Friday, 14 November 2014

Games : Dengeki Bunko Fighting Climax




Konsol: Ps3 dan PS Vita

Pengeluar: Sega

Kategori: Pertarungan

Bilangan Pemain : 1 Pemain

Tarikh Keluaran : Di Pasaran



Dengeki Bunko Fighting Climax (電撃文庫 / FIGHTING CLIMAX Dengeki Bunko Faitingu Kuraimakkusu) adalah siri permainan video arked 2D yang dibangunkan oleh Ecole Software dan French Bread serta diedarkan oleh Sega. Permainan video ini menyambut ulangtahun ke-20 cetakan Dengeki Bunko di bawah ASCII Media Works yang menampilkan pelbagai karakter dari siri novel ringan di bawah cetakan ini. Siri ini pertama kalinya dipasarkan di Jepun pada 18 Mac 2014, kemudiannya dikeluarkan untuk pelantar PlayStation 3 dan PlayStation Vita pada 13 November 2014. 



Corak Permainan

¨        Dengeki Bunko Fighting Climax adalah permainan video pertarungan dua-dimensi di mana membenarkan dua pemain menentang sesama sendiri menggunakan dua watak pejuang yang boleh dimainkan dan watak pembantu.

¨          Pertempuran menggunakan tiga butang serangan utama iaitu lemah, sederhana dan kuat, serta butang sokongan digunakan untuk memanggil membantu watak pemain utama. Selepas watak pembantu dipanggil, pemain perlu membina semula tolok sokongan mereka sebelum mereka boleh dipanggil sekali lagi.

¨          Dengan membina Climax Gauge dengan serangan, pemain boleh melakukan serangan Impact Skill yang amat kuat dan juga boleh menggunakan Blast Icon untuk melakukan serangan letupan yang membolehkan mereka melarikan diri dari serangan gabungan.

¨          Versi rumah mempunyai sebuah kempen jalan cerita asal iaitu Dream Duel Story, dan multipemain dalam talian pelbagai serta menyokong fungsi lintas-simpanan di antara PS3 dan Vita. Contoh dari siri novel ringan yang juga dimasukkan sebagai kandungan yang boleh dibuka kunci.

¨          Dalam Dengeki Bunko Fighting Climax, terdapat 8 watak yang boleh dimainkan dan 15 watak pembantu dari pelbagai siri manga/anime. Beberapa watak undangan juga akan membuat kemunculan, termasuklah Akira Yuki & Pai Chan dari Virtua Fighter.

¨          Enjin corak permainan ini menampilkan larian, dua jenis lompatan, EX khas, pergerakan hebat (dikenali sebagai Climax Arts), auto-gabungan (dQuick Combination), serangan bantuan serta beberapa sistem lain.

¨          Permainan ini menggunakan empat butang kawalan iaitu: A (serangan lemah), B (serangan sederhana), C (serangan kuat), dan D (bantuan, untuk memanggil watak bantuan). Apabila pemain memanggil watak bantuan, terdapat masa memulih 4-5 saat sebelum watak pembantu dapat digunakan lagi. Terdapat pelbagai penggunaan "Climax Gauge" dan terdapat sehingga ke 5 peringkat.

¨          Beberapa teknikal corak permainan yang dimasukkan adalah Lightning Marks, Impact Skill, Trump Card, Extend Action, Reflection Guard, Blast, dan Potential. Setiap pemain memulakan pertarungan dengan 2 "Lighting Marks" dan jika ada yang kurang, mereka boleh dapatkannya kembali dalam pusingan seterusnya.

¨          "Impact Skills" dimulakan dengan menekan AB atau 2AB akan mencetuskan kemahiran yang unik. Ini boleh digunakan dalam gabungan ketika pemain menggunakan langkah khas, dan mereka juga boleh digunakan sebagai serangan balas.

¨          "Trump Cards" (dipacu oleh BC) initiates a powerful, high-damage attack that uses one Lightning Mark. These attacks have invincibility during startup and work as overheads since they are easy to connect.

¨          "Trump Cards" memulakan serangan yang kuat, kerosakan tinggi yang menggunakan satu Lightning Mark. Serangan-serangan ini mempunyai kekebalan semasa permulaan dan bertindak sebagai tambahan kerana ia mudah untuk disambung.

¨          "Extend Action" yang pelbagai bergantung pada gerakan dan watak, tetapi asasnya ia membolehkan pemain melakukan pelbagai gerakan biasa dan khas.

¨          Ketika mengawal serangan, pemain boleh gunakan "Reflection Guard" untuk menolak musuh ke belakang.

¨          "Blast" mempunyai pelbagai penggunaan, salah satunya sebagai penghapus gabungan. Dalam keadaan biasa, ia akan melonjakkan kebolehan pemain dan ia boleh digunakan sebegai pelancar yang diikuti dengan serangan gabungan.

¨          "Potential" adalah kemahiran unik pemain yang diaktifkan apabila beberapa syarat dipenuhi. 

Karakter Terdiri Daripada :

¨         Kirino Kosaka            

¨         Asuna                                

¨         Shana                                

¨         Kuroyukihime           

¨         Mikoto Misaka         

¨         Miyuki Shiba            

¨         Rentarō Satomi       
¨         Shizuo Heiwajima      

¨         Taiga Aisaka              

¨         Tomoka Minato          

¨         Yukina Himeragi        


(Kredit kepada Kreko)

Wednesday, 12 November 2014

Fall 2014 : Inou Battle wa Nichijou-kei no Naka de





Inou Battle wa Nichijou-kei no Naka de yang juga dikenali sebagai Inou Battle Within Everyday Life  (異能バトルは日常系のなかで ) merupakan siri novel ringan yang dituliskan oleh Nozomi Kota dan diilustrasikan oleh 029. SB Creative telah telah menerbitkan 7 jilid sejak 2012 di bawah cetakan GA Bunko. Adaptasi manga dilukis oleh Kurose Kosuke dan mula disiarkan secara bersiri di Kadokawa Shoten Comp Ace dari September 2013.

Adaptasi siri anime televisyen ini yang diterbitkan oleh Trigger dan diarahkan oleh Takahashi Masanori. Anime ini mula disiarkan di Jepun mulai 6 Oktober 2014. Lagu pembukaan yang bertajuk "OVERLAPPERS" dinyanyikan oleh  Qverktett manakala lagu penutup  "You Gotta Love Me!" dipersembahkan oleh KatoFuku.


Inou Battle wa Nichijou-kei no Naka de
異能バトルは日常系のなかでTop
http://inou-anime.com/
Animation: Trigger    
Premiere: October 6, 2014
Genre: Comedy, Supernatural    
Airtime (GMT+9): Mondays at 26:05
Episodes:    
Station: TV Tokyo (TX)
Information Links: AniDB, ANN Encyclopedia, MyAnimeList, syoboi, Wikipedia


Plot
Enam bulan yang lepas, 5 orang anggota kelab sastera iaitu Jurai, Tomoyo, Hatoko, Sayumi dan Chifuyu yang dikejutkan dengan kuasa hebat. Malangnya ia tidak membawa kepada mereka apa-apa yang menarik ke atas kehidupan mereka seperti pertempuran epik ataupun menyelamatkan universe. Mereka menjalani kehidupan seharian yang biasa dengan memiliki kuasa hebat dan menunggu masa untuk dipanggil  ke pertempuran.



Ando Jurai 安藤 寿来
Seiyu : Okamoto Nobuhiko
Protagonist utama yang mempunyai kes yang ketara dengan ‘chunibyo’. Dia masih sama walaupun memiliki kuasa hebat. Dia memberi nama kepada semua kuasa hebat yang dieja dengan karakter kanji tapi dengan bacaan bahasa English. Kuasanya ialah "Dark and Dark" (Daku ando Daku) (黒焰(ダークアンドダーク)).




Kanzaki Tomoyo 神崎 灯代
Seiyu : Yamazaki Haruka
Gadis berambut merah yang sentiasa rasa bingung dengan telatah Jurai dan mempunyai perasaan terhadapnya. Kuasanya ialah "Closed Clock" (Kurozudo Kurokku) (永遠(クローズドクロック)) yang membolehkan dia laju, perlahan ataupun hentikan masa, namun dia tak boleh undurkan masa.







Kushikawa Hatoko 櫛川 鳩子
Seiyu : Hayami Saori
Gadis yang sopan santun. Dia sering mengambil serius dengan telatah ‘chunibyo’ . Dia juga menaruh perasaan terhadap Jurai.  Kuasanya ialah "Over Element" (Oba Eremento) (五帝(オーバーエレメント), member keupayaan kepadanya untuk manupulasi 5 elemen utama iaitu bumi, air, api, angin dan cahaya.




Takanashi Sayumi 高梨 彩弓
Seiyu : Taneda Risa
Presiden kelab sastera. Dia sering kelihatan sedang membaca buku dan mempunyai perasaan terhadap Andou. Kuasanya ialah "Root of Origin" (Ruto obu Orijin) (始原(ルートオブオリジン),. Orang yang disentuhnya akan kembali ke negeri yang asal.




Himeki Chifuyu 姫木 千冬
Seiyu: Yamashita Nanami
Pelajar tahun 4 yang merupakan anak saudara penasihat sekolah. Kuasanya ialah "World Create" (Warudo Kurieito) (創世(ワールドクリエイト), yang membolehkan dia mencipta apa-apa saja elemen dan juga manipulasi dimensi.


(kredit kepada kreko)

Sunday, 2 November 2014

10 Fakta Unik Dan Menarik Tentang Anime


Anime (\アニメ) adalah siri animasi Jepun yang banyak digunakan di dalam pelbagai rancangan TV, filem, permainan video serta iklan komersial. Biasanya, anime dicirikan melalui gambar-gambar pelbagai warna yang menampilkan watak-watak di dalam pelbagai lokasi dengan jalan cerita yang menarik, yang ditonton oleh pelbagai lapis usia penonton. Semakin lama, anime ini semakin terkenal dan mula menarik peminatnya dari seluruh dunia! Berikut adalah 10 fakta unik dan menarik tentang anime yang mungkin membuatkan anda terpegun!


1. Anime Pertama
Tahukah anda siri anime pertama yang ditayangkan di dunia bertajuk Imokawa Mukuzo Genkanban no Maki? Filem yang diberi gelaran sebagai "anime pertama" ini merupakan filem anime di bawah arahan Oten Shimokawa pada tahun 1917. Pada waktu tersebut, Oten memerlukan masa hanya 6 bulan untuk menghasilkan siri anime berdurasi 5 minit dan merupakan "filem bisu".
Astro Boy (Mighty Atom) yang diarahkan oleh Osamu Tezuka yang juga dikenali sebagai "Dewa Manga" merupakan siri anime TV pertama yang pernah ditayangkan iaitu pada 1963. Ia menampilkan ciri-ciri anime yang digunapakai sehingga kini yang kemudiannya menjadi sangat terkenal di seluruh dunia! 


2. Otaku (おたく/オタク)
Otaku merupakan istilah tentang seseorang yang sangat menggemari manga ataupun anime dan mereka tidak boleh disamakan seperti peminat yang biasa kerana mereka terlau taksub dengannya! Malahan, kebanyakan otaku seorang yang anti-sosial dan lebih memilih menonton anime di bilik daripada keluar rumah. Biasanya seorang otaku paling cepat mendapat maklumat terkini tentang anime serta mempunyai koleksi anime yang sangat mengagumkan! 


3. Karakter Yang Mirip!
Watak-watak di dalam siri anime biasanya mempunyai banyak persamaan. Walaupun tajuk yang berbeza, tetapi selalunya pasti ada persamaannya, sama ada dari segi watak mahupun mimik wajahnya. Kadang kala perkara ini terjadi secara tidak sengaja kerana terdapat terlalu banyak watak dan pembikin siri anime ini mungkin memiliki imaginasi yang sama! 


4. Kisah Pertarungan
Kebanyakan siri anime menceritakan tentang kisah pertarungan di mana siapa yang kuat akan menang. Tetapi, kisah anime tidak hanya tertumpu pada kekuatan dari segi fizikal saja. Kekuatan mental yang ingin melindungi mereka yang lemah serta sokongan dari teman-teman yang membuatkan watak utama menjadi lebih kuat! 


5. Anime Yang Lucu
Anime tidak hanya menceritakan tentang pertarungan antara watak jahat dan baik, tetapi anime juga yang menjadi tontonan keluarga menawarkan jalan cerita yang lucu serta menarik untuk ditonton. Sebab inilah anime memiliki keunikan dari segi jalan ceritanya! 


6. Watak Gadis Cantik
Jika anda menonton siri anime, rata-rata watak gadis yang sering ditampilkan adalah seorang gadis yang comel, cantik dan sangat sempurna. Inilah yang membuatkan anime sangat digemari, terutama sekali bagi penonton lelaki. Malah, disebabkan watak gadis yang comel ini menjadikan mereka pilihan untuk untuk cosplayer hasilkan cosplay menarik! 


7. Peringkat Usia Tontonan
Peringkat usia tontonan siri anime di Jepun pada waktu ini kebanyakannya adalah untuk penonton berusia 13 tahun dan 15 tahun, bahkan 17 tahun ke atas! Maksudnya, siri anime yang ditayangkan pada masa kini mengandungi unsur-unsur ecchi (dewasa) serta keganasan. Memandangkan kebanyakan negara sangat tegas di dalam penapisan rancangan TV untuk peringkat usia remaja dan kanak-kanak, menyebabkan siri anime dari Jepun ini semakin sukar untuk ditonton oleh golongan penonton yang lebih muda!


8. Paradigma
Memang terdapat paradigma atau tanggapan bahawa siri anime hanya untuk kanak-kanak saja. Padahal, kebanyakan penggemar anime terdiri daripada golongan remaja dan dewasa. Tetapi jika stesen TV masih menganggap bahawa siri anime hanyalah untuk tontonan kanak-kanak, mereka pasti terkejut apabila siri anime tidak akan mendapat sambutan kerana kebanyakan kanak-kanak ini lebih gemar menonton drama TV berbanding anime!


9. Anime di Luar Negera
Tahukah anda, walaupun siri anime ada ditayangkan di stesen TV Malaysia dan negara-negara lain, biasanya ia takkan disiarkan sampai tamat! Entah kenapa perkara begini boleh terjadi. Mungkin pihak yang terbabit tidak mampu membeli episod penuh siri anime ini awal sehinggalah tamat. Jadi, mereka hanya akan membeli siri anime untuk musim pertama atau sehingga musim kedua saja. Mungkin juga hal ini kerana tajaan iklan yang tidak mendapat sambutan!


10. Alihsuara Anime
Penonton anime lebih suka jika siri anime yang diminatinya tidak dialih suara kerana menganggap alih suara hanya akan menyebabkan kualiti anime tersebut menurun dan hilang keasliannya. Ditambah pula dengan suara pelakon alih suara yang jauh berbeza dengan suara pelakon alih suara asal, ini pasti membuatkan penonton rasa terganggu. Kebanyakan penonton lebih sukakan jika siri anime tidak dialih suara dan hanya dimasukkan sarikata saja.


(kredit kepada Kreko)