Saturday, 9 May 2015

Elana Hani Eleas, Wajah Sebenar Isteri Fahrin Ahmad

Elena Hani Aleas, 36

Tuesday, 5 May 2015

Fahrin Ahmad: Bakal Isteri Saya Bukan Selebriti



Setelah menjelaskan kepada pihak media bahawa dia akan melangsungkan hari bahagianya pada Sabtu ini, Fahrin Ahmad juga dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa isterinya bukanlah daripada golongan selebriti.

“Sepanjang perkenalan belum genap setahun ini, kami tak melalui proses percintaan yang biasa seperti kebanyakan pasangan kekasih. Dek kesibukan saya, kami terlalu jarang berjumpa. Kami ambil keputusan untuk ke fasa seterusnya dua tiga bulan selepas perkenalan dan seterusnya mengadakan perbincangan membabitkan ahli keluarga masing masing hujung tahun lepas”
“Saya juga nampak keikhlasan dan ketulusan keluarga bakal isteri untuk menerima saya sekalipun saya pernah berdepan dengan episod percintaan yang pahit sebelum ini termasuk dicop macam-macam,” katanya kepada BH Online.
Semoga segala persiapan menjelang hari bahagia Fahrin nanti akan berjalan dengan lancar lebih-lebih lagi hari pernikahan Fahrin juga jatuh pada hari kelahirannya yang ke 36. (rtky/s)

sumber : rotikaya





[Sila Frust] Fahrin Ahmad Nikah 9 Mei!




KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad mengesahkan bakal bernikah pada Sabtu ini dalam satu majlis yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini.
Fahrin, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal isteri yang bakal dikahwininya itu sehinggalah pada hari pernikahannya nanti.

"Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu.

"Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti.Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti," katanya kepada mStar Online.
Fahrin ditemui pada sidang media khas pengumuman pernikahannya di Flora Terrace, di sini pada Selasa.

Walaupun tidak mendedahkan wanita yang dinikahinya itu, Fahrin berkata dia sudah pun mengenali bakal isterinya itu sejak setahun lalu.

"Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini.

"Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

"Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya," ujarnya.


sumber : http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/05/05/fahrin-nikah/


Siti Nurhaliza Perjelaskan Isu Ambil Anak Angkat Mangsa Nahas DUKE




Semuanya bermula daripada video pendek adik Amira yang menyatakan perasaan ingin berjumpa dengan Datuk Siti Nurhaliza setelah dia kehilangan kedua ibu bapa yang terlibat di dalam kemalangan di lebuh raya DUKE baru-baru ini.

“Perkara ini begitu sensitif kerana ia melibatkan keluarga mangsa. Malah saya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung itu. Saya dan suami bakal menyalurkan bantuan dari segi pendidikan untuk Amira dan adiknya menerusi Yayasan Nur Jiwa”
“Saya menyerahkan hal ini kepada Allah Taala. Seandainya ada jodoh maka saya meletakkan ia sebagai ketetapan Allah. Lagipun ianya adalah perkara baik namun sebarang perbincangan belum lagi dibuat dari pihak kami,” jelas Siti dan juga suaminya.
Sebagai menunaikan permintaan adik Amira serta orang ramai, Datuk Siti Nurhaliza telah pun menziarahi keluarga mangsa nahas Lebuh Raya DUKE di Taman Batu Muda, sebentar tadi. Tercapai sudah hasrat anak kecil ini untuk berjumpa Siti Nurhaliza.

SUMBER: Rotikaya


Kate and William's princess gets a royal name





After days of speculation and wagers by royal watchers all over the world, Kate Middleton and Prince William have named their new baby daughter Charlotte Elizabeth Diana. 
The littlest royal will carry the title Her Royal Highness Princess Charlotte of Cambridge, a Kensington Palace said in a statement Monday.  
Princess Charlotte -- who was born Saturday at London’s St. Mary’s hospital -- is now home with her royal parents at Kensington Palace. She met her grandparents and other family members at the couple's palace home in London Sunday, Reuters reported.




Top bets for the baby's name had included Alice and Charlotte, followed by Elizabeth, Victoria and Diana -- all names with strong connections to royal tradition. Diana was a favorite as it pays tribute to William’s late mother, and Elizabeth is both the Queen's name and Kate's mother's middle name. 
The name Charlotte is French in origin and means "petite" and "feminine," Sky News reported. The feminine form of Charles, the name has a long royal pedigree and became popular in the 18th century after King George III's queen, the BBC says. Charlotte is also the middle name of Kate's sister Pippa. 
Kensington Palace said the baby was born at 8:34 a.m. London time and weighed 8 pounds 3 ounces. Prince William was with his wife at the hospital along with the couple's son, Prince George. The palace said Kate, 33, and her infant were doing well, and that Prince William was present for the birth.
Kate, who wed William in April 2011, gave birth to Prince George at the same hospital in July 2013. When George was born, officials waited two days before announcing his name.





Monday, 4 May 2015

"Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira kepada Zahid


KUALA LUMPUR: "Tangkap orang yang langgar ayah saya," kata adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam kepada Menteri  Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Permintaan itu disampaikan adik Nur Firuza Amira ketika Zahid menziarahi keluarga keluarga Fairuz Nizam Husain, mangsanahas kemalanganmelibatkan dua buah MyVI dan sebuah Pajero awal pagi Sabtu lepas.

Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 6.2, Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (Duke), awal pagi Sabtu itu mengorbankan Fairuz Nizam,35 bersama isterinya Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka yang berusia 7 bulan, Nur Firuza Annisa.






Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua buah Perodua Myvi sebelum terbalik.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga Pajero Sport yang dinaiki mangsa berpusing dan terbalik.

Perhimpunan bantah GST bermula di Masjid Jamek




Permatang Pauh – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini mengemparkan para pengundi di Permatang Pauh apabila menyertai upacara keagamaan di salah sebuah kuil Hindu di Prai.

Paling mengejutkan apabila anak kepada Anwar Ibrahim itu turut kelihatan seperti memberi hormat kepada dewa masyarakat hindu di kuil tersebut.

Gambar Nurul bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, RSN Rayer itu kemudiannya dimuat naik di media sosial Facebook sehingga menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

Penguna media sosial kemudiannya mengecam tindakan itu sambil menyifatkan ia sebagai usaha terdesak pimpinan PKR bagi memancing undi masyarakat India di Permatang Pauh.

Ada juga yang menyifatkan tindakan Nurul itu toleransi dalam agama kerana mengambil pendekatan liberal Islam.

Namun SuaraTV tidak dapat memastikan sama ada Nurul Izzah turut menyertai upacara penyembahan atau hanya sekadar memberi hormat kepada sami kuil tersebut.

SuaraTV walau bagaimanapun gagal menghubungi ahli parlimen Lembah Pantai itu bagi mendapatkan pengesahan dan maklum balas berhubung kejadian tersebut.

Jabatan Agama Dan Kemajuan Islam (Jakim) Sebelum ini melarang umat Islam di negara ini terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam kerana boleh menjejaskan akidah.

Menurut Jakim, fatwa tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009.

Terdahulu Nurul melahirkan kebimbangan PKR untuk mempertahankan kemenangan di kerusi Parlimen Permatang Pauh berhubung isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan parti Pas.

Nurul mengakui parti itu berhadapan dengan laluan sukar khususnya ketika berhadapan dengan ahli dan penyokong PAS.

“Ini bukan suasana yang mudah buat Pakatan Rakyat…kita terima.

“Terutamanya sejak jawatankuasa mengenai hudud diwujudkan sejak lebih setahun lalu, banyak perancangan bagi memecah-belahkan (Pakatan Rakyat) dibuat sejak awal,” katanya memtik laporan mStar Online.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan PKR berhadapan protes menerusi undi rosak di kalangan pengundi PAS yang kecewa dengan pendirian PKR berhubung hudud.

Malah isu hudud menjadi polemik di kalangan PAS dan PKR apabila  kepimpinan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh mengambil keputusan untuk memboikot kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh.

Bagaimanapun kedua-dua entiti berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk membuat ‘pusingan U’ dan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, jentera PKR digesa supaya memastikan jumlah keluar mengundi pada 7 Mei ini adalah tinggi demi kemenangan Pakatan Rakyat.

“Isu utama ialah memastikan semua pengundi keluar mengundi. Jumlah keluar mengundi adalah elemen terpenting, kemungkinan hari bekerja akan jatuh sedikit.

“Maka kita laksanakan tugasan untuk mendapatkan undi sebanyak mungkin daripada semua kumpulan,” katanya. – SuaraTV

copypaste http://www.suara.tv/2015/05/04/gambar-nurul-izzah-di-kuil-hindu-viral-di-media-sosial/





Rakaman CCTV: Bukan Enam Tapi Lapan Myvi Terlibat?






Saturday, 25 April 2015

Ambil Masa 2 Bulan DS Najib Selesai Tonton Filem Bollywood - Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mendedahkan disebabkan kesibukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil masa dua bulan untuk menyelesaikan menonton sebuah filem Bollywood.

Isteri perdana menteri itu, yang dikenali sebagai seorang peminat setia filem Bollywood berkata, Najib juga meminati nya tetapi hanya berjaya menyelesaikan “Kabhi Khushi Kabhie Gham”, filem 2001 yang ditulis dan diarahkan oleh Karan Johar.

"Suami saya juga suka menonton filem Bollywood, bukanlah beliau mempunyai banyak masa tetapi saya ingat beliau juga teruja dan ingin menonton Kabhi Khushi Kabhie Gham," katanya semasa merasmikan pameran multimedia berjudul “Life on the Silver Screen - The Fascinating Story of Indian Cinema”.

"Saya ingin katakan, beliau mengambil masa dua bulan untuk beliau menamatkan filem itu, bukan (kerana) filem itu panjang... (ia) hanya kerana beliau tidak mempunyai masa. Beliau menonton selama 15 minit dan kemudian berkata 'saya terpaksa pergi'."

"Beliau hanya menyambungnya selepas empat hari kemudian, yang menyebabkannya terlupa semua adegan sebelumnya. Jadi, beliau akan mula semula," katanya.

Bimbang kata-katanya disalah lapor, beliau mengingatkan mereka yang menghadiri majlis itu tidak memutarbelitkan kata-katanya.

"... Dan jangan putar belit, esok apabila anda menulis dalam blog, tulis apa yang saya cakap, jangan tulis apa yang anda fikir saya cakap," katanya yang menyebabkan para hadirin ketawa.

"Sekarang anda semua ketawa, kerana anda semua membaca perkara yang saya tidak cakap tetapi mereka cakap saya mengatakannya." ujarnya.

Dalam nada lebih serius, Rosmah berkata usaha-usaha yang diambil oleh pengusaha filem India menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran mereka memainkan peranan penting dalam menarik pelancong India ke negara ini.

"Saya gembira menyatakan hasilnya, Malaysia berkembang menjadi tarikan utama pelancong dan pelancong ketibaan India di Malaysia meningkat sebanyak 20% pada tahun lepas."

"Peningkatan dalam ketibaan pelancong antara kedua-dua negara sudah pasti akan membantu mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada yang baik dan mesra."
"Hubungan yang kuat memainkan peranan penting kepada usaha-usaha yang berterusan ke arah tahap yang lebih tinggi dalam hubungan," katanya.

Pameran yang diadakan di Universiti Malaya, adalah sebagai sambutan Festival India. Ia merupakan kerjasama antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysian dan Suruhanjaya Tinggi India.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi India Tuan TS-Nya Tirumurti dan Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin. – 25 April, 2015.

Friday, 24 April 2015

Bapa: Zizan Razak Perkenalkan Bakal Isteri Hujung Tahun Lalu

Sumber : ROTIKAYA


Kami datang lagi dengan kisah Zizan Razak untuk anda semua, yeay! Baru baru ini telah tersebar beberapa keping gambar seorang gadis yang didakwa sebagai bakal isteri kepada pelawak Zizan Razak yang dikenali sebagai Nor Edura Diyana Hisham.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, bapa kepada Zizan Razak mengesahkan yang anaknya itu ada meluahkan hasrat untuk memperisterikan gadis tersebut dan telah berjumpa sebanyak tiga kali di bandar Kuala Terengganu sekitar hujung tahun lalu.








“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja. Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak Husain.
Namun bapanya menolak semua dakwaan yang mengatakan Zizan Razak dan gadis itu sudah pun bertunang apatah lagi berkahwin senyap senyap baru baru ini.
Yang lebih menarik perhatian kami adalah pertemuan keluarga Zizan Razak & gadis tersebut yang terjadi kurang lebih sebulan sebelum konflik hubungan pelawak itu dan bekas kekasihnya, Emma Maembong mula mendapat perhatian ramai. Jadi, Zizan Razak curang? (rtky/m)













Terlalu Banyak tawaran, Aaisyah Dhia Rana Kini Ada Pengurus Sendiri

 
Jika sebelum ini ada berita melaporkan yang anak kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah bergelar artis termuda di bawah naungan LOL Entertainment, nampaknya Aaisyah Dhia Rana kini semakin sibuk sehingga memerlukan pengurus sendiri.
Bercakap kepada majalah Wanita keluaran terbaru, Rozita Che Wan mengakui walaupun usia anaknya itu masih terlalu muda namun ia bukannya penghalang untuk menarik minat pelbagai pihak sehingga ditawarkan menjadi duta produk dan model beberapa jenama terkenal.


“Alhamdulillah, rezeki Aaisyah semakin murah. Sekarang ini Aaisyah telah pun menjadi duta untuk pakaian kanak-kanak, Mothercare. Aaisyah juga mendapat tawaran daripada pelbagai syarikat yang ingin menjadikannya duta produk mereka.
“Permintaan untuk menjadikan Aaisyah cover majalah juga turut diterima. Jadi tidak salah kiranya, saya menyerahkan tugas menguruskan Aaisyah kepada mereka yang lebih arif,” ujarnya seperti dipetik Mangga Online baru baru ini.
Bertuah badan Aaisyah Dhia Rana muda muda lagi ibu bapanya sudah merencanakan kerjaya untuk jaminan masa hadapan. Beberapa keping gambar terbaru anak comel ini untuk tatapan anda termasuklah sesi fotografi bersama majalah Wanita baru baru ini. Enjoice! (rtky/m)



 Nak tengok lebih banyak gambar comel Aaisyah, boleh pergi ke Facebook Aaisyah Dhia Rana 


credit to ROTIKAYA







Thursday, 23 April 2015

Pengeluaran wang caruman KWSP kekal 55 tahun-PM

Hidup Najib
Hidup Najib

KUALA LUMPUR 23 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepada rakyat bahawa pengeluaran wang caruman penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan pada usia 55 tahun.

Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat bagi memastikan berlaku keadilan selain para pencarum akan dapat terus menikmati kemakmuran sewaktu bersara.

“Keputusan ini juga berdasarkan sokongan popular,” kata Najib sewaktu berucap pada majlis pelancaran Invest Malaysia 2015.

Yang turut hadir pada majlis ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz

Aksi Selfie Tun M Yang Sempoi Bersama Cucu


Siapa sangka, meskipun mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan tegas dalam berbicara namun dalam diam beliau sebenarnya layak digelar atuk paling penyayang.

Kalau korang nak tahu, Tun Mahathir yang senang disapa dengan gelaran Che Det ini sebenarnya sangat mesra dan sempoi dalam melayan kerenah cucu-cucunya.

Lihat sahaja gambar aksi selfie yang sering kongsi oleh seorang cucunya, Meera Alyanna Mukhriz bersama atuknya dalam laman Instagram.

Tersenyum-senyum kami melihat gambar comel atuk dan cucu ini beraksi menerusi lensa kamera.

Pastinya, Meera merupakan antara cucu yang paling bertuah di dunia kerana memiliki atuk yang penyayang dan bijaksana.

Mari kita saksikan beberapa gambar yang dikongsi Meera…. – MYNEWSHUB.CC
Sebut sahaja nama Mahathir Mohamad, namanya cukup gah dikenali serata dunia sebagai seorang pemimpin yang sangat berwibawa. Kini Mahathir yang lebih mesra dengan panggilan Tun M banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas bersara dari menjadi perdana menteri beberapa tahun lalu.

Ketika bersama keluarga terutama cucunya, Tun M sememangnya seorang atuk yang penyayang. Beliau sangat sporting melayani kerenah cucu-cucunya yang comel.

Malah cucunya Meera Alyana turut berkongsi gambar-gambarnya berselfie bersama Tun M. Memang sangat comel dan mencuit hati. - See more at: http://www.ohmedia.my/2015/04/aksi-comel-tun-m-selfie-bersama-cucu.html#sthash.tC4yd5Du.dpuf

Sebut sahaja nama Mahathir Mohamad, namanya cukup gah dikenali serata dunia sebagai seorang pemimpin yang sangat berwibawa. Kini Mahathir yang lebih mesra dengan panggilan Tun M banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas bersara dari menjadi perdana menteri beberapa tahun lalu.

Ketika bersama keluarga terutama cucunya, Tun M sememangnya seorang atuk yang penyayang. Beliau sangat sporting melayani kerenah cucu-cucunya yang comel.

Malah cucunya Meera Alyana turut berkongsi gambar-gambarnya berselfie bersama Tun M. Memang sangat comel dan mencuit hati. - See more at: http://www.ohmedia.my/2015/04/aksi-comel-tun-m-selfie-bersama-cucu.html#sthash.tC4yd5Du.dpuf





Sisi lain Tun...
Comel kan?


Sebut sahaja nama Mahathir Mohamad, namanya cukup gah dikenali serata dunia sebagai seorang pemimpin yang sangat berwibawa. Kini Mahathir yang lebih mesra dengan panggilan Tun M banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas bersara dari menjadi perdana menteri beberapa tahun lalu.

Ketika bersama keluarga terutama cucunya, Tun M sememangnya seorang atuk yang penyayang. Beliau sangat sporting melayani kerenah cucu-cucunya yang comel.

Malah cucunya Meera Alyana turut berkongsi gambar-gambarnya berselfie bersama Tun M. Memang sangat comel dan mencuit hati. - See more at: http://www.ohmedia.my/2015/04/aksi-comel-tun-m-selfie-bersama-cucu.html#sthash.tC4yd5Du.dpuf
Sebut sahaja nama Mahathir Mohamad, namanya cukup gah dikenali serata dunia sebagai seorang pemimpin yang sangat berwibawa. Kini Mahathir yang lebih mesra dengan panggilan Tun M banyak meluangkan masa bersama keluarga selepas bersara dari menjadi perdana menteri beberapa tahun lalu.

Ketika bersama keluarga terutama cucunya, Tun M sememangnya seorang atuk yang penyayang. Beliau sangat sporting melayani kerenah cucu-cucunya yang comel.

Malah cucunya Meera Alyana turut berkongsi gambar-gambarnya berselfie bersama Tun M. Memang sangat comel dan mencuit hati. - See more at: http://www.ohmedia.my/2015/04/aksi-comel-tun-m-selfie-bersama-cucu.html#sthash.tC4yd5Du.dpuf

Tuesday, 21 April 2015

Wardina Safiyyah minta maaf kepada penganut Kristian




PETALING JAYA: Selebriti Wardina Safiyyah memohon maaf kepada penganut Kristian susulan kekecohan yang berlaku di Taman Medan pada Ahad lalu.

Dia juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatan saudara seagamanya yang seolah-olah membuli golongan minoriti.

“Kepada penganut Kristian Taman Medan, sampaikan salam saya kepada Paderi juga permohonan maaf saya.

“Kepada umat Islam di Taman Medan, sikap anda tidak menunjukkan yang anda umat Islam yang sebenar-benarnya,” katanya di laman Facebook.

Wardina yang sedang menyambung pelajaran di Australia berkata, dia memahami perasaan menjadi golongan minoriti yang sering ditindas tanpa alasan yang wajar dan jelas.

“Saya tahu bagaimana rasa menjadi golongan minoriti dan bertapa sakitnya bila dibuli hanya kerana keimanan kita terhadap agama dan erti sebenarnya apabila kita mendapat sokongan daripada orang yang bukan beragama Islam dan bersama dalam solidariti,” katanya.

Di Australia, katanya, jika bukan Islam menyokong umat Islam, mereka akan berasa sangat bersyukur.

“Jadi, saya harap kami dapat menghulurkan sokongan kepada penganut Kristian apabila mereka di layan dengan begitu biadap oleh sebilangan ‘saudara seislam kami sendiri,” tulisnya.




Monday, 13 April 2015

Seiyu Wanita の Baju Tradisi Kimono

Defionasi Kimono dari wikipedia:

Kimono merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian rasmi negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan kain perempuan, lelaki dan kanak-kanak.

Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.

Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan) dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).



Mizuki Nana
水樹奈々

Tarikh Lahir : 21 Januari 1980
Tinggi : 153cm
Hobi : Main piano dan menyanyi
Karya : Magical Girl Lyrical Nanoha sebagai Fate Testarossa


Tomatsu Haruka
戸松遥

Tarikh Lahir : 4 Februari 1990
Tinggi : 164cm
Hobi : Memasak dan membaca
Karya : Sword Art Online sebagai Asuna Yuki



Taketatsu Ayana
竹達彩奈

Tarikh Lahir : 23 Jun 1989
Tinggi : 149cm
Hobi : Menyanyi karaoke, membaca buku dan membeli belah online
Karya : K-On! Sebagai Nanako Azusa


Ogura Yui
小倉唯

Tarikh Lahir : 15 Ogos 1995
Tinggi : 150cm
Hobi : Membawa anjing bersiar-siar, karaoke, membeli belah
Karya : Kami-sama no Memo-chō sebagai Yūko "Alice" Shionji 

Kayano Ai
茅野愛衣

Tarikh Lahir : 13 September 1987
Tinggi : 153cm
Hobi : Bersiar-siar, nelukis dan minum kopi
Karya : Ano Hi Mita Hana no Namae o Boku-tachi wa Mada Shiranai sebagai Meiko "Menma" Honma

Toyosaki Aki
豊崎愛生

Tarikh Lahir : 28 Oktober 1986
Tinggi : 169cm
Hobi : Main gitar, main hamonika, memasak
Karya : A Certain Scientific Railgun: sebagai Kazari Uiharu


Mimori Suzuko
三森すずこ

Tarikh Lahir : 28 Jun 1986
Tinggi : 159cm
Hobi : Menonton filem, membeli belah dan memasak
Karya : Tantei Opera Milky Holmes sebagai Sherlock “Sherly” Shellingford

Inoue Marina
井上麻里奈

Tarikh Lahir : 20 Januari 1985
Tinggi : 162cm
Hobi : Main bola keranjang, nyanyi karaoke
Karya : Minami-ke Sebagai Minami Kana 

 

Yuki Aoi
悠木碧

Tarikh Lahir : 27 Mac 1992
Tinggi : 148cm
Hobi : Menulis skrip, melukis, meluncur salji
Karya : Puella Magi Madoka Magica sebagai Madoka Kaname 


Uesaka Sumire
上坂すみれ

Tarikh Lahir : 19 Disember 1991
Tinggi : 160cm
Hobi : Suka pakaian dan aksesori LOLITA
Karya : Love, Chunibyo & Other Delusions sebagai Sanae Dekomori 

 

Hanazawa Kana
花澤香菜

Tarikh Lahir : 25 Februari 1989
Tinggi
: 156.7cm
Hobi : Membaca buku mandi
Karya : Angel Beats! –sebagai Angel / Kanade Tachibana



Horie Yui
堀江由衣

Tarikh Lahir : 20 September 1976
Tinggi : 155cm
Hobi : Membaca buku, main bowling, main violin
Karya : Kanon sebagai Ayu Tsukimiya