannya. Dengan membawa Jiji (suara oleh Minako Kotobuki), kucing yang boleh bercakap bersamanya, Kiki menuju ke sebuah bandar kecil yang terletak di tepi laut iaitu Korico dan tanpa sengaja telah "mendarat" secara kecemasan di sebuah zoo, di mana sejak itulah penjaga zoo iaitu Nazuru (Yo Yoshida) mula tidak menyukainya. Tetapi tiada sesiapa boleh menyalahkannya kerana Kiki seorang yang kekok, pengotor serta gemar meminta maaf. Satu-satunya orang yang tidak merasakan Kiki seorang yang menjengkelkan adalah O-sono (Machiko Ono), isteri pembuat roti Fukuo (Hiroshi Yamamoto) yang sarat mengandung. Dia bukan saja tawarkan Kiki untuk tinggal di loteng di rumahnya, malah dia turut memberi cadangan kepada Kiki bekerja menjadi pengutus penghantaran kerana kebolehannya yang boleh terbang.

Adaptasi Filem Anime
Kiki's Delivery Service adalah sebuah novel fantasi kanak-kanak dengan tajuk yang sama oleh Eiko Kadono serta ilustrasi oleh Akiko Hayashi. Novel fantasi ini mula diterbitkan pada 25 Januari 1985 oleh Fukuinkan Shoten. Novel ini berjaya memenangi beberapa anugerah di Jepun seperti Anugerah Noma Ke-23 dalam kategori Kesusasteraan Kanak-Kanak, Anugerah Shogakukan Ke-34 dalam kategori Kesusasteraan Kanak-Kanak dan mendapat tempat di dalam Senarai Penghargaan IBBY pada tahun 1986.

Para Pelakon

No comments:

Post a Comment