Kiki's
Delivery Service
(魔女の宅急便
/
Majo no Takkyūbin) adalah sebuah filem aksi sebenar yang diarahkan
oleh Takashi
Shimizu adaptasi daripada sebuah novel fantasi kanak-kanak oleh
Eiko Kadono. Filem ini telah memulakan penggambaran pada 25 Mei 2013
di Toei Tokyo Studio. Filem Kiki's Delivery Service telah mula
ditayangkan pada tahun ini dan menduduki tangga ketiga di dalam
kutipan tertinggi di Jepun yang berjumlah ¥128 juta (±RM925,000)
dengan jualan tiket sehingga 117,000 keping dan penayangan di 281
buah pawagam.
Plot
Filem
ini bermula dengan Kokiri (Rie Miyazawa) yang menghantar anak
perempuannya Kiki (Fuka Koshiba) untuk hidup di kalangan manusia
selama setahun sebagai sebahagian daripada latihannya. Dengan membawa
Jiji (suara oleh Minako Kotobuki), kucing yang boleh bercakap
bersamanya, Kiki menuju ke sebuah bandar kecil yang terletak di tepi
laut iaitu Korico dan tanpa sengaja telah "mendarat" secara
kecemasan di sebuah zoo, di mana sejak itulah penjaga zoo iaitu
Nazuru (Yo Yoshida) mula tidak menyukainya. Tetapi tiada sesiapa
boleh menyalahkannya kerana Kiki seorang yang kekok, pengotor serta
gemar meminta maaf. Satu-satunya orang yang tidak merasakan Kiki
seorang yang menjengkelkan adalah O-sono (Machiko Ono), isteri
pembuat roti Fukuo (Hiroshi Yamamoto) yang sarat mengandung. Dia
bukan saja tawarkan Kiki untuk tinggal di loteng di rumahnya, malah
dia turut memberi cadangan kepada Kiki bekerja menjadi pengutus
penghantaran kerana kebolehannya yang boleh terbang.
Adaptasi
Filem Anime
Kiki's
Delivery Service adalah sebuah novel fantasi kanak-kanak dengan tajuk
yang sama oleh Eiko Kadono serta ilustrasi oleh Akiko Hayashi. Novel
fantasi
ini mula diterbitkan pada 25 Januari 1985 oleh Fukuinkan Shoten.
Novel ini berjaya memenangi beberapa anugerah di Jepun seperti
Anugerah Noma Ke-23 dalam kategori Kesusasteraan Kanak-Kanak,
Anugerah
Shogakukan Ke-34 dalam kategori Kesusasteraan Kanak-Kanak dan
mendapat tempat di dalam Senarai Penghargaan IBBY pada tahun 1986.
Para
Pelakon
- Yoh Yoshida sebagai Sumire
- Hirofumi Arai sebagai Nazuru
- Yuri sebagai Takara Kami