Tuesday, 5 May 2015
Siti Nurhaliza Perjelaskan Isu Ambil Anak Angkat Mangsa Nahas DUKE
Semuanya bermula daripada video pendek adik Amira yang menyatakan perasaan ingin berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza setelah dia kehilangan kedua ibu bapa yang terlibat di dalam kemalangan di lebuh raya DUKE baru-baru ini.
“Perkara ini begitu sensitif kerana ia melibatkan keluarga mangsa. Malah saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung itu. Saya dan suami bakal menyalurkan bantuan dari segi pendidikan untuk Amira dan adiknya menerusi Yayasan Nur Jiwa”
“Saya menyerahkan hal ini kepada Allah Taala. Seandainya ada jodoh maka saya meletakkan ia sebagai ketetapan Allah. Lagipun ianya adalah perkara baik namun sebarang perbincangan belum lagi dibuat dari pihak kami,” jelas Siti dan juga suaminya.
Sebagai menunaikan permintaan adik Amira serta orang ramai, Datuk Siti Nurhaliza telah pun menziarahi keluarga mangsa nahas Lebuh Raya DUKE di Taman Batu Muda, sebentar tadi. Tercapai sudah hasrat anak kecil ini untuk berjumpa Siti Nurhaliza.
SUMBER: Rotikaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment