11.
Anda akan
susun barangan kecil ikut kategorinya?
Ya
ke soalan 3
Tidak ke soalan 2
22.
Anda tetap bersemangat walaupun semalaman
berinternet?
Ya
ke soalan 4
Tidak
ke soalan 7
33.
Anda ingin / pernah pergi ke pulau yang terletak
di luar negara?
Ya
ke soalan 6
Tidak
ke soalan 5
44.
Anda mempunyai ramai rakan lain jantina?
Ya
ke soalan 7
Tidak
ke soalan 6
55.
Anda lebih suka makan makanan segera
berbandingan dengan masakan sendiri?
Ya
ke soalan 9
Tidak
ke soalan 8
66.
Anda ingin pergi bercuti di pulau?
Ya
ke soalan 8
Tidak
ke soalan 9
77.
Anda akan cuba produk baru atas pengaruh iklan?
Ya
ke soalan 11
Tidak
ke soalan 10
88.
Anda tidak takut pada balasan?
Ya
ke soalan 12
Tidak
ke soalan 13
99.
Anda memelihara haiwan peliharaan?
Ya
ke soalan 12
Tidak ke soalan 13
110.
Anda rasa tiada ada orang baik di dunia ini
lagi?
Ya
ke soalan 13
Tidak
ke soalan 14
111.
Baru-baru ini berkenalan dengan rakan lain
jantina?
Ya
ke soalan 13
Tidak
ke soalan 14
112.
Anda tidak berapa suka kemas bilik sendiri?
Ya
ke soalan 19
Tidak
ke soalan 15
113.
Setiap hari anda perlu mandi?
Ya
ke soalan 16
Tidak
ke soalan 15
114.
Anda suka menonton filem, tidak suka menonton
drama?
Ya
ke soalan 17
Tidak
ke soalan 16
115.
Anda suka pakaian kasual?
Ya --Jenis A
Tidak
ke soalan 18
116.
Anda akan dengar sesebuah lagu selepas direkomen
oleh kawan?
Ya
ke soalan 20
Tidak
ke soalan 19
117.
Anda sering terlupa di mana letak sesuatu
barang?
Ya --
Jenis E
Tidak
ke soalan 20
118.
Anda sering mengumpul produk sampingan yang ada
kaitan dengan anime?
Ya --
Jenis A
Tidak --
Jenis B
119.
Anda dengan mudahnya dapat meramal watak jahat
dalam filem?
Ya --
Jenis C
Tidak --
Jenis D
220.
Anda suka cuba sesuatu yang anda minat?
Ya --
Jenis E
Tidak --
Jenis D
Analisis :
Jenis A
Anda seorang yang sangat teliti dan mempunyai daya
permerhatian yang tinggi. Emosi anda mudah terpengaruh. Dalam soal percintaan, walaupun
anda telah lama bercinta dengan pasangan anda, namun sebaik saja anda mendapati
sikapnya yang anda tidak suka, anda akan mencari pelbagai alasan untuk
meninggalkannya.
Jenis B
Anda seorang yang lemah lembut dan teliti orangnya. Anda
membuat semua analisis melalui naluri anda termasuk soal percintaan. Apabila
naluri anda memberitahu bahawa pasangan anda tidak sesuai dengan anda, anda
akan menggunakan cara yang terus terang untuk berpisah dengannya. Anda sangat
yakin dengan naluri anda.
Jenis C
Anda suka dengan perkara yang stabil. Bagi anda, benda yang
biasa-biasa adalah bagus. Dalam soal percintaan, sekiranya anda mendapati si
dia adalah pasangan hidup anda, maka anda akan cuba untuk kekalkan hubungan ini
buat selama-lamanya. Kalau boleh, anda akan berkahwin dengannya. Anda tidak
ingin tukar pasangan lain lagi.
Jenis D
Anda boleh membaca minda orang lain. Anda akan lakukan semua
perkara yang dikehendakinya sebelum orang lain buka mulut. Oleh yang demikian,
anda sangat disukai orang lain. Anda mudah menjalinkan persahabatan dengan
orang lain. Ramai orang yang minat pada anda, membuatkan anda tidak tahu nak
pilih yang mana satu untuk jadi pasangan.
Jenis E
Bagi orang yang tidak mengenali anda,anda adalah seorang
yang peramah. Anda sering bersenyum.
Anda sering berangan-angan tentang percintaan. Anda inginkan percintaan
yang seperti dalam cerita dongeng yang romantik. Permintaan anda yang terlalu
tinggi dan tidak reality telah melarikan ramai peminat.
No comments:
Post a Comment