Tuesday, 21 October 2014

Temubual Seiyu : Ono Daisuke



Siapakah Protagonis Sarkas Baru?
Butler Ono

Ono Daisuke adalah seiyu Jepun yang sangat dikenali tak kira di dalam Jepun ataupun di luar Jepun kerana beliau memegang watak-watak siri anime yang tidak terkira yang terdiri daripada Erwin Attack on Titan, Susumu Kodai dalam Space Battleship Yamato 2199 dan Sebastian Michaelis dalam siri anime Kuroshitsuji : Book of Circus yang baru-baru ini disiarkan di televisyen Jepun. 



Profile
Nama : Ono Daisuke 小野
Tarikh Lahir : 4 Mei 1978
Tempat Lahir : Wilayah Koichi
Tinggi : 175cm
Pekerjaan : Seiyu (2001-kini)
Percapaian Tertinggi : Anugerah Seiyu Terbaik ke-4 (Watak Sebastian Michaelis dalam Kuroshitsuji)
Karya :
Suzumiya Haruhi no Yuutsu (Koizumi Itsuki )
AIR (Kunisaki Yukito)
Working!! (Sato Jun)
Attack on Titan (Erwin Smith)








Soalan :  Dalam siri anime Kuroshitsuji : Book of Circus, selaku butler kegelapan Sebastian Michaelis ada apa-apa perubahan?
Ono : Sarkas ini penuh dengan kegelapan, sering ada kisah yang menakutkan akan berlaku. Sensei Toboso Yana telah menggunakan banyak idea untuk melukis cerita ini. Dalam siri ini Sebastian menjadi lebih memahami kelicikan dan kekejaman manusia. Dia menjadi begitu minat untuk memahami manusia. Manakala tuannya Ciel Phantomhive pula, kali ini terpaksa bertarung dengan diri sendiri yang lepas untuk mendapat jawapan. Ciel dalam siri ini walaupun kegelapan tapi dia tidak dingin, sebaliknya menghidupkan jalan cerita ini.

Soalan : kali ini terdapat banyak watak baru, siapakah yang paling menarik perhatian anda?
Ono : Dalam siri sarkas ini, semestinya anggota sarkas seperti Joker  dan yang lain-lain. saya rasa, Sebastian dan Ciel hanyalah watak sampingan saja. Dalam sarkas tersembunyi banyak hubungan yang rumit, inilah titik utama siri anime ini. Disebabkan takdir yang menyedihkan, maka kena berusaha untuk melawannya. Perkara ini amat diambil berat oleh Joker dan yang lain-lain.

Soalan : Dalam siri baru ini begitu ramai anggota baru, bagaimana dengan suasana studio rakaman?
Ono : Biasanya rakaman dibuat de3ngan pantas, maka semua orang memberi kerjasama. Anggota siri yang lepas pun ada, tapi watak utama adalah anggota dalam sarkas,. Oleh yang demikan, suasana dalam studio seperti pasukan kru baru. Bagi saya, suasana ini sangat gembira. Bukan seronok, tapi sangat menarik dan kelakar.

Soalan : selepas 4 tahun, sekali lagi anda memegang watak Sebastian Mischaelis, apakah perasaan anda?
Ono : dah lama tak jadi Sebastian Mischaelis, tak sangka dapay menonton anime Kuroshitsuji lagi, malah siri sarkas, saya menjadi begitu teruja dan tak sabar-sabarnya. Manga asal masih lagi disiarkan secara bersiri dan siri manga ini sangat popular dan mendapat sambutan yang tinggi. Ini bermakna, saya mempunyai tekanan yang sangat besar. Tapi, setiap kali rakaman, sensei Toboso akan memberi penjelasan kepada saya bagaimana nak menjayakan watak ini. Saya berasa sangat-sangat berterima kasih padanya.

Soalan : Apakah mesej yang anda sampaikan kepada peminat siri ini?
Ono : Apa yang saya nak katakana ialah siri ini sangat hebat! Rugi kalau peminat anime tidak ikut siri ini. Saya sangat berharap semua orang akan merasai mesej yang ingin disampaikan menerusi siri ini supaya semua orang akan berfikir betapa indahnya wujud di dunia ini.


 (kredit kepada Kreko)