Sunday, 12 April 2015

[Winter 2015] Durarara!!x2 承



Durarara!! yang disiarkan pada tahun 2010 telah kembali. Setelah 5 tahun menunggu akhirnya mempunyai sekeul dan diterbitkan oleh studio Shuka. Adapatsi daripada novel ringan Narita Ryougo. Ia telah dirancang untuk disiarkan 3 kali setahun iaitu pada Januari 2015 yang bertajuk Durarara!!x2“承” (Shou), kali kedua pada Julai 2015 yang bertajuk Durarara!!x2“転” (Ten) dan akhir sekali ialah pada Januari 2016 yang bertajuk Durarara!!x2“結” (Ketsu). Untuk siaran yang pertama, Durarara!!x2“承” (Shou) diarahkan oleh Omori Takahiro. Lagu pembukaan bertajuk HEADHUNT dinyanyikan oleh OKAMOTO manakala lagu penutup bertajuk NEVER SAY NEVER dinyanyikan oleh THREE LIGHTS DOWN KINGS.


Plot

Masih menceritakan Ryugamine Mikado, setengah tahun selepas kemelut Yellow Scarves yang menggegarkan bandar Ikebukuro, kini bandar ini telah kembali damai dan penduduk telah menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Sesi persekolahan sekolah tinggi telah bermula dan pelajar-pelajar kembali ke sekolah seperti biasa. Namun banyak kejadian pelik dan mengejutkan yang berlaku dalam bandar ini. Seperti penunggang tanpa kepala, dan pembunuhan berantai. Apakah nasib Ikebukuro? Adakah Ikebukuro akan sekali lagi terjerumus ke dalam keadaan huru-hara?






(kiri – kanan)

1. Kida Masaomi 紀田 正臣
Seiyu : Miyano Mamoru
Penduduk di Ikebukuro dan kawan baik Ryugamine Mikado sejak kecil. Dia mempunyai personaliti yang peramah, bersemangat dan mesra. Dia sangat ambil berat terhadap kawan-kawannya.



2. Ryugamine Mikado 竜ヶ峰 帝人
Seiyu : Toyonaga Toshiyuki
Mikasdo adalah seorang pemuda yang bersopan santun dan bercakap dengan lembut. Mikado berpindah ke Ikebukuro atas dorongan daripada kawan baiknya, Kida Masaomi. Dia berpindah ke sana dengan harapan kehidupannya menjadi lebih menarik.


3. Sonohara Anri 園原 杏里
Seiyu : Hanazawa Kana
Gadis yang sama sekolah dengan Mikado dan Masaomi. Dia seorang yang pendiam dan jarang bercakap dengan orang lain. Dia agak popular di sekolah tapi hal ini telah membuatkan dia rasa kurang selesa. 


(dari kiri ke kanan)

4.Orihara Mairu 折原 舞流
Seiyu : Kitamura Eri
Dia adalah adik perempuan Izaya dan mempunyai seorang kakak kembar yang bernama Kururi. Dia juga seorang yang suka menimbulkan masalah di sekolah seperti abangnya. Dia adalah seorang ulat buku.



5.Kuronuma Aoba 黒沼 青葉
Seiyu : Shimono Hiro
Dia adalah pengasas Blue Squares. Dia mempunyai personaliti yang ceria dan sentiasa bersenyum, tapi sebenarnya dia mempunyai sisi gelap yang manipulatif dan licik. Dia telah serahkan jawatan ketua Blue Squares kepada Mikado tanpa ada alasan.


6.Orihara Kukuri 折原 九瑠璃
Seiyu : Kanemoto Hisako
Adik kepada Izaya dan adik beradik kembar Mairu. Mairu adalah seorang yang bertenaga dan peramah, manakala Kukuri pula terbalik dengannya. Dia adalah seorang yang pendiam dan bercakap lembut.


7. Hijiribe Ruri 聖辺 ルリ (kiri)
Seiyu : Fujita Saki
19 tahun. Dia adalah seorang selebriti yang sangat popular. Dia mempunyai ramai peminat. Celty dan Saburo juga merupakan peminatnya. Dia adalah pembunuh bersiri “Hollywood”. Dia mempunyai darah Dullahan dalam badannya di mana memberi keupayaan luar biasa kepadanya.

8. Heiwajima Kasuka 平和島 幽 (kanan)
Seiyu : Kishio Daisuke
Adik kepada Heiwaijima Shizuo. Dia adalah pelakon popular di bawah nama “Hanbejima Yuhei”. Dia sangat sanjungi abangnya. Biasanya dia tidak menunjukkan sebarang emosi, tapi disebabkan satu perkataan ataupun pergerakan daripada abangnya, dia boleh alami emosi yang besar.


(dari kiri ke kanan)
9. Togusa Saburo 渡草 三
Seiyu : Terashima Takura
Anggota Dollars. Dia adalah pemandu kepada kumpulan Kadota. Dia akan menjadi tidak waras apabila van dia rosak. Hijiribe Ruri adalah penyanyi pujaannya.

10. Karisawa Erika 狩沢 絵理華,
Seiyu : Takagaki Ayahi
Gadis yang sangat otaku dan suka baca komik.dia sering memakai pakaian hitam yang berjenama. Dia adalah ahli Dollars dan kumpulan Kadota.

11. Yumasaki Walker
Seiyu : Kaji Yuki
Walker juga seperti Erika merupakan otaku dan suka dengan manga. Dia pernah menjadi ahli Blue Squares tapi sekarang adalah ahli Dollars dan kumpulan Kadota.

12. Kadota Kyohei 門田 京
Seiyu : Nakamura Yuichi
Bekas ahli Blue Squares. Sekarang adalah ahli Dollars. Nama samarannya ialah Dotachin. Dia tarik diri dari Blue Square kerana tidak suka dengan sistem itu.


 
13. Varona ヴァローナ
Seiyu : Ichimichi Mao
20 tahun. Pembunuh upahan yang berasal dari Rusia. Walaupun rupanya kelihatan matang, tapi mentalnya seperti kanak-kanak.



14. Orihara Izaya 折原 臨
Seiyu : Kamiya Hiroshi
Pemuda yang kacak dan bergaya. Dia adalah abang kepada Mairu dan Kukuri. Izaya meruapakan salah seorang ahli Dollars. Hobinya ialah memerhatikan perasaan manusia. Oleh yang demikian, dia mempunyai banyak strategi yang licik dan sering menimbulkan pertengkaran.


15. Celty Sturluson セルティストゥルルソ(kiri),
Seiyu : Sawashiro Miyuki
Dia dikenali sebagai “The Black Rider” (Penunggang Hitam) atau “The Headless Rider” (Penunggang Tanpa Kepala). 20 tahun yang lepas, dia kehilangan kepalanya. Oleh yang demikian, dia telah hilang ingatan. Demi mencari balik kepalanya, dia telah meninggalkan Ireland dan datang ke Jepun.

16. Kishitani Shinra 岸谷 新(kanan)
Seiyu : Fukuyama Jun
Shinra adalah doktor bawah tanah yang tinggal dengan Celty Sturluson. Dia sentiasa memakai kot putih walaupun tidak bekerja sebagai doktor. Dia amat minat dengan perubatan. Dia mendapat Celty yang tak ada kepala adalah lebih comel.


  1. Rokujo Chikage 六条千景
    Seiyu : Ono Yuuki
    Dia dikenali sebagai Rocchi dan merupakan ketua kepada kumpulan motorsikal besar Toromaru. Dia sangat menghormati perempuan dan tidak akan lepaskan lelaki yang tidak menghormati perempuan.

18. Heiwajima Shizuo 平和島 静
Seiyu : Ono Daisuke
Dia dikenali sebagai lelaki yang paling kuat di Ikebukuro. Walaupun ditakuti orang, tapi hakikatnya dia adalah seorang yang naif. Dia kelihatan kemalasan dan tidak bermaya dan sangat panas baran. Dia memiliki keupayaan di mana dia akan menjadi lebih kuat sebaik cederanya pulih.



  1. Akabayashi Mizuki 赤林 海月
    Seiyu : Yamaguchi Kappei
    Ahli yang berpangkat tinggi dalam Awakusu-kai. Dia juga merupakan seorang pejuang yang sangat luar biasa kerana dia dan pasangannya dapat menumpaskan Vorona dan Slon dengfan mudah.





 

No comments:

Post a Comment