Durarara!!
yang disiarkan pada tahun 2010 telah kembali. Setelah 5 tahun
menunggu akhirnya mempunyai sekeul dan diterbitkan oleh studio Shuka.
Adapatsi daripada novel ringan Narita Ryougo. Ia telah dirancang
untuk disiarkan 3 kali setahun iaitu pada Januari 2015 yang bertajuk
Durarara!!x2“承” (Shou),
kali kedua pada Julai 2015 yang bertajuk Durarara!!x2“転”
(Ten) dan akhir sekali ialah
pada Januari 2016 yang bertajuk Durarara!!x2“結”
(Ketsu). Untuk siaran yang
pertama, Durarara!!x2“承”
(Shou) diarahkan oleh Omori
Takahiro. Lagu pembukaan bertajuk HEADHUNT dinyanyikan oleh OKAMOTO
manakala lagu penutup bertajuk NEVER SAY NEVER dinyanyikan oleh THREE
LIGHTS DOWN KINGS.
Plot
Masih
menceritakan Ryugamine Mikado, setengah tahun selepas kemelut Yellow
Scarves yang menggegarkan bandar Ikebukuro, kini bandar ini telah
kembali damai dan penduduk telah menjalani kehidupan seharian seperti
biasa. Sesi persekolahan sekolah tinggi telah bermula dan
pelajar-pelajar kembali ke sekolah seperti biasa. Namun banyak
kejadian pelik dan mengejutkan yang berlaku dalam bandar ini. Seperti
penunggang tanpa kepala, dan pembunuhan berantai. Apakah nasib
Ikebukuro? Adakah Ikebukuro akan sekali lagi terjerumus ke dalam
keadaan huru-hara?
(kiri –
kanan)
1. Kida
Masaomi 紀田
正臣
Seiyu :
Miyano Mamoru
Penduduk
di Ikebukuro dan kawan baik Ryugamine Mikado sejak kecil. Dia
mempunyai personaliti yang peramah, bersemangat dan mesra. Dia sangat
ambil berat terhadap kawan-kawannya.
2.
Ryugamine Mikado 竜ヶ峰
帝人
Seiyu :
Toyonaga Toshiyuki
Mikasdo
adalah seorang pemuda yang bersopan santun dan bercakap dengan
lembut. Mikado berpindah ke Ikebukuro atas dorongan daripada kawan
baiknya, Kida Masaomi. Dia berpindah ke sana dengan harapan
kehidupannya menjadi lebih menarik.
3.
Sonohara Anri 園原
杏里
Seiyu :
Hanazawa Kana
Gadis
yang sama sekolah dengan Mikado dan Masaomi. Dia seorang yang pendiam
dan jarang bercakap dengan orang lain. Dia agak popular di sekolah
tapi hal ini telah membuatkan dia rasa kurang selesa.
(dari
kiri ke kanan)
4.Orihara
Mairu 折原
舞流
Seiyu :
Kitamura Eri
Dia
adalah adik perempuan Izaya dan mempunyai seorang kakak kembar yang
bernama Kururi. Dia juga seorang yang suka menimbulkan masalah di
sekolah seperti abangnya. Dia adalah seorang ulat buku.
5.Kuronuma
Aoba 黒沼
青葉
Seiyu :
Shimono Hiro
Dia
adalah pengasas Blue Squares. Dia mempunyai personaliti yang ceria
dan sentiasa bersenyum, tapi sebenarnya dia mempunyai sisi gelap yang
manipulatif dan licik. Dia telah serahkan jawatan ketua Blue Squares
kepada Mikado tanpa ada alasan.
6.Orihara
Kukuri 折原
九瑠璃
Seiyu :
Kanemoto Hisako
Adik
kepada Izaya dan adik beradik kembar Mairu. Mairu adalah seorang yang
bertenaga dan peramah, manakala Kukuri pula terbalik dengannya. Dia
adalah seorang yang pendiam dan bercakap lembut.
7.
Hijiribe Ruri 聖辺
ルリ (kiri)
Seiyu :
Fujita Saki
19
tahun. Dia adalah seorang selebriti yang sangat popular. Dia
mempunyai ramai peminat. Celty dan Saburo juga merupakan peminatnya.
Dia adalah pembunuh bersiri “Hollywood”. Dia mempunyai darah
Dullahan dalam badannya di mana memberi keupayaan luar biasa
kepadanya.
8.
Heiwajima Kasuka 平和島
幽 (kanan)
Seiyu :
Kishio Daisuke
Adik
kepada Heiwaijima Shizuo. Dia adalah pelakon popular di bawah nama
“Hanbejima Yuhei”. Dia sangat sanjungi abangnya. Biasanya dia
tidak menunjukkan sebarang emosi, tapi disebabkan satu perkataan
ataupun pergerakan daripada abangnya, dia boleh alami emosi yang
besar.
(dari
kiri ke kanan)
9.
Togusa Saburo 渡草
三郎
Seiyu :
Terashima Takura
Anggota
Dollars. Dia adalah pemandu kepada kumpulan Kadota. Dia akan menjadi
tidak waras apabila van dia rosak. Hijiribe Ruri adalah penyanyi
pujaannya.
10.
Karisawa Erika 狩沢
絵理華,
Seiyu :
Takagaki Ayahi
Gadis
yang sangat otaku dan suka baca komik.dia sering memakai pakaian
hitam yang berjenama. Dia adalah ahli Dollars dan kumpulan Kadota.
11.
Yumasaki Walker
Seiyu :
Kaji Yuki
Walker
juga seperti Erika merupakan otaku dan suka dengan manga. Dia pernah
menjadi ahli Blue Squares tapi sekarang adalah ahli Dollars dan
kumpulan Kadota.
12.
Kadota Kyohei 門田
京平
Seiyu :
Nakamura Yuichi
Bekas
ahli Blue Squares. Sekarang adalah ahli Dollars. Nama samarannya
ialah Dotachin. Dia tarik diri dari Blue Square kerana tidak suka
dengan sistem itu.
13.
Varona ヴァローナ
Seiyu :
Ichimichi Mao
20
tahun. Pembunuh upahan yang berasal dari Rusia. Walaupun rupanya
kelihatan matang, tapi mentalnya seperti kanak-kanak.
14.
Orihara Izaya 折原
臨也
Seiyu :
Kamiya Hiroshi
Pemuda
yang kacak dan bergaya. Dia adalah abang kepada Mairu dan Kukuri.
Izaya meruapakan salah seorang ahli Dollars. Hobinya ialah
memerhatikan perasaan manusia. Oleh yang demikian, dia mempunyai
banyak strategi yang licik dan sering menimbulkan pertengkaran.
15.
Celty Sturluson セルティ・ストゥルルソン
(kiri),
Seiyu :
Sawashiro Miyuki
Dia
dikenali sebagai “The Black Rider” (Penunggang Hitam) atau “The
Headless Rider” (Penunggang Tanpa Kepala). 20 tahun yang lepas, dia
kehilangan kepalanya. Oleh yang demikian, dia telah hilang ingatan.
Demi mencari balik kepalanya, dia telah meninggalkan Ireland dan
datang ke Jepun.
16.
Kishitani Shinra 岸谷
新羅
(kanan)
Seiyu :
Fukuyama Jun
Shinra
adalah doktor bawah tanah yang tinggal dengan Celty Sturluson. Dia
sentiasa memakai kot putih walaupun tidak bekerja sebagai doktor. Dia
amat minat dengan perubatan. Dia mendapat Celty yang tak ada kepala
adalah lebih comel.
Rokujo
Chikage 六条千景
Seiyu :
Ono Yuuki
Dia
dikenali sebagai Rocchi dan merupakan ketua kepada kumpulan
motorsikal besar Toromaru. Dia sangat menghormati perempuan dan
tidak akan lepaskan lelaki yang tidak menghormati perempuan.
18.
Heiwajima Shizuo 平和島
静雄
Seiyu :
Ono Daisuke
Dia
dikenali sebagai lelaki yang paling kuat di Ikebukuro. Walaupun
ditakuti orang, tapi hakikatnya dia adalah seorang yang naif. Dia
kelihatan kemalasan dan tidak bermaya dan sangat panas baran. Dia
memiliki keupayaan di mana dia akan menjadi lebih kuat sebaik
cederanya pulih.
Akabayashi
Mizuki 赤林 海月
Seiyu :
Yamaguchi Kappei
Ahli
yang berpangkat tinggi dalam Awakusu-kai. Dia juga merupakan seorang
pejuang yang sangat luar biasa kerana dia dan pasangannya dapat
menumpaskan Vorona dan Slon dengfan mudah.