Monday, 2 February 2015

Winter 2015 : Magic Kaito 1412 まじっく快斗1412






Magic Kaito 1412
まじっく快斗1412

Magic Kaito (まじっく快斗 Majikku Kaito) adakah sebuah karya dari Gosho Aoyama juga dikenali sebagai karya asal Detektif Conan, mengisahkan pencuri yang bernama Kaito Kid. Aoyama telah dihenti kerja selepas tankōbon jilid ketiga tersebut disebabkan oleh hakikat bahawa dia mula siri Detektif Conan yang telah mendapat sambutan ramai. Bab daripada manga Magic Kaito telah dikeluarkan dalam Shogakukan Shonen Sunday sejak itu dan terhasilnya tankōbon keempat pada Februari 2007. Pada Ogos 2011, Aoyama telah menambahkan cerita mengisahkan kisah lampau Phantom Lady dan masa yang sama cinta pertama Toichi Koruba sabagai Kaito Kid dan Chikage Kuroba sebagai Phantom Lady.

Siri anime bertajuk Magic Kaito 1412 (まじっく快斗1412 ) telah diterbitkan oleh A-1 Pictures dan telah disiarkan pada musim luruh yang lepas. Siri anime ini yang mempunyai 24 episod telah diarahkan oleh Kudo Susumu, skrip ditulis oleh Okada Kunihiko dan composer muzik ialah Iwasaki Taku. Lagu pembukaan iaitu "Kimi no Matsu Sekai" dinyanyikan LAGOON (episod 1-12) dan "Ai no Scenario" dinyanyikan oleh  CHiCO dan HoneyWorks (episod 13-24). Manakala lagu penutup  "WHITE of CRIME" dinyayikan oleh  REVALCY (episod 1-12) dan lagu penutup kedua yang bertajuk  "Koi no Jumyō" dinyanyikan oleh Galileo Galilei (episod 13-24)


Plot
Kaito Kuroba merupakan seorang remaja tinggal bersama pembantunya setelah bapanya meninggal dunia pada lapan tahun lalu. Tidak lama kemudian, dia menyedari identiti rahsia bapanya merupakan seorang jenayah taraf antarabangsa yang terkenal dikenali 1412: Phantom Thief, dan bahawa ayahnya telah dibunuh oleh satu organisasi yang misteri untuk enggan membantu mereka dalam mendapatkan semula permata "Pandora Gem", khabarnya batu mistik ini akan mengalirkan "air mata" semasa komet melalui bumi dan meminta hayat untuk mengurniakan hidup selama-lamanya. Dia berjanji untuk mengelakkan organisasi tersebut daripada mendapatkan Pandora Gem, dan mengantikan identiti bapanya untuk meneruskan misi ayahnya iaitu mencuri batu permata. Batu permata bercahaya merah di bawah bulan purnama dan bahawa ada satu permata lagi yang tersembunyi dalam batu permata yang besar. Oleh itu, misteri tersebut akan menjadi satu kejadian pelik agak besar dalam sejarah dan sentiasa disimpan di tempat yang pantulkan sinaran bulan. Setiap waktu lapang dia pada bulan purnama, dia akan mencuri barang yang tidak ternilai yang terkenal.




Kuroba Kaito 黒羽 快斗
Seiyu : Yamaguchi Kappei
Kod antarabangsa : 1412
Tinggi : 174cm
Berat : 58kg
Tarikh Lahir : 21 Jun
Penglihatan : 2.0
IQ : 400
Kuroba Kaito adalah Kaitou Kid. Dia adalah seorang pelajar Kelas 2-B Sekolah Tinggi Ekoda bersama rakan zaman kanak-kanaknya bernama Aoko Nakamori, ahli magik Akako Koizumi dan pemindahan pelajar detektif Saguru Hakuba. Kaito menjumpai identiti bapanya sebagai Kaitou Kid selepas lapan tahun apabila beliau menjumpai sebuah bilik rahsia di dalam rumahnya serta berjumpa dengan pembantu dan rakan bapanya, Konosuke Jii. Apabila Jii berhenti menjadi Kid, dia terus mengambil alih tugas tersebut dalam usaha untuk menarik perhatian pembunuh bapanya. Kaitou Kid menjadi seorang pencuri yang terkenal di dunia sekali lagi. Walaupun Kaito Kid kelihatan hebat namun hakikatnya dia amat takut pada ikan.







Nakamori Aoko 中森 青子
Seiyu : Ichimichi Mao
Tarikh Lahir : 26 September
Tinggi : 165 cm
Berat : 58kg
Kumpulan Darah : Jenis A
Aoko ialah kawan sepermaina Kaito. Dia adalah seorang gadis yang keras kepala, impulsif dan baik hati. Sebagai anak kepada Inspektor Nakamori, dia benci pada Kaito Kid. Dia mempunyai kecenderungan untuk merujuk kepada dirinya yang ketiga.





Hakuba Saguru 白馬探
Seiyu : Miyano Mamoru
Tarikh Lahir : 29 Ogos
Tinggi : 180cm
Berat : 65 kg
Kumpulan Darah : Jenis A
Hakuba Sagura adalah detektif sekolah tinggi  yang terkenal di Jepun dan bersaing dengan Kaito. Sebagai anak kepada pegawai polis, dia mempunyai banyak peluang untuk menangkap Kaito Kid. Sebagai detektif, Hakuba mendalami setiap motif dengan menyoal “ Kenapa awak lakukan semua ni?”






Koizumi Akako小泉 紅子
Seiyu : Kitamura Eri
Akako adalah seorang ahli magik yang mengamalkan magik merah. Dia tahu Kaito adalah Kaito Kid tapi Kaito selalu menafikan. Dia suka menjadi tumpuan orang ramai dan ketawa dengan cara yang unik. “Ohohoho” sering kedengaran apabila mendekati Akako.




Nakamori Ginzo 中森 銀三
Seiyu : Ishizuka Unshou
Nakamori Ginza juga dikenali sebagai Mace Fuller iaitu karakter dalam manga Magic Kaito dan juga anime Detective Conan. Dia ialah seorang inspector di Tokyo. Dia menyiasat kes-kes penipuan, tapi dia menghabiskan sebahagian masa dan tenaga ke atas skuad yang tidak dapat menangkap Kaitou Kid.





Kuroba Toichi 黒羽 盗一
Seiyu : Ikeda Shuuichi
Kuroba Toichi ialah ayah kepada Kaito. ialah Kaitou Kid yang asal. Toichi sebagai Kid adalah seorang pencuri permata terbesar di Jepun serta seorang ahli silap mata peringkat profesional di Jepun sehingga dia telah dibunuh dalam kemalangan semasa membuat pertunjukan silap mata. Sebelum kematiannya, Toichi mempunyai seorang pembantu peribadi iaitu Konosuke Jii. Dia diminta berjanji kepada Toichi untuk tidak akan memberitahu Kaitou Kuroba, anaknya tentang kerjayanya sebagai pencuri. Walau bagaimanapun, ibu Kaito menyedari akan dua kehidupan suaminya itu dan Kaito mendapati terdapat sebuah bilik rahsia Toichi di dalam rumahnya.









Temubual Seiyu : 50 Q&A Toyonaga Toshiyuki





Toyonaga Toshiyuki merupakan seorang seiyu dan pada masa yang sama beliau juga merupakan seorang pelakon. 50 soalan yang membuatkan pembaca lebih mengenali Toyanaga Toshiyuki.



Nama : Toyonaga Toshiyuki
Tarikh Lahir : 28 April 1984
Tempat Lahir : Tokyo, Jepun
Kumpulan Darah : B
Agensi Pengurusan : Super Eccentric Theater
Karya :
Katekyo Hitman Reborn! (Chikusa Kakimoto, Shōichi Irie)
Kanokon (Tayura Minamoto)
Durarara!! (Mikado Ryūgamine)
Oniichan no Koto Nanka Zenzen Suki Janain Dakara ne—! (Shūsuke Takanashi)
Kimi to Boku (Shun Matsuoka)
Blast of Tempest (Mahiro Fuwa)
Code:Breaker (Yuuki Tenpouin)
Kimi to Boku 2 (Shun Matsuoka)
Kamigami no Asobi (Takeru Totsuka)





01 Bolehkah beritahu bagaimana anda boleh menjadi seiyu?
A : Semasa saya berlakon musical, tiba-tiba saya teringin nak jadi seiyu dalam anime, maka saya pun pergi uji bakat.

02 Apakah karya pertama awak?
A : Yokohama Kaidashi Kiko (Quiet Contry Café)  sebagai cucu kepada ojisan.

03 Apakah watak yang member kesan yang mendalam?
A : Semua. Saya suka dengan semua watak yang pernah saya pegang.

04 Apakah watak seiyu yang sama dengan sebahagian personality anda?
A : hm…rasanya otaku…

05 Bolehkah berikan babak yang tidak dapat dilupakan?
A : menyamar sebagai perempuan.

06 bolehkah berikan contoh kegagalan yang pernah dialami.
A : saya tak ada pengalaman dalam bidang ini…maka saya pernah hadapi kegagalan yang sangat banyak apabila mula-mula ceburi bidang ini…contohnya ialah saya tak faham dengan perkara asas, tak tahu nak gunakan nada suara yang betul…


07  Adakah anda mempunyai pesaing ataupun seiyu yang dijadikan sebagai idola?
A : Diri sendiri…saya bertarung dengan diri sendiri…

08 Kalau tak jadi seiyu, apakah yang akan anda lakukan?
A : Saya rasa saya akan pergi menjadi pelakon.

09 Selaku seiyu, perkara apakah yang paling seksa bagi awak?
A : Saya takut dengan orang asing, maka saya tidak pandai berkomunikasi dengan seiyu yang lain.

10 Sebaliknya, sebagai seorang seiyu, perkara apakah yang paling gembira?
A : Kalau saya sudah rapat dengan seseorang, saya akan bergurau senda.(ketawa)

11 Awak suka menyanyi? Lagu apakah yang paling anda suka?
A : Suka. Lagu yang suka nyanyi ialah lagu dalam anime…

12 Dalam rancangan awak, apakah perkara yang memberi tanggapan yang mendalam?
A : Ada seorang mesej kepada saya, harap saya dapat pilih baju renang untuknya. (ketawa)

13 Semasa rakaman dilakukan, apakah perkara yang awak prihatin?
A : Saya akan lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh

14 Watak apa yang anda mahir bawakan?
A : Saya pun tak tahu…(peluh)

15 Apakah matlamat dan impian anda selaku seorang seiyu?
A : Saya boleh jadi seorang yang dikenali ramai!

16 Bolehkah bagi kata-kata semangat kepada seiyu baru?
A : Gambate!! (ketawa)

17 Selain anime yang disertai, adakah anda tonton anime lain?
A : Dragon Ball

18 Apakah watak yang anda ingin pegang dalam Dragon Ball?
A : Piccolo Daimao

19 Sekiranya anda selaku seorang penonton, anime genre apa yang anda suka?
A : Saya tak kisah anime itu popular ataupun tidak, asalkan watak-watak dalam anime itu menepati citarasa saya.

20 Masa anda kecil, anda seorang budak yang macam mana?
A : Budak yang sangat nakal.

21 Buku apakah yang paling awak suka?
A : Kiseiju

22  Apakah permainan video yang paling anda suka?
A : Dragon Quest

23 Apakah filem kesukaan anda?
A : Beauty and The Beast

24 Muzik yang anda paling suka?
A : Muzik daripada sensei Makihara Noriyuki

25 Apakah falsafah hidup anda?
A : “Apakah matlamat hidup? Saya hidup sebab nak cari jawapan ini.”

26 Sukan apakah yang pernah anda sertai?
A : Semasa saya sekolah menengah, saya pernah sertai kelab bola keranjang, tapi kemahiran saya hanya biasa-biasa saja(ketawa).  Tapi saya lari lebih laju daripada orang lain.

27 Lagu apakah yang akan anda nyanyi apabila pergi ke karaoke?
A : Lagu Makihara Noriyuki.

28 Bolehkah beritahu kami makanan yang awak benci?
A : Semua makanan yang mentah


29 Jadi apakah makanan kesukaan anda?
A : Nasi goreng telur stail Jepun, ayam…

30 Kedai apakah yang anda selalu pergi?
A : Tak ada kedai yang tertentu. Ikut perasaan.

31 Anda suka makan makanan ringan?
A : Ya, suka.

32 Apakah makanan ringan yang anda suka makan?
A : Coklat, keropak.

33 Anda suka keluar minum dengan kawan?
A : Saya lebih suka tinggal di rumah (ketawa)

34.  Apa yang anda lakukan apabila bercuti?
A : Main permainan video tanpa henti

35 Kalau ada satu minggu anda tak payah kerja, apa yanga nda nak lakukan?
A : Saya mungkin akan pergi bercuti selama 3-4 hari, kemudian tak nak buat apa-apa dan duduk saja di rumah.

36 Kebelakangan ini ada hobi/minat baru?
A : Tak kira yang lepas ataupun sekarang, hobi saya ialah permainan video…

37 Apa perkara yang anda ingin lakukan dalam 10 tahun akan datang?
A : perolehi lessen memandu!

38 Jenis calon yang anda suka?
A : Seseorang yang boleh buatkan saya suka padanya. Saya tak kisah dengan paras rupa.

39 Adakah anda pentingkan persamaan dalam diri pasangan anda?
A : Ya, betul.

40 Bahagian mana yang paling anda suka pada pasangan?
A : (ketawa) Lutut

41  Apa yang paling anda inginkan buat masa ini?
A : Wang (ketawa)

42 Kalau anda telah pergi ke pulau terpencil, apakah barangan yang awak nak bawa?
A : Impian

43 Kalau ada orang beritahu awak “ Boleh sesuka hati belanja wang 100 juta yen”. Apakah yang akan lakukan?
A : Simpan. Saya seorang yang tak ada cita-cita.

44 Sila beritahu apakah tabiat anda?
A :  Senaman

45 Apakah mesej yang ingin disampaikan kepada peminat?
A : Apa khabar semua?

46 Siapakah seiyu yang mempunyai hubungan yang baik dengan anda?
A : Kimura Ryouhei, Ono Yuki…dan banyak-banyak lagi…

47 Apakah gelaran anda ?
A : トッシー (Tosshii)

48 Selain Mizushima Takahiro, suara anda serupa siapa lagi?
A : Ada peminat cakap serupa Irino Miyu

49 Anda ada bela haiwan di rumah?
A : Ada. Saya bela 2 ekor kucing.


50 Apakah watak terbaru di tahun 2015?
A : Mikado Ryugamine dari anime Durarara!! 2

Winter 2015 : Tantei Kageki Milky Holmes TD 探偵歌劇ミルキィホームズTD



 Tantei Kageki Milky Holmes TD  
探偵歌劇ミルキィホームズTD





Great Era of Detective kembali dengan musim yang keempat dan gadis-gadis dari pasukan detektif  Milky Holmes telah kembali! Dengan bantuan daripada kebolehan luar biasa yang diberikan oleh “toy”, Opera Koyabashi terkenal telah menjalankan agensi detektif Milky Holmes. Tantei Kageki Milky Holmes TD berjanji untuk menyampaikan siri terkenal ini yang diketuai oleh detektif Sherlock, Nero, Hercule dan Cordelia dengan ahli baru Kazumi dan Alice sebagai watak sampingan. Kes besar kali ini ialah lagu-lagu telah dicuri dari idola dalam wilayah Yokohama yang terdiri daripada lagu popular “Kiseki no Uta” dinyanyikan oleh Amagi Marine. Pasukan Milky Holmes akan merungkaikan misteri ini.

Siri anime ini dibawah arahan Hiroshi Nishikiori diterbitkan oleh NOMAD x J.C. Staff telah mula ke udara pada Januari 2015. Lagu pembukaan "Milky-a-Go-Go" (ミルキィ A GO GO) oleh Milky Holmes. Lagu penutup yang bertajuk  "Tankyū Dreaming" (探求Dreaming;Quest Dreaming) dinyanyikan oleh Emi Nitta.




Yuzurizaki Nero 譲崎 ネロ
Seiyu : Tokui Sora
Gadis pelik yang kuat makan. Dia juga sangat mementingkan diri sendiri, dia sering menjatuhkan orang lain untuk menaikkan diri sendiri. Toy dia membolehkan dia kawal mesin dengan menggunakan kepingan logam yang kecil.






Hercule “Elly” Barton エルキュール・バートン
Seiyu : Sasaki Mikoi
Gadis yang sangat pemalu orangnnya. Hercule sentiasa pasif dalam pasukan, dia sering tidak bersuara dan kadang-kadang tidak dapat mengikuti perbualan orang lain. Toy Hercule memberinya kekuatan yang luar biasa.





Amagi Marine 天城 茉莉音
Seiyu : Nitta Emi
Idola popular yang mempunyai suara ajaib yang didorong oleh Toy beliau iaitu tujuh Element. Apabila Elementnya dicuri, dia telah sertai Milky Holmes untuk mencari semula Element yang dicuri itu.






Sherlock “Sheryl” Shellingford シャーロック・シェリンフォード
Seiyu : Mimori Suzuko
Ketua Milky Holmes. Dia seorang yang sangat cuai, tapi sentiasqa prihatin dan mengambil berat dengan orang lain. dia bekerja sambilan di restoran ramen. Toy yang dimilikinya member kuasa telekinesis kepadanya.






Cordelia Glauca コーデリア・グラウカ
Seiyu : Kitta Izumi
Gadis berambut perang yang sentiasa berangan-angan perhubungan dalam kumpulan. Dia hilang kawalan apabila dia ketakutan terutamannya dalam keadaan gelap. Toy dia membolehkan dia melihat dan mendengar benda yang orang lain tak dapat lakukan.