Amagi Brilliant Park
甘城ブリリアントパーク
Amagi Brilliant Park | 甘城ブリリアントパーク http://www.tbs.co.jp/anime/amaburi/ Animation: Kyoto Animation Premiere: October 2, 2014 Genre: Comedy, Drama, Fantasy Airtime (GMT+9): Thursdays at 26:03 Episodes: 13 Station: TBS Information Links: AniDB, ANN Encyclopedia, MyAnimeList, syoboi, Wikipedia,Kreko |
|||
Berdasarkan novel ringan dengan tajuk yang sama, Amagi
Brilliant Park merupakan kali kedua penulis Gatoh Shouji bekerjasama dengan
Kyoto Animation untuk membawa salah satu karyanya ke layar TV. Siri anime ini mengisahkan Seiya seorang
lelaki yang kacak dan sempurna telah dipaksa oleh gadis misteri Sento Isuzu untuk melawat taman hiburan yang
bernama Amagi Brilliant Park, iaitu taman hiburan yang teruk dan akan ditutup
buat buat selama-lamanya. Demi untuk selamatkan taman ini daripada ditutup,
Seiya telah diupah oleh pemilik taman ini, Latifah Fullanza untuk menggunakan
kemahiran yang Seiya ada dalam hiburan dan dia dilantik menjadi pengurus baru.
Namun mereka diberi tempoh 3 bulan untuk menarik 250,000 pengunjung di mana
merupakan satu pencapaian yang mustahil untuk
taman hiburan yang situasi terkini ini.
Novel Ringan dan Manga
Siri novel ringan ini Amagi Brilliant Park (甘城ブリリアントパーク) ditulis oleh
Gatoh Shoji dan diilustrasikan oleh Nakajima Yuka. Fujimi Shobo telah menerbitkan 5 jilid sejak
20 Februari 2013 di bawah cetakan Fujimi
Fantasia Bunko. Terdapat 3 adaptasi manga yang diterbitkan oleh Fujimi Shobo
dan Kadokawa.
Kanie Seiya 可児江 西也
Seiyu : Uchiyama Koki
Seiya adalah protagonis utama dalam siri anime ini. Dia
pelajar sekolah tinggi yang mempunyai kesempurnaan dari semua segi iaitu
mempunyai mental yang tajam, cerdas, refleks yang baik dan berlagak seperti
seorang putera.
Sento Isuzu 千斗 いすず
Seiyu : Kakuma Ai
Pengawal kerajaan yang membawa senapang lantal
(muzzleloader) magik yang bernama Steinberger dan paksa Seiya untuk pergi “temu
janji” dengannya di Amagi Brilliant Park.
Dia mempunyai personaliti yang tabah dan jarang menunjukkan emosinya.
Namun dia adalah seorang yang sensitif.
Macaron マカロン
Seiyu : Shiraishi Ryoko
Pari-pari muzik yang
berbentuk kambing biri-biri dan merupakan salah satu maskot di taman hiburan.
Ia sangat panas baran. Dia mempunyai kepala angin dan selalu ponteng kerja
apabila dia tidak ada inspirasi untuk bekerja. Dia memain violin.
Tiramy ティラミー
Seiyu : Nonaka Ai
Pari-pari bunga yang jelma dalam rupa kucing warna merah
jambu. Tiramy juga merupakan salah satu maskot dalam taman hiburan. Ia sangat
miang dan suka bergurau. Hobinya ialah
suka pada wanita tak kira apa peringkat usia.
Moffle モッフル
Seiyu : Kawasumi Ayako
Pari-pari gula-gula dalam rupa tikus yang memakai topi. Ia
merupakan maskot utama dalam Amagi Brilliant Park yang tidak suka pada Seiya.
Ia adalah pakcik Latifah dan sangat melindungi Latifah. Dia benci apabila orang
lain panggil dia ‘rip-off’.
Latifah Fullanza ラティファ・フルーランザ
Seiyu : Fujii Yukiyo
PuteriMaple Land. Dia memberi sebahagian kecil kuasa
magiknya kepada Seiya dengan menciumnya. Menurut Triken, Latihah adalah anak
saudara Moffle yang sangat mirip dengan adiknya. Namanya sebenar berasal dari
Queen Latifah.
(Kredit kepada Kreko)
(Kredit kepada Kreko)
No comments:
Post a Comment